omniture

Filipina Anjur Madrid Fusion Manila kali ke-2

Acara kulinari terkemuka menarik cef terkenal dunia dan penggemar makanan
Department of Tourism, Philippines
2016-02-27 01:24 393

MANILA, Filipina, 27 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Penggemar makanan mempunyai satu lagi alasan untuk mengunjungi Manila pada bulan April ini kerana satu-satunya edisi Asia bagi acara kulinari terunggul yang pertama di Sepanyol, Madrid Fusion, bakal dipentaskan buat kali kedua di Manila. Dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan Filipina, Madrid Fusión Manila (MFM) akan berlangsung pada 7-9 April 2016 di Pusat Konvensyen SMX, Kompleks SM Mall of Asia.

MFM 2016 akan menampilkan Kongres Gastronomi Antarabangsa yang membincangkan tema "Geliung Manila: Timur Bertemu Barat."

Panelnya terdiri daripada cef terkenal di dunia, termasuk:

  • Joan Roca, El Cellar de Can Roca (No.1 dalam senarai 50 Restoran Terbaik Dunia)
  • Dani Garcia, Bibo Andalussian Brasserie and Tapas
  • Jose Andres, Minibar
  • Ricard Camarena, Ricard Camarena
  • Angel Leon, Aponiente
  • Jordi Butron, EpaiSucre
  • Michael Voltaggio, Ink.
  • Yoshihiro Narisawa, Les Creations de Narisawa Restaurant
  • Virgilio Martinez, Central Restaurante (No.1 dalam senarai 50 Restoran Terbaik Amerika Latin)
  • Michael Aspiras, Scout's Honor
  • Amy Besa dan Romy Dorotan, Purple Yam
  • Myke Sarthou, Alab,
  • Kevin Cherkas daripada Cuca
  • Leah Cohen, Pig & Khao
  • Paul Qui, Qui
  • David Thompson, Nahm
  • Nurdin Topham, Nur
  • Jungsik Yim, Jungsik
  • Enrique Olvera, Pujol dan
  • Jorge Vallejo, Quintonil

MFM 2016 akan turut membawakan Ekspo Perdagangan yang mempamerkan produk gourmet, bahan-bahan unik, dan sajian rantau dari Filipina, Sepanyol, Asia, Eropah, dan benua Amerika. Pengunjung perdagangan boleh memasuki Ekspo Perdagangan ini secara percuma.

Selain Madrid Fusion Manila, Festival Flavors of the Philippines turut berlangsung selama sebulan yang menyediakan aktiviti berkaitan makanan dari seluruh Filipina, daripada jelajah makanan, pameran, dan pasaran gourmet hinggalah makan malam istimewa bersama cef selebriti, lawatan makanan, serta festival makanan hotel.

Disambut setiap tahun di Madrid sejak tahun 2003, Madrid Fusión dianggap sebagai salah satu perhimpunan gastronomi terkemuka di dunia.

Pendaftaran kini dibuka dengan harga AS$ 450.00 setiap individu atau harga kumpulan dengan minimum 20 orang bernilai AS$ 290.00. Harga biasa pelajar ialah AS$ 410.00, manakala harga kumpulan (minimum 20 orang) ialah AS$ 245.00.

Untuk butiran lanjut, e-melkan kepada: congress@madridfusionmanila.com, hubungi: (+632) 893-7973 atau lawati www.madridfusionmanila.com.

Pempamer berpeluang untuk menembusi pasaran baharu. Sebarang pertanyaan berkaitan pameran, hubungi (+632) 929-7993 dan 929-7963 atau e-melkan kepada: exhibits@madridfusionmanila.com.

Butiran lanjut tentang festival makanan Flavors of the Philippines: flavorsofthephilippines1@gmail.com atau hubungi (+632) 832-5401.

HUBUNGI:

MFM2016@catchonco.com
Joanne.liu@catchonco.com
Elaine.chow@catchonco.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160226/8521601266LOGO

Source: Department of Tourism, Philippines
Keywords: Beverages Food/Beverages Trade show news