omniture

TIME INC. BAKAL LANCAR RANGKAIAN PENYIARAN DAN DIGITAL BERBILANG PLATFORM KE SELURUH ASIA, SPORTS ILLUSTRATED

Kerjasama dengan ASN LTD meliputi TV, Web dan Mudah Alih
ASN Limited
2016-02-25 15:02 282

HONG KONG, 25 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Time Inc. (NYSE:TIME) hari ini mengumumkan kerjasama meluas dengan ASN Ltd. untuk membangunkan sebuah rangkaian penyiaran dan digital dengan tema sukan, Sports Illustrated, ke seluruh Asia. Gandingan baharu ini akan menjenamakan semula saluran sukan TV berbayar daripada Hong Kong iaitu ASN dan ASN2 Pan-Asia, laman-laman web yang berkaitan dan aplikasi mudah alih kepada "Sports Illustrated/Sports Illustrated 2". Rakan kongsi ini juga akan bekerjasama untuk menyusun program harian, membuat liputan acara sukan global dan menjalankan perluasan pengedaran antarabangsa melalui rangkaian linear, SVOD, OTT, digital, mudah alih serta teknologi dan platform baharu. Sports Illustrated/Sports Illustrated 2 di Asia bakal diperkenalkan buat pertama kali pada musim bunga 2016.

Kerjasama ini memanfaatkan kelebihan yang ada pada Time Inc. dari segi akses, video, teknologi, pemasaran dan inisiatif perkembangan antarabangsa dengan kehadiran yang kukuh dan peningkatan populariti ASN di rantau itu. Time Inc. juga akan menyediakan teknologi prasarana untuk laman web dan aplikasi mudah alih untuk rangkaian itu yang akan memperhebat pelancaran dan kebolehskalaan inisiatif tersebut. Kedua-dua syarikat juga akan berganding bahu bagi mewujudkan peluang pemasaran dan penjualan pengiklanan yang baharu.

"Kerjasama yang hebat ini menggabungkan kekuatan kedua-dua jenama kami – dalam kes ini, Sports Illustrated – dan membolehkan kami mengukuhkan kedudukan antarabangsa yang signifikan dalam platform baharu," kata Steve Marcopoto, Presiden, Time Inc. International. "Rakan kami di ASN berjaya membangunkan asas yang kukuh. Bersama-sama mereka, kami berharap dapat mewujudkan sebuah rangkaian sukan yang unik dan menarik di rantau berpenduduk paling padat di dunia ini."

Rangkaian Sports Illustrated/Sports Illustrated 2 baharu itu akan menampilkan banyak liputan acara dan program video asal daripada jenama SI Group (SI, SI Kids dan FanSided) termasuk siaran langsung – dan dalam sesetengah pasaran, eksklusif – siaran liga sukan dan acara terkenal termasuk Super Bowl, peringkat akhir Stanley Cup dan March Madness. Francais video terkenal seperti siri yang merangkul anugerah iaitu Underdogs dan SI Films akan banyak ditayangkan pada rangkaian itu, berserta adaptasi tempatan yang mengandungi kisah yang menarik dari rantau tersebut.

"Terdapat potensi yang besar untuk Sports Illustrated berkembang menjadi jenama sukan global," kata Rich Battista, Naib Presiden Eksekutif Time Inc. dan Presiden Entertainment & Sports Group and Video. "Kerjasama yang menarik ini akan menerapkan nilai-nilai sukan kita di sebuah rantau di dunia yang mana kehendak terhadap liputan sukan global utama semakin meningkat dan berkembang."

ASN bersiar pertama kali pada tahun 2008 sebagai rangkaian sukan HD Pan-Asia 24/7 pertama rantau itu yang menyiarkan kandungan sukan secara langsung dari A.S. Dua saluran berbahasa Inggeris, ASN dan ASN2, ditonton di lebih 29 juta kediaman melalui 20 pengendali utama di 12 kawasan termasuk Hong Kong, Fillipina, Singapura, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Rangkaian itu juga memiliki hak penyiaran untuk NFL, NHL, ragbi dan bola keranjang NCAA, March Madness serta NASCAR, antara usaha sama kandungan yang lain.

"Kami sangat teruja untuk turut serta bersama salah satu jenama media sukan yang terkenal di dunia untuk membangunkan rangkaian TV, web, dan mudah alih yang menyeluruh," kata Tom Kressner, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas ASN. "Kami berasa usaha sama dengan Time Inc. adalah satu pengiktirafan terhadap kedudukan kami sebagai 'Tumpuan Sukan Amerika di Asia.' Beberapa bulan lagi, kami akan membawakan sejumlah besar kandungan sukan yang bermutu tinggi kepada lebih banyak platform, menerusi lebih banyak bahasa tempatan berbanding sebelum ini."

SI TV adalah sebahagian daripada pelbagai siri produk dan inovasi baharu, termasuk jenama Sports Illustrated buat peminat setia sukan di seluruh platform dan peranti pilihan. Ini termasuk penubuhan Sports Illustrated Play yang merupakan satu perkhidmatan baharu yang dikhususkan kepada sukan belia dan amatur; pengambilalihan FanSided, rangkaian sukan digital khusus untuk golongan millennial yang mengandungi lebih 300 blog; penubuhan unit produksi Sports Illustrated Films, Campus Rush, segmen kandungan baharu khusus untuk budaya dan gaya hidup sukan kolej; serta Sports Illustrated Overtime, sebuah studio kandungan berjenama yang baharu.

Bersempena kerjasama dengan ASN itu, Ketua Pegawai Teknologi Time Inc., Colin Bodell berkata, "Kombinasi antara kandungan sukan yang menarik serta teknologi yang dibekalkan oleh Time Inc. melicinkan proses pelancaran dan penubuhan syarikat ini sebagai penyedia penyelesaian siap guna untuk pasaran baharu dan membangun."

Time Inc. International mengurus 147 perjanjian pelesenan di 48 buah negara atau kawasan, termasuk untuk jenama seperti InStyle, Fortune, dan People. Sports Illustrated menerima lesen untuk edisi cetakan tempatan di China (selain web) dan India. Golf memiliki lesen edisi cetakan dan laman web di Australia, China, Korea, Malaysia dan rantau Taiwan (cetakan sahaja). Marcopoto yang baru sahaja menyandang jawatan Presiden, Time Inc. International, berusaha memperluas portfolio perniagaan Time Inc. ke pasaran di luar Amerika Syarikat melalui platform digital, video, dan TV, perkongsian, pengambilalihan, pelesanan serta perdagangan luar saluran.

Latar Belakang Time Inc.
http://www.timeinc.com/about/

Latar Belakang ASN
http://www.asn.tv/

Wakil Media:

Ariane Friesen ASN ariane.friesen@asn.tv +852-6541-6734

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160224/8521601182LOGO

Source: ASN Limited
Keywords: Entertainment Publishing/Information Service Sports Television Joint ventures