omniture

Elitecore Pamerkan Platform Pengebilan Bersepadu untuk Jalur Lebar Berkabel dan TV Berbayar di MWC 2016

Elitecore Technologies
2016-02-24 18:41 304

BARCELONA, Sepanyol, 24 Februari 2016 /PRNewswire/ --

Umumkan Dua Kejayaan Baharu dalam Segmen

Elitecore, penyedia global bagi penyelesaian BSS generasi baharu, Teras Paket, dan Wi-Fi Pembawa bakal mempamerkan Platform Pengebilan Bersepadu untuk Jalur Lebar Berkabel serta TV Berbayar di MWC 2016. Penyelesaian praintegrasi B/OSS masa nyata itu mempunyai lebih 10 kajian kes yang cemerlang dengan 2 kejayaan baharu. Penyelesaian itu membolehkan pengendali serta rakan salurannya untuk memacu perniagaan mereka dengan mudah dalam kumpulan yang sama dengan sokongan perkhidmatan yang inovatif.

Kejayaan pertama adalah apabila sebuah pengendali TV Berbayar terkenal yang menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang inovatif bersama-sama perkhidmatan TV Berbayar dalam satu pakej sambil mengekalkan perancangan dan strategi pertumbuhan masa depan mereka. Penyelesaian itu membolehkan pengendali berkenaan menggunakan perkhidmatan inovatif seperti Lebar Jalur / Jumlah Mengikut Permintaan, pelan berasaskan FUP, Langganan Pelan Tambahan, Pengurusan Kuota (Berasaskan Jumlah dan Masa), Pemakluman Masa Nyata, pelan Kuota Bawa Ke Hadapan dan lain-lain lagi, untuk menjana keuntungan dalam masa yang singkat.

Kejayaan kedua hadir melalui sebuah konglomerat bernilai jutaan dolar yang beroperasi di lebih 11 buah negeri dan 50 buah bandar di India. Pengendali tersebut sedang mencari platform B/OSS hujung-ke-hujung yang Kukuh, boleh diskalakan serta berprestasi tinggi untuk memastikan operasi yang lancar serta berkualiti buat Perkhidmatan Jalur Lebar Berkabel yang bakal dilancarkan. Elitecore menyediakan pengendali itu dengan Pelbagai Aplikasi Mudah Alih buat pelanggan, rakan kongsi, tenaga kerja, ejen & pasukan jualan selain menyediakan kegunaan inovatif seperti Jumlah / Lebar Jalur Mengikut Permintaan, FUP Berbilang Tahap, Pelan Berasaskan Aplikasi, Pelan Berasaskan Keadaan dan sebagainya.

Dhaval Vora, Naib Presiden Pengurusan Produk, Elitecore Technologies berkata, "Melihat kepada potensi yang besar untuk berkembang serta kecemerlangan kami dalam bidang jalur lebar berkabel, saya percaya kedudukan kami kukuh sebagai salah satu vendor terkemuka yang menawarkan perkhidmatan B/OSS hujung-ke-hujung untuk pihak pengendali dan mendorong aspek pertumbuhan strategik mereka."

Platform B/OSS daripada Elitecore menyokong Jalur Lebar Berkabel, TV Berbayar & VoIP dalam satu platform bersepadu. Ia membolehkan pihak ISP menjalankan perniagaan mereka menggunakan satu platform yang mempunyai modul seperti Pengebilan, Penilaian dan Pembayaran, Pengurusan Polisi, CRM, Portal Mudah Alih dan Web, Katalog Produk, Pelayan Baucar & Tambah Nilai, Pembayaran & Kutipan, Pembekalan, Amaran & Pemakluman, AAA, PCRF, Alatan Pelaporan dan Portal Dalaman.

Latar Belakang Elitecore

Elitecore adalah sebahagian daripada Sterlite Technologies Limited yang memasang lebih 150 rangkaian di seluruh dunia untuk 52 penyedia perkhidmatan di lebih 40 buah negara. Kumpulan pelanggan Elitecore yang berpuas hati melibatkan 11 daripada 30 buah syarikat terbaik dunia. http://www.elitecore.com

Wakil Media:
LK Pathak
VP - Pemasaran & Komunikasi Korporat
M: +91 9925012059
E: l.k.pathak@elitecore.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150304/732635

Source: Elitecore Technologies
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology New products/services Trade show news