omniture

'Sistem Keimunan' Siber Darktrace Bangkit Melawan

Era Baharu Serangan Mesin Melawan Mesin - Antibodi Digital Dilancarkan
Darktrace
2016-03-01 18:29 539

CAMBRIDGE, England dan SAN FRANCISCO, 1 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Darktrace, peneraju dunia dalam teknologi Sistem Keimunan Perusahaan, memperkenalkan Darktrace Antigena, produk serba baharu yang inovatif, yang menggunakan pembelajaran mesin bagi membolehkan rangkaian mempertahankan diri secara automatik.

Semasa kemunculan era baharu yang melibatkan perlawanan antara mesin dengan mesin dan penyerang canggih dikerahkan, Darktrace merupakan syarikat pertama di dunia yang melengkapi angkatan pertahanan dengan pembelajaran mesin terbukti serta matematik yang berkesan tanpa mengetahui tentang serangan itu terlebih dahulu, tanpa peraturan, atau tanda pengenalan. Dengan Antigena, Darktrace kini dapat mengesan dan menginokulasi ancaman yang tidak dikenali, ketika ia menular ke dalam organisasi dalam masa sebenar.

"Medan tempurnya adalah rangkaian koporat - kita sudah tidak boleh sekadar berperang dari tepi sempadan sahaja. Kini kita hidup dalam era ancaman baharu yang tidak henti-henti dan membinasakan - dan ia berada dalam rangkaian kita sekarang. Hari ini, kami memperoleh satu kaedah pengesanan baharu yang bertindak balas lebih pantas berbanding mana-mana pasukan keselamatan pun," kata Nicole Eagan, Ketua Pegawai Eksekutif Darktrace.

Dengan lebih 200 pelanggan dan 20 lokasi global, Darktrace merupakan syarikat siber yang paling pantas berkembang di dunia dan mendapat pengiktirafan Forum Ekonomi Dunia, hasil daripada teknologi Sistem Keimunan Perusahaannya:

  • Penyelesaian de facto untuk menangani ancaman dalaman dan luaran - merentasi semua industri
  • Mengesan ancaman tanpa perlu mengetahui terlebih dahulu apa yang ia patut cari
  • Diperhebat oleh pembelajaran mesin yang tiada tolok bandingnya, dibangunkan pakar matematik terkemuka dari Universiti Cambridge
  • Tanpa peraturan, tanpa tanda pengenalan

Darktrace Antigena merupakan inovasi produk baharu, yang meniru fungsi antibodi dalam sistem keimunan manusia. Apabila Sistem Keimunan Perusahaan mengesan ancaman yang sedang berlaku, modul Antigena bertindak sebagai kemampuan pertahanan tambahan yang meneutralkan ancaman langsung secara automatik, tanpa memerlukan campur tangan manusia.

Dengan Antigena, organisasi kini bersedia dengan sistem pertahanan diri yang akan melawan semula, tidak mengira jenis ancaman yang dihadapi.

Kemampuan unik Darktrace Antigena:

  • Menginokulasi terus bagi melawan pelbagai ancaman yang mungkin berlaku - tanpa peraturan atau tanda pengenalan
  • Mencegah, memperlahankan, atau mengganggu aktiviti dalam masa sebenar - menghentikan ancaman sebelum merebak
  • Tiada gangguan dalam aktiviti harian - tiada pemberitahuan palsu

"Ini adalah masalah yang sangat sukar untuk diselesaikan. Darktrace memiliki satu-satunya teknologi asas yang mampu menanganinya - menggunakan pembelajaran mesin dan matematik, dibangunkan pakar dari Universiti Cambridge," sambung Nicole Eagan, Ketua Pegawai Eksekutif Darktrace.

"Antigena merupakan langkah utama yang berwawasan dalam pertahanan 'sistem keimunan' - menyediakan lebih pengautomatan, melapangkan lebih ramai pihak dan melengkapi mereka dengan amunisi yang benar-benar berkesan - dalam fasa ancaman dalaman baharu yang berterusan ini."

Modul Darktrace Antigena terdiri daripada:

  • Antigena Internet - mengawal akses pengguna dan mesin kepada internet dan selanjutnya
  • Antigena Communication - mengawal e-mel, sembang, dan protokol pemesejan lain
  • Antigena Network - mengawal atur mesin dan keterhubungan rangkaian serta kebenaran akses pengguna

Ketahui lebih lanjut di darktrace.com/antigena atau e-melkan kepada info@darktrace.com

Latar Belakang Darktrace 

Dipilih sebagai Perintis Teknologi oleh Forum Ekonomi Dunia 2015, Darktrace adalah salah sebuah syarikat terkemuka dunia untuk pertahanan daripada ancaman siber. Teknologi Sistem Keimunan Perusahaan daripadanya mengesan dan bertindak balas terhadap ancaman yang tidak dapat dikenal pasti sebelum ini dalam waktu nyata, dikuasakan oleh pembelajaran mesin dan matematik hasil usaha pakar dari Universiti Cambridge yang menganalisis kelakuan setiap peranti, pengguna serta rangkaian dalam sesebuah organisasi. Beberapa buah syarikat terbesar dunia bergantung kepada teknologi pembelajaran dan pertahanan kendiri oleh Darktrace dalam sektor-sektor seperti tenaga dan utiliti, khidmat kewangan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan, pembuatan, peruncitan dan pengangkutan. Syarikat tersebut ditubuhkan pada tahun 2013 oleh pakar pembelajaran mesin serta pakar perisikan kerajaan yang beribu pejabat di Cambridge, UK dan juga San Francisco, selain beberapa buah pejabat di Auckland, Boston, Chicago, Dallas, London, Los Angeles, Milan, Mumbai, New York, Paris, Seoul, Singapura, Sydney, Tokyo, Toronto dan Washington D.C.

Source: Darktrace
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology New products/services