BRISBANE, Australia and SAN FRANCISCO, 25 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Megaport, peneraju global dalam rangkaian tentuan perisian (SDN) berasaskan saling hubung elastik, hari ini mengumumkan Akamai akan menghubungkan Intelligent Platform® miliknya kepada Fabrik Elastik Megaport di kesemua pasaran global Megaport untuk mengedarkan khidmat rangkaian penghantaran kandungan (CDN) kepada pelanggan Megaport.
Dengan penyertaan Intelligent Platform® milik Akamai, Megaport akan memudahkan pelanggan untuk menetapkan sambungan terus kepada platform CDN Akamai dalam mana-mana pasaran yang disertai Megaport. Menyetempatkan trafik menggunakan sambungan terus dengan Akamai menyediakan akses kepada kandungan utama dengan pantas dan andal.
Denver Maddux, Ketua Pegawai Eksekutif, Megaport berkata: "Pertambahan Akamai ke dalam ekosistem Megaport sepadan dengan kehadiran kami dalam pasaran global. Pelanggan Megaport akan mampu mengakses trafik yang disetempatkan dalam pasaran utama bagi memastikan prestasi yang lebih baik serta memberikan kecekapan dari segi kapasiti skala dengan mengehadkan jumlah angkut balik yang diperlukan untuk menghantar kandungan."
Christian Kaufmann, Pengarah Kanan Perkhidmatan Rangkaian di Akamai Technologies menambah: "Intelligent Platform milik Akamai kini diguna pakai oleh lebih 1,400 rangkaian. Perjanjian global kami bersama Megaport menyediakan pilihan tambahan untuk saling berhubung dan seterusnya membawakan kandungan web popular lebih hampir dengan pengguna. Dengan itu, kami menyasarkan untuk mengurangkan kos lebar jalur, di samping bekerjasama untuk menambah baik pengalaman web untuk lebih ramai pengguna di seluruh dunia."
Megaport mengendalikan 54 pusat data di tiga belas pasaran di Australia, New Zealand, Singapura, Hong Kong, dan Amerika Syarikat dan kini sedang meluaskan operasinya dengan menambah beberapa pusat data di Amerika Utara serta Eropah dalam pasaran utama termasuk Toronto, London, Dublin, Amsterdam, dan juga Stockholm.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang fabrik saling hubung berasaskan SDN Megaport dan usaha pengembangan ke dalam pasaran Amerika Utara, sila lawati https://megaport.com.
Sumber Sokongan
Latar Belakang Megaport
Megaport adalah peneraju global dan perintis dalam perkhidmatan saling hubungan elastik. Ditubuhkan pada tahun 2013 dan diasaskan oleh Bevan Slattery, Megaport membina ekosistem fabrik elastik neutral berasaskan SDN pertama dunia yang mengubah cara perusahaan, rangkaian, dan perkhidmatan saling berhubung. Permintaan yang tinggi terhadap khidmat saling hubungan dan keperluan untuk mengubah cara penggunaan jalur lebar mendorong Megaport memasuki pasaran baharu di peringkat global dan dijangka akan menguasai pasaran A.S. sepenuhnya menjelang akhir tahun 2015. Megaport terdiri daripada pasukan yang sangat berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam membina rangkaian pembawa yang besar pada skala global. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Megaport, sila kunjungi: www.megaport.com.
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150203/8521500675LOGO
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160223/8521601152