omniture

Gionee Perkenal Identiti Baharu di MWC 2016

Penyedia penyelesaian telefon pintar meluaskan capaian global dan perkenalkan S8 - telefon pertama yang mengukir senyuman
Gionee
2016-02-24 23:34 377

BARCELONA, Sepanyol, 24 Feb. 2016 /PRNewswire / -- Gionee, penyedia global bagi penyelesaian telekomunikasi, hari ini melancarkan identiti jenama baharu secara rasmi di Kongres Dunia Mudah Alih.

Gionee-3
Gionee-3

"Senyuman pada logo baharu menunjukkan kesungguhan kami untuk membawakan keseronokan dengan membangunkan teknologi mesra pengguna yang terbina dalam dan peralatan komunikasi yang mudah digunakan," kata William Lu, Presiden Gionee. "Dengan menambah elemen emosi pada telefon pintar kami, kami percaya 'smilephone' (telefon dengan logo senyuman) kami akan kekal berada di hati pengguna kami dan dapat mengukuhkan kedudukan kami dalam industri."

Logo baharu itu menggabungkan huruf "i" dan "j" untuk membentuk "G" yang melambangkan Gionee serta mendukung maksud tersembunyi iaitu, "Saya gembira". Warna jingga terang melambangkan imej bertenaga, kesungguhan, dan kesederhanaan.

"Make Smiles" ("Ukirkan Senyuman") adalah cogan kata terbaharu syarikat itu. Cogan kata itu menjemput pengguna untuk bersama-sama Gionee menelusuri saat kegembiraan dalam kehidupan mereka. Sama ada meraikan kejayaan mahupun menerima kejutan, telefon ini dibangunkan untuk mengabadikan kebahagiaan.

"Oleh sebab orang ramai semakin gemar berkongsi kehidupan mereka di media sosial, kami mendapati pengguna tidak lagi berpuas hati dengan imej statik, dan kini mereka perlukan video yang aktif," kata William Lu, Presiden Gionee. "Gionee S8 adalah telefon pintar pertama kami yang membawa logo senyuman baharu kami serta menambah baik keupayaan perkongsian video. Ia memudahkan pengguna merakam peristiwa penting dan memuat naik ke dalam platform media sosial. 'Smilephone' kami terlibat dalam proses mewujudkan kebahagian."

Gionee S8

Menampilkan sistem rakaman video dan mengambil gambar yang mudah, Sentuhan 3D serta reka bentuk logam bergelung, Gionee S8 adalah telefon pintar yang ideal buat warga kelas pertengahan yang bergaya dan golongan profesional dalam bidang perniagaan masa kini.

Reka Bentuk Logam Bergelung

Reka bentuk logam sepenuhnya pada S8 menampilkan antena bergelung tersembunyi pertama dunia yang memberikan rupa yang seimbang antara reka bentuk yang menarik dan kekuatan isyarat yang sangat baik. Telefon itu menyokong semua jalur termasuk b17 dan b20 untuk perayauan global, dan menambah baik penerimaan isyarat Wi-Fi serta GPS.

S8 hadir dengan kaca 2.5D yang disadur dengan VM berwarna-warni yang memperlihatkan kesan berbilang warna apabila dilihat daripada sudut yang berlainan. Dengan paparan AMOLED 0.7mm 5.5-inci yang terkini, telefon itu mampu kekal padat tanpa mengorbankan kualiti dan mudah dipegang.

Abadikan Detik Yang Mengagumkan

S8 dilengkapi dengan sistem kamera tercanggih untuk mengambil gambar serta video yang lebih cerah dan juga jelas. Ia adalah telefon pintar pertama yang menggunakan teknologi RWB, selain apertur seluas F1.8 dan kanta 6P yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang cerah dalam keadaan malap.

Kelajuan fokus adalah salah satu ciri menarik pada S8. Teknologi PDAF dan fokus laser membolehkan penumpuan dibuat dengan lebih pantas dan lebih tepat dengan keupayaan untuk beradaptasi dalam pelbagai keadaan.

Gionee menaik taraf perisian kameranya kepada Image+ 2.0. Pengguna boleh mengambil gambar selfie terbaik menggunakan fungsi Kecantikan Kulit Menyeluruh (Full Skin Beauty) untuk mengubah warna kulit pada seluruh tubuh mereka, dan fungsi Selfie Kilat (Flash Selfie) disediakan untuk menambah cahaya bagi mendapatkan imej yang lebih baik. S8 juga mempunyai fungsi pengecaman teks – satu ciri hebat yang boleh digunakan oleh pengguna untuk berkongsi teks sebenar daripada artikel pada gambar.

Menggunakan cip rakaman terbenam AKM4941 HD dan dua mikrofon yang amat sensitif, S8 membolehkan mengguna merakam video dengan suara yang jelas dan berkualiti tinggi. Fungsi menyunting video juga adalah ringkas memandangkan aplikasi editor video pada telefon menyediakan enam set templat profesional untuk digunakan oleh mereka.

Sentuhan 3D

Gionee membawakan teknologi Sentuhan 3D kepada telefon pintar Android. S8 boleh mengesan 3 tahap sentuhan termasuk "sentuh", "ketik" dan "tekan".

  • Sentuh: Untuk memilih aplikasi
  • Ketik: Untuk melihat kandungan aplikasi
  • Tekan: Untuk menjalankan aplikasi

Gionee juga menyertakan bar sisi yang inovatif pada telefon itu. Pengguna boleh menarik bar sisi pada bila-bila masa dengan menekan bahagian sisi paparan dan memilih aplikasi yang dicari dengan mudah.

4G+ dan Amigo OS

S8 menyokong 4G+ untuk membolehkan pengguna menikmati internet mudah alih yang percuma dan pantas tanpa mengira tempat serta mempunyai kualiti suara yang lebih baik. Dengan sokongan dwi 4G, FDD dan TDD serta 7 mod dan 14 jalur, telefon ini membolehkan pengguna bebas merayau ke seluruh dunia. Selain itu, S8 juga adalah produk pertama menjalankan sistem operasi Amigo 3.2 yang dibangunkan menggunakan asas Android 6.0. Pengguna boleh menggunakan dua WhatsApp dan WeChat secara serentak tanpa masalah melalui Amigo 3.2.

Spesifikasi Produk

Dimensi

154.3 x 74.9 x 7mm

Berat

147.2g

SIM

Dwi-SIM (Mikro-SIM, dwi siap sedia)

Paparan

- 5.5-inci FHD AMOLED

- 1920 x 1080 piksel

- Berbilang sentuhan kapasitif sehingga 5 jari

OS

Android 6.0

Memori

- Dalaman 64GB ROM

-4GB RAM

Kamera

- 16MP belakang & 8MP hadapan

- f/1.8 PDAF & Fokus Bantuan Laser

- 1080p@30fps

Bunyi

- Hi-fi & DTS Sound

- 3.5mm jek audio

Bateri

3000mAh

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://global.gionee.com/news_detail.php?id=32&c=1 .

Hubungi:

Ann Lau

Gionee

+86 147 1649 9692

annlaumw@gionee.com

Jocelyn Ji

Ogilvy Public Relations

+86 186 0128 5453

jocelyn.ji@ogilvy.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160223/0861601410

Source: Gionee
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications New products/services Trade show news