omniture

Laporan Tahunan 2015 Pasaran Seni Global Artprice: "Dengan Pertumbuhan Harga Malar, Pasaran Seni Mewakili Alternatif Kukuh bagi Pasaran Kewangan"

Artprice.com
2016-03-01 14:32 426

PARIS, 1 Mac 2016 /PRNewswire/ --

Laporan Tahunan Pasaran Seni Global Ke-14 kami sekali lagi merupakan hasil kerjasama antara Artprice (peneraju dunia dalam maklumat Pasaran Seni, ditubuhkan dan diketuai Thierry Ehrmann) dan Art Market Monitor of Artron (rakan kongsi institusi China mereka yang berkuasa, yang diketuai Wan Jie). Laporan terkini kami memberikan penghargaan yang jelas dan mendalam tentang realiti pasaran seni hari ini daripada sudut pandangan Barat serta Timur.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160228/338238LOGO )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160228/338239 )

Dengan mengumpulkan sumber mereka, dua entiti itu menghasilkan penilaian yang berkaitan serta bermanfaat, dan paling penting sekali, benar-benar global untuk kestabilan dan trend pasaran seni. Paras persaingan yang sengit antara pemain utama pasaran itu hanyalah sebahagian daripada banyak perspektif yang diutarakan dalam laporan ini.

Laporan itu mengandungi senarai 500 pengkarya terbaik Artprice yang kini sudah terkenal, ditentukan pusing ganti lelongan tahunan, 100 keputusan lelongan terbaik dalam pasaran, pilihan indeks pasaran, serta pelbagai analisis terperinci dalam setiap negara, setiap hab pasaran, setiap tempoh kreatif, dan setiap medium seni. 21 babnya memberikan analisis yang terperinci dan tidak pernah dibuat sebelum ini bagi Pasaran Seni global masa kini. Laporan itu boleh dimuat turun dalam format PDF secara percuma di:

http://imgpublic.artprice.com/pdf/rama2016_zh.pdf

http://imgpublic.artprice.com/pdf/rama2016_en.pdf

Berbekalkan gabungan dinamik antara logik pelaburan, spekulasi, keghairahan pengumpulan, dan permintaan industri muzium baharu yang tidak pernah puas terhadap hasil karya yang paling didambakan di dunia, Pasaran Seni sekunder global menunjukkan kestabilan yang mengagumkan pada tahun 2015 walaupun dalam keadaan ekonomi dan kewangan yang tidak memberangsangkan. Jumlah pusing ganti untuk tahun itu adalah sebanyak $16.1 bilion, dengan dunia Barat menjana jumlah yang sama dengan tahun 2014, iaitu $11.2 bilion.

Selain daripada akses kepada maklumat pasaran seni yang andal, kuasa pemacu pasaran seni hari ini adalah hasil penyebaran pantas jualan seni secara dalam talian (dengan 95% daripada pemain Pasaran Seni terhubung), kemunculan seni sebagai kelas aset yang andal dan menarik, pertumbuhan besar-besaran populasi yang mencari hasil seni (daripada kira-kira separuh juta pada tahun 1945 menjadi kira-kira 70 juta pada tahun 2015), kenaikan pasaran bagi generasi yang jauh lebih muda serta perluasan pasaran ke Asia, the Lingkaran Pasifik, India, Afrika Selatan, Timur Tengah, dan Amerika Selatan.

Ia juga dipacu oleh fenomena pertumbuhan muzium (700 muzium baharu setiap tahun) dengan industri muzium global kini menjadi realiti ekonomi yang signifikan dalam abad ke-21 dan lebih banyak muzium dibuka antara tahun 2000 dan 2014 berbanding pada abad ke-19 dan abad ke-20. Jelas sekali, permintaan terhadap karya seni berkualiti muzium merupakan salah satu pendorong nilai utama dalam pasaran seni global yang berkualiti tinggi. Pasaran seni yang kini matang dan cair menawarkan hasil sebanyak 10% hingga 15% setahun bagi hasil karya yang dinilaikan melebihi $100,000.

Inilah asas makroekonomi dan mikroekonomi Pasaran Seni hari ini: pasaran yang muncul sejak 16 tahun lalu menjadi tempat selamat daripada ketidakstabilan ekonomi dan kewangan, dengan pulangan yang lumayan serta berulang.

Dengan berlatarbelakangkan kadar faedah negatif dan pasaran saham yang mengecut, Pasaran Seni kelihatan tampak stabil dengan segmen Kontemporarinya sahaja mencatat perkembangan pusing ganti tahunan sebanyak 1,200% sejak 16 tahun lalu dan perkembangan linear sebanyak lebih 43% bagi nilai purata sesebuah karya seni.

Latar Belakang Artprice: 

Artprice tersenarai dalam Eurolist oleh Euronext Paris, SRD panjang sahaja dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.

Artprice merupakan peneraju global dalam bank data harga seni dan indeks seni. Ia mempunyai lebih 30 juta indeks dan keputusan lelongan yang merangkumi lebih 615,000 pengkarya. Artprice Images(R) memberi akses tanpa had kepada sumber Pasaran Seni terbesar di dunia: satu pustaka yang mengandungi 118 juta imej atau cetakan hasil seni dari tahun 1700 hingga hari ini, berserta ulasan daripada sejarawan seni Artprice.

Artprice memperkayakan pangkalan datanya secara berkekalan dengan maklumat daripada 4,500 pelelong dan ia menerbitkan ikutan pasaran seni secara tetap untuk agensi berita utama dunia dan kira-kira 7,200 penerbitan akhbar antarabangsa. Bagi 4,500,000 ahlinya, Artprice memberi akses kepada Pasaran Terpiawai terkemuka dunia bagi pembelian dan penjualan seni.

Temui Alkimia dan alam Artprice http://web.artprice.com/video, yang mana ibu pejabatnya adalah Muzium Seni Kontemporari yang terkenal, the Abode of Chaos http://goo.gl/zJssd https://vimeo.com/124643720

https://www.facebook.com/la.demeure.du.chaos.theabodeofchaos999
http://twitter.com/artpricedotcom
https://www.facebook.com/artpricedotcom
https://plus.google.com/+Artpricedotcom/posts

Hubungi: Josette Mey, ir@artprice.com

Sumber: Artprice.com

Source: Artprice.com
Related Stocks:
EuronextParis:PRC
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research