omniture

HOLOTIVE Global Bakal Lancar Panggung Holografik Pertama Khusus untuk Asia Tenggara di Sentosa

K-live Sentosa memberikan peluang kepada peminat menonton konsert maya bintang K-Pop pada bila-bila masa
HOLOTIVE Global
2016-02-25 15:19 233

SINGAPURA, 25 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Panggung holografik K-Pop pertama khusus di Asia Tenggara, K-live Sentosa, dilancarkan di Singapura hari ini. Dalam percubaan sulungnya meninjau pasaran di luar Korea Selatan, K-live Sentosa akan ditempatkan di Resorts World Sentosa (RWS) Waterfront.

Mula diperkenalkan di Seoul, Korea Selatan, pada tahun 2014, K-live berjaya menarik lebih 200,000 pengunjung dari seluruh dunia. Pengalaman mengasyikkan menonton konsert maya berdefinisi tinggi membuatkan K-live menjadi tarikan digital yang menghiburkan para pengunjung.

Menerusi pelancarannya di Singapura, K-live Sentosa memberi penghormatan terunggul untuk yang terbaik dalam budaya Korea serta teknologi digital termaju mereka – dengan menggabungkan secara lancar kandungan holografik berteknologi tinggi yang dibintangi bintang pop Korea terkenal seperti Wonder Girls, 2PM dan GOT7. Edisi di Singapura ini dipertingkatkan melalui penambahan persembahan tarian tradisional dan moden untuk mencipta pengalaman yang lebih menyeluruh.

"Walaupun mereka sangat ingin melakukannya, bintang K-Pop terkenal tidak berpeluang untuk selalu mengunjungi Singapura bagi membuat persembahan dalam masa yang singkat. Para peminat juga tidak selalu berkemampuan untuk ke luar negara bagi menyaksikan mereka beraksi. Kini, dengan K-live Sentosa, para penonton boleh menikmati pengalaman K-Pop gergasi daripada artis kegemaran mereka pada bila-bila masa yang mereka inginkan," kata Encik Sean Park, Pengarah K-live Sentosa.

Diwujudkan bagi membuatkan para penonton merasai seolah-olah mereka sedang menghadiri konsert sebenar, pengalamannya dijadikan lebih menarik dengan teknologi terluas dan realiti maya serta pelbagai kesan khas.

Lihat apa yang berlaku di belakang tabir pembikinan konsert hologram di sini

"Kami teruja dapat mengalu-alukan K-live Sentosa sebagai penambahan terkini kepada RWS, yang berada dalam kawasan Korea yang meriah dengan outlet makanan dan minuman bertemakan Korea terbaik serta konsep runcit di Waterfront RWS. Dengan populariti Demam Korea atau Hallyu yang semakin hangat di Singapura, pembukaan panggung holografik K-Pop khusus yang pertama di rantau ini adalah usaha terbaik sambil kami terus menyegarkan dan memperluaskan pelbagai tawaran kami di RWS. Kami yakin pengalaman K-Pop K-live Sentosa yang beraneka dan tampak mengasyikkan akan menarik pengunjung baharu dan berulang, terutamanya para peminat budaya serta hiburan Korea dari dalam dan luar negara," kata Cik Serena Phua, Naib Presiden, Pengurusan Harta Tanah, RWS.

Bagi memastikan para pengunjung serta peminat K-Pop terus tertarik, kandungan holografik untuk K-live Sentosa akan dikemas kini setiap enam bulan, selain menyiarkan lagu maya baharu daripada artis K-Pop paling hangat masa kini. Persembahan secara langsung juga akan ditukar setiap tiga bulan.

K-live Sentosa akan menawarkan dua jenis persembahan untuk pengunjung:

1. Pakej Penuh Dengan Persembahan Langsung

Pakej penuh terdiri daripada persembahan langsung selama 10 minit, termasuk Flying (Tarian Moden Korea) atau Ego (Krump), serta tayangan 5 minit paparan belakang tabir penerbitan konsert holografik.

Ego (Krump)

'Krump' merupakan salah satu cabang Hip-Hop. Ia menggabungkan pergerakan dinamik Krump serta jiwa tradisional Korea, ia merupakan kisah pembauran identiti – dua jiwa yang terhubung dalam pergelutan mencari jiwanya yang sebenar.

Flying (Tarian Moden Korea)

'Flying' mentafsirkan gerak tari keinginan hati Angsa Hitam (Black Swan) untuk menjadi Angsa Putih (White Swan). Angsa Hitam sentiasa berusaha untuk membebaskan dirinya daripada kegelapan dan mengibarkan sayapnya dengan bebas.

Ini diikuti dengan Konsert Holografik selama 30 minit (butiran lanjut tentang konsert adalah seperti di bawah).

2. Konsert Holografik

Pakej ini bermula dengan Tarian Gendang Jin-do selama 5 minit secara holografik, diikuti sedutan belakang pembikinan konsert holografik selama 5 minit. Kemudian, muncullah apa yang dinanti-nantikan para peminat – Konsert Holografik selama 30 minit, yang dibarisi bintang K-Pop terhangat masa kini, mempersembahkan lagu hit mereka setiap hari. Pertunjukan ini dimeriahkan dengan lagu popular seperti "Hands Up" nyanyian 2PM, "I Feel You" nyanyian Wonder Girls dan "Girls Girls Girls" nyanyian GOT7.

Tarian Gendang Jin-do

Tarian Korea tradisional ini berasal dari Jin-do, sebuah daerah di Jeolla-nam-do. Ia dikenali dengan kerancakan paluan gendang yang dinamik yang mengadunkan kegarangan kelelakian dan kelembutan kewanitaan.

Jadual persembahan 

Jadual harian persembahan di K-live Sentosa adalah seperti berikut:

Masa

Acara

10:00 - 10:40

Konsert Hologram

11:00 - 11:40

Persembahan Tarian Langsung (Krump) + Konsert Hologram

12:00 - 13:00

Rehat

13:00 - 13:40

Konsert Hologram

14:00 - 14:40

Persembahan Tarian Langsung (Tarian Moden Korea) + Konsert Hologram

15:00 - 15:40

Konsert Hologram

16:00 - 16:40

Persembahan Tarian Langsung (Krump) + Konsert Hologram

17:00 - 17:40

Konsert Hologram

18:00 - 19:00

Rehat

19:00 - 19:40

Persembahan Tarian Langsung (Tarian Moden Korea) + Konsert Hologram

20:00 - 20:40

Konsert Hologram

Butiran Tiket

Tiket untuk K-live Sentosa boleh dibeli di SISTIC, laman web Resorts World Sentosa atau di pondok jualan K-live Sentosa mulai 12 Februari 2016.

Harga tiket adalah seperti berikut:

Jenis Tiket

Pakej Penuh (SGD)

Konsert Hologram (SGD)

Dewasa (13 hingga 59 tahun)

48

39

Kanak-kanak (4 hingga 12 tahun)

24

19

Warga Emas ( 60 tahun ke atas)

24

19

Pelajar (13 hingga 19 tahun)*

38

32

*Untuk harga pelajar, sila ke pondok jualan tiket K-live sendiri dengan membawa kad pengenalan pelajar.






Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Jeffrey Wong / Vylvianne Devajothi
The Hoffman Agency Singapore
KliveSG@hoffman.com
+65 6361 0250

Latar Belakang K-live

K-live merupakan panggung holografik komersial pertama di dunia – dilancarkan di Seoul, Korea Selatan, pada tahun 2014 oleh KT Corporation, penyedia telekomunikasi terbesar di Korea. K-live memiliki kemudahan dan teknologi digital bagi mengaplikasikan imej holografik, pemetaan tayangan, penyelesaian telekehadiran, dan tarikan Realiti Terluas.

Latar Belakang K-live Sentosa

K-live Sentosa merupakan panggung holografik pertama di Singapura yang dibina dan dikendalikan HOLOTIVE Global Ltd. Sebagai percubaan pertama K-live di luar Korea Selatan, K-live Sentosa menerbitkan bahan asli serta persembahan langsung secara eksklusif untuk panggung itu. Barisan penyanyi semasa terdiri daripada Wonder Girls, 2PM dan GOT7, yang digilai ramai peminat seluruh dunia. K-Live Sentosa juga turut menampilkan persembahan tarian secara langsung – daripada tarian tradisional kepada moden; menghubungkan faktor seni budaya timur dan barat serta masa lampau dan juga masa kini. Dengan kombinasi teknologi holografik dan nilai budaya, K-live Sentosa akan menawarkan pengalaman baharu serta kenangan yang sukar dilupakan.

Latar Belakang HOLOTIVE Global

HOLOTIVE Global merupakan satu-satunya syarikat di Korea yang memiliki platform hologram mereka sendiri melalui penyelidikan dan pembangunan. Ia menyediakan pengalaman media baharu dalam bidang persembahan, pameran, pengiklanan, mengaplikasikan pelbagai bahan terlakur hologram ke platform hologram mereka sendiri. HOLOTIVE Global bermatlamat untuk menjadi syarikat platform hologram terbaik di dunia melalui pembangunan perniagaan luar negara dengan pelbagai teknologi hologram serta holografik mereka, dan titik permulaannya adalah di K-live Sentosa, Singapura.

Source: HOLOTIVE Global
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Music Travel New products/services