omniture

Mahindra Comviva Lancar IRIS, Platform Pengewangan untuk CSP

Mahindra Comviva
2016-03-03 13:04 245

NEW DELHI, 3 Mac 2016 /PRNewswire/ --

IRIS Bakal Berikan Pengalaman Lancar Caj Semula Kepada Peruncit dan Pelanggan

Mahindra Comviva, peneraju global dalam penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan pelancaran IRIS, tambahan terbaharu kepada suite Revenue Plus mereka – platform pengewangan untuk CSP. 'Pendapatan Tambahan Melalui Peningkatan Jualan' (IRIS) menyatukan proses caj semula pihak peruncit serta pelanggan dengan menyediakan pengalaman caj semula yang lancar, sepadan dan serentak kepada kedua-dua pihak. Pelanggan dibahagikan kepada pelbagai kategori dan diberikan tawaran interaktif terbaik yang sesuai. Tujuannya adalah untuk mewujudkan tawaran nilai yang lebih baik serta meningkatkan pendapatan pelanggan. IRIS memberikan kefleksibelan untuk melayan setiap pelanggan dan peruncit secara berbeza dan memberi ganjaran kepada kombinasi unik mereka pada pelbagai peringkat penaiktarafan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130626/625127 )

IRIS merupakan penyelesaian pengurusan saluran bersepadu yang disertakan dengan pengautomatan tenaga kerja, merangkumi pelbagai fungsi seperti pemberian insentif kepada peruncit, bantuan kendiri peruncit, dan bantuan kendiri saluran. Ia mempertingkatkan pemberian insentif peruncit dengan melaraskan nilai setiap ganjaran mengikut nilai/usaha penaiktarafan yang dibawakan oleh setiap pelanggan. Selain itu, ia membantu pelanggan mendapatkan perkhidmatan melalui ciri bantuan kendiri pelanggan mereka. Fungsi bantuan kendiri saluran ini adalah salah satu ciri penting IRIS yang membolehkan syarikat telekomunikasi menyiarkan maklumat berkenaan jualan dan pengedaran yang relevan dalam masa sebenar kepada seluruh tenaga lapangan. Ketersediaan maklumat masa sebenar kepada peruncit dan peringkat eksekutif lapangan memberikan dorongan yang diperlukan dalam lapangan bagi menggalakkan perancangan tindakan serta produktiviti.

Ketika mengumumkan pelancaran IRIS, En. Amit Sanyal, Pembantu Naib Presiden VP & Ketua, Perniagaan Penyelesaian Nilai Pengguna, Mahindra Comviva berkata, "Usaha yang diberikan oleh pihak pengendali terhadap pulangan pelaburan yang lebih pantas, peningkatan hasil, dan penambahan margin sering terjejas oleh pendekatan yang kurang memberangsangkan, diikuti peruncit yang betul-betul menjual produk. Peruncit adalah satu-satunya pengaruh pada saat penentuan, iaitu pada masa jualan dibuat. Ketika peluang jelas kelihatan, mereka boleh menambah/menyilang sesebuah pek, membantu pelanggan mendapatkan pek, atau mempromosi jenama pengendali dan bukan jenama pesaing. Pemberian insentif kepada peruncit adalah penting bagi menjadikan mereka duta jenama pengendali."

"Pengendali seluruh dunia menunjukkan minat terhadap penyelesaian IRIS kami kerana ia membantu mereka menyatukan proses caj semula pelanggan dan peruncit serta mendapatkan pendapatan tambahan yang menghasilkan kepuasan pelanggan serta perdagangan yang lebih tinggi," tambah Amit lagi. 

Untuk maklumat lanjut tentang suite Revenue Plus, sila Klik di sini.

Untuk maklumat syarikat, sila Klik di sini.

Wakil akhbar:
Sundeep Mehta
Pengurus Global – Perhubungan Awam
pr@mahindracomviva.com

Sumber: Mahindra Comviva

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Asian-related news New products/services