omniture

VICHY Mengumumkan GERAN EKSPOSOM VICHY Tahunan Pertama

Vichy
2016-02-29 18:00 310

PARIS, 29 Februari 2016 /PRNewswire/ --

  • Geran penyelidikan baharu daripada VICHY Laboratoires akan membiayai penyelidikan eksposom serta kesannya ke atas kulit
  • Tarikh akhir permohonan geran: 8 Julai 2016

VICHY Laboratoires hari ini mengumumkan, GERAN EKSPOSOM VICHY bakal menggalakkan dan menggiatkan aktiviti penyelidikan tentang eksposom kulit. Satu geran penyelidikan bernilai 15 000 € akan diberikan setiap tahun kepada usul projek penyelidikan dalam bidang eksposom dan kulit.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7751451-vichy-announces-exposome-grant/

Apakah itu eksposom? 

Tubuh manusia terdedah dan bertindak balas terhadap pendedahan yang kompleks sepanjang hayat mereka, termasuk pendedahan kepada persekitaran, pemakanan, dan gaya hidup. Bagi interaksi yang sangat rumit ini, istilah eksposom baru-baru ini dibawakan oleh Dr. Christopher Wild di Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Barah Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Dengan itu, analisis eksposom melengkapi genom manusia dengan menyediakan gambaran menyeluruh tentang pendedahan manusia terhadap kawasan persekitaran sepanjang hayat mereka. Penyelidikan tentang eksposom bertujuan untuk melihat pandangan yang holistik berkaitan pendedahan terhadap tubuh badan manusia, bagaimana tubuh bertindak balas terhadap semua pendedahan itu, serta kesan yang terhasil daripada kombinasi ini.

Apakah Geran eksposom Vichy?

GERAN EKSPOSOM VICHY disokong oleh VICHY Laboratoires yang bertujuan untuk menggalakkan dan menggiatkan aktiviti penyelidikan bagi mengenal pasti ciri-ciri eksposom kulit.

Usul projek penyelidikan tentang eksposom kulit boleh melibatkan kajian dari segi asas atau ciri-ciri klinikal dan boleh merangkumi mana-mana aspek eksposom. Projek yang memfokuskan penyakit kulit tidak akan dipertimbangkan. Kajian boleh dilakukan di mana-mana hospital, universiti, atau institusi penyelidikan lain yang bukan berasaskan keuntungan.

Permohonan GERAN EKSPOSOM VICHY akan dinilai oleh barisan juri pakar antarabangsa yang dipengerusikan oleh Profesor Jean Krutmann (Institut Penyelidikan untuk Perubatan Alam Sekitar Leibniz, Jerman) dan dianggotai Profesor Craig Elmets (Universiti Alabama di Birmingham, AS), Profesor Haidong Kan (Universiti Fudan, China), Profesor Thierry Passeron (Universiti Nice-Sophia Antipolis, Perancis) dan Profesor Sergio Schalka (Universiti Santo Amaro, São Paulo, Brazil).

Untuk maklumat lanjut tentang GERAN EKSPOSOM VICHY dan untuk memohon, lawati http://www.vichy.com/vichygrant

Tarikh akhir permohonan adalah pada 8 Julai 2016.

LATAR BELAKANG VICHY LABORATOIRES 

Diasaskan pada tahun 1931 oleh Dr. Haller, Vichy Laboratoires ditubuhkan di rantau Auvergne, di French Volcanos. Produk penjagaan kulit Vichy dicipta dengan air yang diperkaya dengan 15 mineral yang jarang didapati, yang terbukti dapat menguatkan kulit bagi membantu melawan kerengsaan dan digandingkan dengan bahan aktif yang hebat. Diuji di bawah keadaan kualiti yang ketat yang terletak hanya empat kilometer dari sumber air mineral Vichy, produk Vichy dirumus bagi memastikan keselamatan dan keberkesanannya terhadap kulit sensitif. Menerusi penyelidikan saintifik yang dijalankan lebih 85 tahun, Vichy mendampingi golongan wanita dalam peringkat hidup penting dengan menyediakan produk yang dibuat daripada air mineral yang dapat memberikan hasil yang menakjubkan selain mampu menguatkan kulit untuk kehidupan yang lebih baik, setiap hari. 

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160226/338057LOGO

SUMBER  Vichy

Source: Vichy
Keywords: Cosmetics & Personal Care Education Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals