omniture

Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa Bakal Berlangsung Tidak Lama Lagi dengan Tiga Kelebihan Utama

Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa
2016-03-04 09:59 821

SHANGHAI, 4 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa (CBD-IBCTF (Shanghai)) akan diadakan pada 23 Mac 2016. Tema pameran pada tahun ini iaitu "pintu & jendela besar, penyesuaian penting" akan berusaha menyediakan penyelesaian yang menyeluruh kepada industri bangunan dan pembinaan, selain menawarkan tiga kelebihan fungsi yang utama.

Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa (CBD-IBCTF (Shanghai)) bakal diadakan pada 23 Mac 2016 untuk menyediakan kemudahan yang menyeluruh kepada industri bangunan dan pembinaan selain menawarkan tiga kelebihan fungsi utama.
Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa (CBD-IBCTF (Shanghai)) bakal diadakan pada 23 Mac 2016 untuk menyediakan kemudahan yang menyeluruh kepada industri bangunan dan pembinaan selain menawarkan tiga kelebihan fungsi utama.

Kelebihan pertama CBD-IBCTF (Shanghai) adalah platform itu sendiri. Dengan sumber yang beraneka hinggalah pusat industrinya yang berada di Shanghai dan bandar-bandar di sekitarnya (Yangtze Delta) serta permintaan pasaran yang tinggi di China, pameran ini mengambil manfaat daripada "tiga bulan emas" dalam industri bangunan dan pembinaan. Sebuah pameran bangunan dan pembinaan yang profesional, bersaiz besar dan menyeluruh bakal diadakan.

Kelebihan kedua pameran ini adalah sejumlah besar pempamer yang menyertainya. Pada tahun 2016, kira-kira 400 jenama dan syarikat dari dalam dan luar negara berhimpun di Shanghai untuk mempamerkan bukan sekadar produk keluaran mereka, malahan gagasan serta konsep baharu.

Selain itu, 2016 CBD-IBCTF (Shanghai) dengan tema "penyesuaian pindah silang" akan menjadi pentas kepada pempamer untuk mempamerkan produk, rekaan, dan teknologi baharu mereka kepada khalayak ramai. Sebuah pameran seni akan turut diadakan sempena pameran tersebut untuk menunjukkan hasil tangan rekaan yang menarik dalam industri bangunan dan pembinaan China.

Turut diadakan semasa acara tahun ini adalah lebih 30 forum dan seminar yang akan menampilkan golongan profesional, pakar, dan pereka cipta dalam industri ini bagi menyertai sesi perbincangan yang memfokuskan topik semasa seperti kediaman pintar, pembangunan peralihan, perbincangan secara mendalam tentang trend konsumptif baharu berkaitan perlindungan alam sekitar, pembangunan lestari, karbon rendah, dan sebagainya.

"Pameran tahun ini adalah usaha pertama kami dengan harapan untuk menjadikan CBD-IBCTF (Shanghai) sebagai penanda aras industri sebenar bertaraf antarabangsa yang memfokuskan kualiti tertinggi dan berasaskan platform," kata LI Deying, pengurus besar CBD-IBCTF (Shanghai), "kami memilih untuk menganjurkan pameran tersebut di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) kerana bandar ini mempunyai pengaruh antarabangsa yang hebat, dan kami yakin semua peserta yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut akan memperoleh pengalaman berharga dan sukar dilupakan."

Pameran Dagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa 2016 yang juga dikenali sebagai CBD-IBCTF (Shanghai), akan berlangsung pada 23 hingga 26 Mac 2016 di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai).

Sebagai salah sebuah pameran dekorasi bangunan terbesar dan terpenting di China, 2016 CBD-IBCTF (Shanghai) akan meliputi kawasan seluas 100,000 meter persegi bagi menghimpunkan 400 pempamer. Pameran tersebut dijangka menerima 30,000 pengunjung pada tahun 2016.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160303/0861601719

Source: Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Trade show news