omniture

Artis Muzik Terkenal Bakal Membuat Persembahan di Festival Habanos XVIII

HABANOS SA
2016-02-24 19:00 293

HAVANA, 24 Februari 2016 /PRNewswire/ --

  • Chucho Valdés, Estrella Morente dan Jorge Drexler menyertai acara ini bagi memberi penghormatan kepada Jenama Cohiba, bintang Festival Habanos XVIII tahun ini.
  • Para pengunjung akan melawat Kilang Habanos yang terkenal di dunia, El Laguito, syarikat induk jenama Cohiba.
  • Semasa pertandingan Habanosommelier Antarabangsa XV, "Maestro de Maestros" bakal dipilih daripada barisan pemenang edisi sebelum ini.

Edisi baharu Festival Habanos bakal membawakan barisan pemuzik antarabangsa yang luar biasa. Selama lima hari, mulai 29 Februari hingga 4 Mac, acara tahunan ini yang didedikasikan untuk cerut Habano bakal mengumpulkan lebih 1,500 pengunjung dari lebih 50 buah negara yang akan menyaksikan pelancaran penting tahun ini di pentas yang eksklusif dan berinspirasi.

Untuk menonton Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7767951-top-music-artists-to-play-habanos-festival/

Acara Pembukaannya, yang didedikasikan kepada Hoyo de Monterrey Reserva Cosecha 2012, bakal menyaksikan Alexander Abreu, pemain trompet terkenal, penggubah, dan pemenang Anugerah Latin Grammy, bersama kumpulan beliau Havana D'Primera melabuhkan tirai bagi acara malam itu. Bagi acara Malam Gala pula, bagi memperingati ulang tahun ke-50 Cohiba, ia bakal menyajikan persembahan daripada artis terkemuka seperti Chucho Valdés, pemain piano dan penggubah dari Cuba, pemenang lima Anugerah Grammy dan tiga Anugerah Latin Grammy; Estrella Morente, penyanyi Flamenco Sepanyol; atau Jorge Drexler, penyanyi dan penulis lagu dari Uruguay, pemenang satu Anugerah Oscar dan dua Anugerah Latin Grammy. Mereka akan berkongsi pentas bersama artis antarabangsa popular yang semakin menyinar dalam industri muzik Cuba seperti Alain Pérez, Geidi Chapman dan Cucu Diamantes.

Pertandingan Habanosommelier Antarabangsa bakal memeriahkan suasana, yang menyambut ulang tahun ke-15nya tahun ini, dan akan membawa bersama semua "Habanosommeliers" terbaik dunia, iaitu para pemenang edisi sebelum ini, dengan cabaran untuk mencari "Maestro de Maestros" gandingan Habanos dengan minuman serta koktel paling terkenal.

Selain itu, pengunjung Festival XVIII tahun ini bakal mendapat peluang eksklusif untuk melawat Kilang Tembakau Torcido El Laguito, syarikat induk bagi jenama Cohiba. Bangunan yang dahulunya merupakan rumah agam ini, dibina dalam gaya neoklasik pada tahun 1920an, merupakan kediaman Escuela de Torcedoras yang penuh legenda, dan kemudiannya menjadi kilang bagi satu lagi ikon: Jenama Cohiba, jenaam Premium Habanos yang paling eksklusif di dunia.

http://www.habanos.com

Untuk maklumat lanjut bagi pihak media:

Habanos, S.A.: Daymi Difurniao (ddifurniao@habanos.cu; Tel: +53-72040513 samb. 565)
Young&Rubicam Group: Mónica Perpiñá-R. (monica.perpina@yrbrands.com; Tel: +34-620735355)

Video: http://www.multivu.com/players/uk/7767951-top-music-artists-to-play-habanos-festival/

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Entertainment Music Tobacco Trade show news