omniture

Huawei dan Leica Camera Umum Kerjasama Teknologi Jangka Panjang untuk Cipta Semula Fotografi Telefon Pintar

Huawei Consumer Business Group and Leica Camera
2016-02-25 17:00 396

LONDON, 25 Februari 2016 /PRNewswire/ --

Peneraju dalam dunia telefon pintar dan fotografi bergabung membawakan revolusi penting dalam dunia visual

Hari ini, Huawei Consumer Business Group (BG) dan Leica Camera AG berbesar hati mengumumkan permulaan satu perkongsian strategik, iaitu kerjasama yang akan menggabungkan cita-cita dan semangat utama.  Dalam kerjasama itu, pengguna akan melihat jenama teknologi dan fotografi menggabungkan kemahiran yang dikongsikan menerusi komitmen jangka panjang dari segi ketukangan, kejituan kejuruteraan dan semangat memburu kejayaan, bagi mewujudkan kuasa besar untuk mencipta semula fotografi telefon pintar.

Pada tahun 2012, Huawei menjadi pengeluar telefon pintar ketiga terbesar di dunia serta menjadi syarikat China pertama yang berjaya menjual lebih 100 juta telefon bimbit dalam tempoh setahun pada tahun 2015. Sebagai jenama China pertama yang muncul dalam senarai Jenama Global Terbaik Interbrand pada tahun 2014, Huawei mendaki tangga ke-88 pada tahun 2015 ketika melancarkan peranti yang mendapat pujian pengkritik global, Huawei Watch dan Huawei P8. Pada tahun 2016 pula, Huawei bercita-cita untuk membina kejayaan bersama Leica Camera: kerjasama yang saling menguntungkan bersama nama paling ikonik dalam dunia fotografi untuk membawakan kecemerlangan terbaik buat pengguna.

Selama lebih 100 tahun, pengeluar kamera ikonik premium, Leica Camera, menghasilkan kamera ringan yang menjadi kegemaran jurugambar jalanan dan kanta optik bertaraf dunia bagi memenuhi keinginan komuniti ini. Dengan kejuruteraan optik yang pintar dan ketukangan yang tiada tandingan, kamera Leica yang terkenal dengan ciri-ciri 'titik merah', adalah manifestasi kejuruteraan Jerman yang terbaik, dan terus menarik minat pengguna generasi baharu yang berinsipirasi untuk mengikuti "gaya Leica" dan memiliki perkakasan keluaran mereka. Selain menghasilkan produk yang tinggi tahap pertukangannya, Leica juga menyokong jurugambar profesional dan bakat-bakat baharu yang semakin menyerlah dari serata dunia.

Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif, Huawei Consumer BG berkata: "Kami sangat teliti dalam memilih rakan kerjasama, dan melalui kolaborasi luar biasa ini, kami menawarkan kumpulan pelanggan kami dan pengguna dengan elemen-elemen yang terbaik daripada kedua-dua jenama pakar yang bergabung secara harmoni: dalam inovasi dan rekaan, menambah baik pengalaman pengguna dan terus memberi inspirasi dalam membawa kemajuan hebat kepada teknologi insan melalui kualiti pengimejan yang premium. Leica adalah legenda dalam dunia fotografi; kami percaya tidak ada satu pengeluar pun yang merevolusikan industri ini seperti mana yang mereka lakukan. Kami di Huawei sangat berbangga dengan tahap kualiti yang luar biasa dalam sektor kami manakala Leica memiliki kelasnya yang tersendiri dalam sektor yang mereka ceburi."

