omniture

Air China Meneruskan Peluasan di Amerika Utara Menerusi Perkhidmatan Tanpa Henti Houston-Beijing

Air China
2013-01-18 09:35 259

HOUSTON, 16 Jan. 2013 /PRNewswire-AsiaNet/ -- Perkhidmatan baharu menjadikan Houston sebagai gerbang pertama untuk penyambungan terus ke China di Texas dan Tengah Wilayah Selatan Amerika Syarikat.

Dr. Zhihang Chi, Naib Presiden dan juga Pengurus Besar Air China bagi AmerikaUtara, mengumumkan mengenai perkhidmatan baharu tanpa henti Air China antara Houston dan Beijing, yang pada masa ini menunggu kelulusan kerajaan, pada sidang media bersama dengan Houston Airport System hari ini.

"Houston bangga menjadi gerbang baharu global untuk Air China memandangkan pertumbuhan antarabangsa kami bergantung kepada hubungan yang kukuh denganseluruh dunia," kata Datuk Bandar Houston, Annise Parker. "Laluan terus baharuini ke China akan memastikan kejayaan kami dalam meluaskan ekonomi wilayah Texas serta mengukuhkan hubungan global dengan rakan dagang kami di China.

Air China, syarikat penerbangan eksklusif negara China, dijadual beroperasi pergi balik bagi lalaun Beijing ke Houston menggunakan Boeing 777-300ER generasi baharu mulai Khamis, 11 Julai, 2013, bergantung kepada kelulusan Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat.

Bermula dengan empat penerbangan seminggu, penerbangan tanpa henti itu akan berlepas dari Beijing pada pukul 3 petang dan mendarat di Houston pada hari yang sama pada pukul 3:30 petang. Penerbangan keluar pula, dijadual berlepas dari Houston pada pukul 1:40 pagi, keesokkannya, dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada pukul 5 pagi pada hari berikutnya.

Houston bakal menjadi gerbang kelima Air China di Amerika Utara, tambahan kepada NY, LA, San Francisco dan Vancouver. Syarikat penerbangan negara China itu terus melabur di Amerika Utara dan Selatan menerusi perkhidmatan baharu tanpa henti, menaik taraf produk dan menambah kekerapan penerbangan.

Maklumat Mengenai Air China

Air China ialah syarikat penerbangan kelima terbesar di dunia berdasarkan pemodalan pasaran, demikian menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Ia mengurus kumpulan 432 pesawat Airbus dan Boeing. Rangkaiannya yang luas yang membabitkan 289 laluan di seluruh Asia, Timur Tengah, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan, dari hab utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, yang menawarkan sambungan yang tiada tandingannya ke bandar raya di China dan melepasinya. Sebagai anggota Star Alliance, Air China mengoperasikan capaian 1,356 destinasi di 193 buah negara. Layari www.airchina.us atau hubungi Pusat Panggilan Amerika Utara Air China di 800-882-8122 untuk maklumat lanjut.

Maklumat Mengenai Houston Airports

The Houston Airport System memberi perkhidmatan kepada 50 juta penumpang pada tahun 2012. Tiga lapangan Terbang Houston, George Bush Intercontinental Airport(IAH), William P. Hobby(HOU) dan Ellington Airport(EFD) menyumbang sejumlah $27.5 bilion kepada ekonomi wilayah itu. Layari fly2houston.com dan ikuti kami di @HobbyAirport dan @IAH.

SUMBER  Air China

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services