omniture

Elitecore Pamer Keupayaan Platform Pengurusan Perkhidmatan untuk MVNO Wi-Fi di MWC 2016

Elitecore Technologies
2016-02-25 18:06 150

BARCELONA, Sepanyol, 25 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Elitecore Technologies, penyedia global untuk penyelesaian BSS Generasi Baharu, Teras Paket dan Wi-Fi Pembawa, memperkenalkan keupayaan Platform Pengurusan Perkhidmatan (SMP) untuk MVNO Wi-Fi di Kongres Dunia Mudah Alih 2016. SMP itu membolehkan beberapa MVNO Wi-Fi mengendali dan meluaskan portfolio perkhidmatan Wi-Fi mereka menggunakan platform yang sama yang mampu memendekkan tempoh masa penembusan pasaran serta menambah baik pengalaman pengguna.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150304/732635 )

Akshat Joshi, Naib Presiden – Perniagaan Wi-Fi, Elitecore Technologies berkata, "Dengan pertumbuhan peluang dalam segmen Wi-Fi, MVNO melihat Wi-Fi sebagai satu perniagaan mampan untuk keuntungan mereka. SMP daripada Elitecore yang komprehensif dan boleh diskalakan akan membantu MVNO menjana peluang keuntungan baharu dan menarik pelanggan baharu apabila melancarkan perkhidmatan Wi-Fi yang unik secara pantas."

SMP Wi-Fi Elitecore untuk MVNO menawarkan GUI yang boleh disesuaikan dengan sokongan pelbagai pelanggan yang membolehkan beberapa MVNO mengehoskan perkhidmatan Wi-Fi daripada satu platform. Platform tersebut membolehkan MVNO yang dapat dikawal secara bebas mereka bentuk dan mencipta pelan Wi-Fi mereka yang diperibadikan, memperoleh portal penjagaan kendiri dengan kemudahan penjenamaan yang boleh disesuaikan. SMP Wi-Fi Elitecore yang boleh digunakan untuk masa depan itu terdiri daripada tindanan berkembar AAA yang boleh dipadankan dengan 3GPP, Portal Dalaman, Penilaian dan Pembayaran, Pengebilan, Sistem Pengurusan Baucar, Kawalan Polisi, Perayauan dan Aplikasi Mudah Alih dipertingkat yang dipersetujui rakan, ANDSF, Pelayan Iklan dan Rangka Kerja Keuntungan untuk Lokasi berasaskan perkhidmatan yang membolehkan MVNO mendapat peluang pendapatan baharu dengan melancarkan perkhidmatan digital generasi seterusnya ke seluruh sektor perniagaan.

Platform Elitecore yang bersepadu dan fleksibel membantu penjimatan Capex kerana MVNO tidak perlu melabur secara berasingan dalam membangunkan prasarana akses Wi-Fi. Ia juga membolehkan MVNO melancarkan pelan dengan lebih pantas & pelbagai bagi meningkatkan nilai kepada pengguna. Kepakaran unik pihak Elitecore dalam penyediaan Wi-Fi MVNO membolehkan pengendali beroperasi secara cemerlang, menjamin pendapatan serta membantu mereka mendapat sokongan tersendiri untuk semua aktiviti perniagaan MVNO.

Latar Belakang Elitecore

Elitecore, sebahagian daripada Sterlite Technologies Limited, adalah penyedia produk dan perkhidmatan IT global yang menawarkan penyelesaian BSS praintegrasi, Teras Paket, dan Wi-Fi Pembawa dengan ciri-ciri kefleksibelan modular. Mematuhi piawaian TM Forum dan 3GPP, penawaran mereka adalah sesuai dengan ekosistem vendor yang luas terutamanya dari segi keperluan CSP untuk penembusan pasaran dengan lebih pantas dan mengurangkan TCO. Elitecore memasang lebih 150 rangkaian di seluruh dunia untuk 52 penyedia perkhidmatan yang berada di lebih 40 buah negara. Kumpulan pelanggan Elitecore yang berpuas hati melibatkan 11 daripada 30 buah syarikat terbaik dunia. http://www.elitecore.com

Wakil Media
LK Pathak
VP - Pemasaran & Komunikasi Korporat
M: +91-992-501-2059
E: l.k.pathak@elitecore.com

Sumber: Elitecore Technologies

Source: Elitecore Technologies
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications New products/services Trade show news