omniture

ArisGlobal(R) Alu-Alukan Pelanggan Pertama ARISg(TM) di China

Chengdu Institute of Biological Products Co., Ltd. Bakal Perkukuh Proses Farmakovigilans menggunakan Penyelesaian ARISg™ daripada ArisGlobal®
ArisGlobal
2016-03-02 15:15 356

PRINCETON, N. J., 2 Mac 2016 /PRNewswire/ -- ArisGlobal®, penyedia utama bagi penyelesaian perisian untuk industri sains hayat, mengumumkan Chengdu Institute of Biological Products Co., Ltd. (CDIBP) melantik ARISg™ untuk memperkukuh dan membina asas yang lebih mantap untuk proses farmakovigilans mereka.

Terletak di Chengdu, CDIBP (sebuah anak syarikat China National Biotec Group Co., Ltd. (CNBG)) adalah salah sebuah syarikat terbesar yang membangunkan dan mengeluarkan produk vaksin dan biologi di China. CDIBP, dengan kerjasama PATH, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan antarabangsa yang memfokuskan penambahbaikan kesihatan, berusaha untuk membangunkan pangkalan data farmakovigilans yang dapat memenuhi kehendak Pertubuhan Kesihatan Sedunia agar dapat menyediakan vaksin mampu milik ke dalam pasaran yang lebih luas.

Dengan pelaksanaan ARISg™, iaitu satu sistem pengurusan maklumat keselamatan yang dipilih oleh syarikat-syarikat sains hayat di seluruh dunia, CDIBP mampu menyediakan sistem keselamatan klinikal dan farmakovigilans yang berkesan, bermula dengan kemasukan data kes kepada laporan kejadian buruk yang dihasilkan secara automatik dan sedia untuk dihantar, yang menyokong sepenuhnya kesemua keperluan peraturan laporan. Sistem ini juga akan disediakan dalam bahasa Cina bagi membantu pengguna berbangsa Cina dengan lebih berkesan.

"Jalinan kerjasama dengan ArisGlobal® adalah suatu pengalaman yang amat menarik. Mereka bukan sekadar menyediakan produk yang hebat kepada kami, malah mereka turut berkongsi kepakaran terulung mereka dalam sistem farmakovigilans selain menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi bagi memenuhi kehendak pelanggan," kata En. Zhang Lei, Pengurus Projek Kerjasama Antarabangsa, Chengdu Institute of Biological Products Co., Ltd.

"Kami amat berbangga kerana CDIBP memilih ARISg™ sebagai sistem keselamatan mereka dan bakal menjadi pelanggan pertama kami dari Pasaran China," kata Kazushi Iwai, Pengarah Pembangunan Perniagaan Asia Utara di ArisGlobal KK. "Oleh sebab berlakunya perkembangan pasaran farmaseutikal di China selain sistem kawal selia yang lebih ketat, usaha untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat dalam amalan farmakovigilans boleh menjadi salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh syarikat-syarikat tempatan serta pengamal kesihatan. Pengetahuan mendalam dan pengalaman ArisGlobal® dalam bidang farmakovigilans akan membantu CDIBP mengamalkan dan memahami amalan terbaik serta keperluan yang sangat penting dalam keselamatan ubat-ubatan dan juga pengurusan risiko."

Sistem keselamatan ARISg™ daripada CDIBP akan digunakan oleh ArisGlobal KK, anak syarikat Jepun ArisGlobal® yang terletak di Tokyo, Jepun.

Latar Belakang ArisGlobal®:

ArisGlobal® (http://www.arisglobal.com) mengkhusus dalam menyampaikan penyelesaian perisian inovatif dan bercirikan awan yang memudahkan proses pembangunan ubat-ubatan global serta pematuhan peraturan kawal selia dalam industri Sains Hayat dan juga Penjagaan Kesihatan. Portfolio mereka yang komprehensif menyokong seluruh kitar hayat produk termasuk Pembangunan Klinikal, Hal Ehwal Kawal Selia, Farmakovigilans dan Komunikasi Perubatan.

Penyelesaian teknologi canggih daripada ArisGlobal® kini digunakan oleh lebih 200 pengeluar ubat dan peranti, organisasi penyelidikan kontrak (CRO) serta agensi kawal selia bagi membuat keputusan dengan lebih baik dan bermaklumat, memudahkan pematuhan, mengurangkan risiko selain menambah baik kecekapan operasi. Beribu pejabat di Amerika Syarikat, ArisGlobal® memiliki pejabat rantau di Eropah, India dan Jepun.

Source: ArisGlobal
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Contracts