Oliver Kaltner, Ketua Pegawai Eksekutif Leica Camera AG berkata: "Kerjasama strategik antara Huawei dan Leica Camera menunjukkan kesungguhan dua jenama yang pantas berkembang dan aktif di peringkat global ini dalam memajukan bidang teknologi yang mereka sertai. Selain daripada kekuatan inovasi dan piawaian premium mereka, kedua-dua syarikat kami bersatu padu dalam komitmen yang tidak berkompromi terhadap kualiti. Kerjasama teknologi dengan Huawei memberikan peluang yang hebat kepada Leica Camera untuk memperkenalkan kepakaran optik kami yang terbukti dalam segmen produk baharu dan mencungkil peluang perniagaan yang menarik dalam bidang peranti mudah alih. Telefon pintar memberi sumbangan yang penting dalam dunia fotografi dan ia memberi peluang penting kepada Leica untuk mencari kumpulan sasaran baharu dan bidang aplikasi."

"Status legenda pada jenama Leica adalah hasil daripada tradisi lampau mereka dalam inovasi, kejituan terbaik dan ketukangan. Saya berbesar hati dan yakin syarikat Leica Camera tradisional bersaiz sederhana ini akan membawa nilai dan kepakaran komprehensif mereka dalam kejuruteraan optik bagi manfaat kerjasama jangka masa panjang bersama Huawei untuk mencapai hasil pengimejan terbaik dalam segmen fotografi telefon pintar - dan membawa kualitinya ke tahap yang lebih tinggi," terang Dr. Andreas Kaufmann, pemegang saham majoriti dan pengerusi lembaga penyeliaan Leica Camera AG.

Maklumat lanjut tentang pembentukan kerjasama Huawei dan Leica yang meliputi penyelidikan dan pembangunan, reka bentuk, kejuruteraan bersama, pengalaman pengguna, pemasaran dan pengedaran runcit, akan dikongsi sepanjang kerjasama itu.

Latar Belakang Huawei Consumer Business Group

Produk dan perkhidmatan Huawei boleh didapati di lebih 170 buah negara dan digunakan oleh satu pertiga populasi dunia. Mereka adalah pengeluar telefon ketiga terbesar di dunia pada tahun 2014. Sebanyak enam belas pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) dibangunkan di Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Rusia, India dan China. Huawei Consumer Business Group adalah salah satu daripada tiga unit perniagaan milik Huawei dan aktiviti unit itu meliputi telefon pintar, peranti jalur lebar mudah alih, peranti kediaman dan perkhidmatan awan. Rangkaian global Huawei dibina menerusi pengalaman selama lebih 20 tahun dalam industri telekomunikasi dan mereka berdedikasi untuk menyampaikan kemajuan teknologi terkini kepada pengguna di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://consumer.huawei.com

Agar sentiasa mendapatkan kemas kini tentang Huawei Consumer BG, ikuti kami di:

Facebook: facebook.com/HuaweiDevice

Twitter: twitter.com/HuaweiDevice

Google+: google.com/+HuaweiDevice

YouTube: youtube.com/HuaweiDevice

Flickr: flickr.com/HuaweiDevice

Latar Belakang Leica Camera

Leica Camera AG adalah sebuah pengeluar kamera dan produk optik sukan premium yang beroperasi di peringkat antarabangsa. Status legenda jenama Leica adalah hasil daripada tradisi lampau mereka dalam kecemerlangan membina kanta. Pada hari ini, dengan gabungan teknologi yang inovatif, produk Leica terus menghasilkan gambar yang berkualiti dalam sebarang situasi untuk dunia visualisasi serta persepsi. Leica Camera AG mempunyai ibu pejabat di Wetzlar dalam negeri Hesse di Jerman, manakala tapak pengeluaran kedua mereka berada di Vila Nova de Famalicao, Portugal. Syarikat itu mengurus pejabat cawangan di China, England, Perancis, Jepun, Singapura, Switzerland, Korea Selatan, Itali, Australia, dan juga AS. Produk baharu dan inovatif adalah mangkin kepada pembangunan positif syarikat itu sejak beberapa tahun.

Sumber: Huawei Consumer Business Group and Leica Camera

Source: Huawei Consumer Business Group and Leica Camera
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet