omniture

Osteoartritis Lutut: Serum Terlazim Autologus (ACS) Digabungkan dengan Fisioterapi Membawa Kepada Pembaikan Signifikan Dalam Kesakitan dan Fungsi

Orthogen AG
2016-02-25 09:00 380

MADRID dan DUSSELDORF, Jerman, 25 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Osteoartritis (OA) lutut dideritai 10-15 peratus orang dewasa yang berusia lebih 60 tahun seluruh dunia (WHO, 2013). Terdapat pilihan rawatan secara pembedahan dan tanpa pembedahan. Ubat-ubatan seperti asid hialuronik, kortikosteroid, plasma kaya platelet, atau serum terlazim autologus (ACS/ Orthokine®) boleh disuntik terus ke dalam sendi.

Pasukan dari Sepanyol yang terdiri daripada Dr. Jaime Baselga García-Escudero dan Dr. Pedro Miguel Hernández Trillos menjalankan kajian pemerhatian prospektif ke atas osteoartritis lutut uniteral yang baru diterbitkan dalam jurnal "PLoS ONE", bertajuk: "Rawatan Osteoartritis Lutut dengan Kombinasi Serum Terlazim Autologus dan Fisioterapi: Kajian Pemerhatian Selama Dua Tahun" ("Treatment of Osteoarthritis of the Knee with a Combination of Autologous Conditioned Serum and Physiotherapy: A Two-Year Observational Study").

Dalam ujian ini 118 pesakit dalam lingkungan usia 34-81 tahun mengambil bahagian selama 2 bulan. Purata kesakitan semasa permulaan ujian adalah 8.1 pada Skala Pemeringkatan Berangka (NRS 0-10) yang sejajar dengan peningkatan skor Indeks Osteoartritis Universiti Western Ontario dan McMaster (WOMAC). Pesakit menerima empat suntikan ke dalam sendi sebanyak 2 mL ACS sekali seminggu selama empat minggu. Terapi suntikan ini diikuti dengan 30 sesi fisioterapi.

Keputusan 

Dalam kajian ini skor kesakitan NRS menurun secara signifikan lebih 60% sewaktu tiga bulan pertama selepas rawatan dan terus kekal sedemikian. Skor kesakitan dan fungsi global WOMAC turut menurun secara signifikan. Keputusan daripada kajian ini adalah bebas daripada faktor usia, jantina, berat, dan peringkat penyakit. "Perubahan terhadap kesakitan dan fungsi yang dilaporkan dalam kajian pemerhatian ini adalah sangat mengagumkan," kata Profesor Dr. Peter Wehling, Ketua Pegawai Eksekutif Orthogen AG, Düsseldorf, Jerman.

Latar Belakang ACS/ Orthokine® 

Orthokine®, dijenamakan sebagai Orthokin® di Jerman, merupakan produk darah autologus yang diperoleh daripada darah pesakit sendiri. Bagi menghasilkan produk ini, picagari EOTII (Orthogen Lab Services GmbH, Düsseldorf, Jerman) digunakan.

http://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0145551 (22.2.2016)

Artikel penuh di: http://www.presseportal.de/nr/59057

Hubungi:
Peter Wehling
Telefon: +49(0)211-3870012
E-Mel press@orthogen.com

Source: Orthogen AG
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries