omniture

Western Union(R) Meneruskan Langkah Pengembangan: Pemindahan Wang Kini Boleh Dilakukan dari Seluruh Dunia ke Myanmar

Western Union
2013-01-16 16:53 354

 

YANGON, Myanmar, 16 Jan., 2013 /PRNewswire-AsiaNet/ --

Tujuh Bank telah menandatangani; 250 lokasi Ejen Myanmar akan disambungkan kepada rangkaian global Western Union yang mencakupi lebih 500,000 lokasi Ejen (1)

Western Union (NYSE: WU), sebuah pemimpin di dalam perkhidmatan pembayaran global, hari ini melancarkan Perkhidmatan Pemindahan Wang (SM) Western Union(R) di enam buah bank di Myanmar, untuk membolehkan rakyat Myanmar dan penduduknya buat pertama kali menerima penghantaran wang antarabangsa dari lebih 200 buah negara dan wilayah dalam masa beberapa minit sahaja (2).

Di samping enam buah bank itu, Kanbawza Bank, bank persendirian yang terbesar di Myanmar dengan lebih 90 buah lokasi di seluruh negara itu turut menandatangani perjanjian dengan Western Union.

Satu gabungan rangkaian yang meliputi lebih 150 buah lokasi yang mewakili Co-operative Bank, First Private Bank, Myanma Apex Bank, Myanmar Livestock & Fisheries Development Bank, Myanmar Oriental Bank dan United Amara Bank kini juga disambungkan kepada rangkaian global Western Union di lebih 500,000 lokasi Ejen (1).

Perjanjian dengan Kanbawza akan memperluaskan lagi Rangkaian Ejen Western Union(R) kepada hampir 250 buah lokasi di bulan-bulan akan datang. Western Union adalah operator pemindahan wang global yang pertama yang menandatangani perjanjian dengan tujuh buah bank selepas sekatan ditarik balik pada tahun lepas.

"Kami mengalu-alukan enam Ejen Bank yang pertama ke dalam keluarga Western Union. Bersama-sama ini, kami gembira untuk memindahkan wang ke Myanmar bagi membolehkan rakyat mereka mengakses kiriman wang dengan pantas, dengan penuh keyakinan dan mudah," kata Drina Yue, Pengarah Urusan dan Naib Presiden Kanan, Western Union bagi Asia Pasifik.

"Dengan menghubungkan Myanmar dengan kepantasan yang hebat, kami memperluaskan lagi visi syarikat kami untuk berkhidmat di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan. Untuk ini, kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Myanmar, pihak pengawal selia dan Ejen Bank kami kerana berpandangan jauh dalam memudahkan pengaktifan perkhidmatan pesat yang diperlukan oleh kebanyakan rakyat Myanmar untuk hidup dan bekerja di seluruh dunia," kata beliau.

"Pemindahan wang di peringkat antarabangsa adalah satu perkhidmatan yang penting bagi rakyat Myanmar yang bekerja di luar negara dan bagi keluarga mereka; ia adalah satu hubungan yang penting untuk menghantar wang bagi memberi sokongan kewangan, pendidikan, perubatan, hadiah pada upacara khas dan bagi tujuan lain secara tetap," kata beliau.

Nota:

1.  Dana boleh ditangguhkan atau mungkin tidak ada perkhidmatan berdasarkan kepada keadaan urusniaga tertentu, termasuk jumlah amaun yang dihantar, negara destinasi, ketersediaan mata wang, isu-isu pertukaran pengawalseliaan dan tukaran asing, tindakan penerima yang diperlukan, keperluan pengenalan diri, waktu lokasi untuk ejen, perbezaan dalam zon masa, atau pemilihan bagi pilihan yang tertunda. Sekatan tambahan mungkin juga dikenakan. Sila lihat borang Penghantaran untuk mendapatkan butiran terperinci.

2.  Rangkaian data setakat 30 September 2012

Maklumat mengenai Western Union

Western Union Company (NYSE: WU) adalah sebuah pemimpin di dalam perkhidmatan pembayaran global. Bersama-sama dengan perkhidmatan pembayaran mereka yang berjenama Vigo, Orlandi Valuta, Pago Facil dan Western Union Business Solutions, Western Union menyediakan kepada pengguna dan perniagaan dengan cara yang pantas, boleh dipercayai dan mudah untuk menghantar dan menerima wang dari seluruh pelusuk dunia, untuk menghantar bayaran dan membeli kiriman wang. Sehingga 30 September, 2012, perkhidmatan berjenama Western Union, Vigo dan Orlandi Valuta ditawarkan melalui satu rangkaian gabungan kira-kira 510,000 lokasi ejen di 200 buah negara dan wilayah. Pada tahun 2011, Western Union Company menyiapkan 226 juta urusniaga pengguna-ke-pengguna di seluruh dunia, dengan menggerakkan $81 bilion pembayaran utama antara pengguna, dan 425 juta pembayaran perniagaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman

sesawang www.westernunion.com.

SUMBER: Western Union

Source: Western Union
Related Stocks:
NYSE:WU
Keywords: Banking/Financial Service New products/services