MILAN, 1 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Jenama kaca mata fesyen yang inovatif, MUJOSH mula diperkenalkan di Pameran Kaca Mata Milano (Milano Eyewear Show, MIDO 2016) dan bakal menjalankan sedikit kempen pemasaran utama mereka bagi tahun 2016 - 'Injection', di Dewan MORE!, satu kawasan khas untuk mereka mempamerkan trend dan masa depan dunia kaca mata selain memperlihatkan kretiviti, visi dan juga inovasi dalam industri itu.
"Penyertaan kami di MIDO adalah sesuatu yang mengujakan untuk pembangunan perniagaan antarabangsa kami," kata Alan Chen, Pengasas MUJOSH. "Kami adalah jenama muda yang mula mengembangkan perniagaan di peringkat antarabangsa pada awal tahun 2015. Produk MUJOSH kebanyakannya dijual di China, Thailand, Malaysia, Australia serta Perancis, dan kami ingin mengambil kesempatan di MIDO ini untuk terus mengembangkan perniagaan antarabangsa kami."
Berbeza daripada kesemua reka bentuk ruang yang sedia ada, MUJOSH hadir dengan konsep baharu buat pengunjung di MIDO 2016. "Kempen pemasaran baharu kami - Injection - akan dilancarkan tidak lama lagi, dan kali ini di MIDO, kami mempamerkan sedikit tentang apa yang boleh dijangkakan oleh pengunjung," kata Grace Zhang, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Antarabangsa di Photosynthesis Group. "MUJOSH adalah jenama yang baharu. Idea kami adalah untuk 'menyuntik' warna-warni ke dalam hidup para pelanggan kami, untuk menggembirakan mereka dan berkongsi setiap peristiwa dengan mereka."
Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh sekumpulan anak muda kreatif yang mempercayai bahawa kaca mata bukanlah sekadar alat untuk menambah baik penglihatan, malahan ia juga adalah sebagai aksesori fesyen untuk membezakan individu serta menonjolkan mereka dalam khalayak. MUJOSH sangat digemari oleh ikon fesyen dan pemakai.
Latar Belakang MUJOSH
Ditubuhkan pada tahun 2010, MUJOSH adalah jenama kaca mata fesyen inovatif yang beribu pejabat di Hong Kong. Menggabungkan elemen yang unik dan gaya dengan berani ke dalam rekaan mereka, jenama fesyen berdedikasi serta ikonik ini mempunyai kelasnya yang tersendiri. Menghargai idea kreatif, mementingkan nilai ketukangan dan menitikberatkan keaslian bahan yang digunakan, MUJOSH sangat digemari oleh ikon fesyen dan pemakai.
Pihak untuk Dihubungi: Capri Wu
Nombor Telefon: +86-755-2588-2188
E-mel: capri.wu@mujiushi.com