omniture

Penghormatan buat Penggulung Cerut Sempena Festival Habanos XVIII

HABANOS SA
2016-03-03 18:00 306

HAVANA, 3 Mac 2016 /PRNewswire/ --

  • Figura penggulung cerut yang penuh lambang bakal menjadi tumpuan selain golongan profesional kilang Cuba yang memungkinkan penghasilan Habanos
  • Kilang Cohiba, El Laguito, mengalu-alukan kedatangan para pengunjung 
  • Gabungan identiti Cuba yang menggandingkan Habanos dan Havana Club Rum.

Festival Habanos sudah berlangsung separuh jalan bagi edisinya yang ke-18 dan meneruskan suasananya yang mesra pengunjung serta eksklusif dengan Habano sebagai ikatan bersama yang menyatukan para pengunjungnya.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7775251-XVIII-habanos-tribute-to-cigar-rollers/

Dewan Protokol El Laguito merupakan lokasi Malam Peringatan yang didedikasikan kepada Penggulung Cerut, tokoh tersanjung yang bertanggungjawab memelihara proses pengeluaran semasa membuat dan menggulung Habanos dengan kemahiran tangan mereka. Ia merupakan malam yang dipenuhi butiran istimewa serta kejutan, yang membolehkan pengunjung mencuba beberapa keluaran utama tahun ini, seperti Trinidad Topes Edisi Terhad 2016, H. Upmann Magnum 54 baharu mahupun Cuaba 20 Aniversario edisi khas, selain turut mengadakan cabutan undi bagi memenangi salah satu alat pelembapnya yang merupakan hasil buatan tangan.

Peserta Festival Habanos XVIII juga kini boleh melawat kilang El Laguito yang ikonik, lokasi asal "Escuela de Torcedoras" (Sekolah Pengguling Cerut) yang penuh legenda, sebelum menjadi ibu pejabat jenama Cohiba. Lawatan ke kilang ini jarang diadakan dan satu dekad telah berlalu sejak kali terakhir pengunjung festival berpeluang untuk belajar tentang proses pengeluaran Habanos dalam istana neoklasik itu.

Festival Habanos XVIII turut menganjurkan pelbagai aktiviti tradisional dan pendidikan seperti lawatan ladang di Vuelta Abajo* di Pinar del Río *, kawasan penanaman terunggul bagi tembakau terbaik di dunia.

Tambahan lagi, pada hari Rabu 2 Mac, gabungan antara Habanos dengan Havana Club Rum telah diadakan, satu kombinasi eksklusif antara dua produk Cuba ikonik yang membolehkan para pengunjung menikmati gandingan dua Havana Club Rum terpilih (Havana Club Unión - Cohiba Atmosphere dan Havana Club Tributo Collection 2016) dengan dua vitola Cohiba klasik (Cohiba Siglo VI dan Cohiba Genios).

Untuk maklumat lanjut: http://www.habanos.com

Bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk pihak akhbar:
Habanos, S.A.:
Daymi Difurniao (ddifurniao@habanos.cu; Tel.: 5372040513, Samb. 565)
Young & Rubicam Group:
Mónica Perpiñá-R. (monica.perpina@yrbrands.com; Tel.: +34 620735355)

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160301/339112)

Video: 
http://www.multivu.com/players/uk/7775251-XVIII-habanos-tribute-to-cigar-rollers/

SUMBER  HABANOS SA

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Tobacco Travel