omniture

KPE Audi Stadler: "Kami Merancang untuk Meneruskan Pertumbuhan Kami pada 2016"

- Tahun kewangan 2015: hasil sebanyak EUR58 bilion, keuntungan kendalian sebanyak lebih EUR4.8 bilion, pulangan jualan kendalian sebanyak 8.3 peratus
- Sebelum barangan khas: keuntungan kendalian adalah sebanyak EUR5.1 bilion manakala pulangan jualan kendalian adalah sebanyak 8.8 peratus
- KPE Audi Rupert Stadler: "Tahun ini, kami akan melabur lebih EUR3 bilion dan mencapai kemajuan dalam pembekalan elektrik dan pendigitan"
Audi AG
2016-03-04 16:23 356

INGOLSTADT, Jerman, 4 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Audi Group merancang untuk melancarkan lebih 20 model baharu atau model yang dikemas kini dan akan meneruskan pertumbuhannya pada tahun 2016. Walaupun berhadapan dengan cabaran besar, syarikat yang berpangkalan di Ingolstadt itu menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun lalu dan mencatat rekod baharu bagi unit yang terjual: Penghantaran ke seluruh dunia meningkat berbanding tahun 2014 sebanyak 3.6 peratus menjadi 1,803,246 buah kereta. Hasil daripada permintaan yang tinggi, syarikat itu mencapai rekod baharu, juga untuk hasil, mencatat angka EUR58.4 bilion. Keuntungan kendalian adalah sebanyak EUR4.8 bilion manakala keuntungan kendalian sebelum barangan khas adalah sebanyak EUR5.1 bilion, berada pada paras yang tinggi tahun sebelumnya. Sebelum pelancaran besar-besaran seluruh dunia untuk model penting seperti Audi A4 baharu, pulangan jualan kendalian adalah sebanyak 8.3 peratus, walaupun dalam keadaan yang mencabar, dan seterusnya berada dalam koridor sasaran strategik sebanyak lapan hingga sepuluh peratus; sebelum barangan khas, hasilnya adalah sebanyak 8.8 peratus.

 (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160303/340070 )

 (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160303/340071 )

Tahun ini, Audi akan mengekalkan kemajuan inisiatif produknya. Contohnya, dengan Audi Q2 baharu, syarikat itu berhasrat untuk menguasai segmen pasaran baharu dan meneruskan kisah kejayaan keluarga Q. Pada masa yang sama, Audi membangunkan bidang penting dalam pembekalan elektrik serta pendigitan. Pelaburan sebanyak lebih EUR3 bilion dirancang untuk tahun 2016. Di Mexico, sebuah kilang kereta yang serba baharu dan ultramoden bakal dibuka. Selain itu, lebih 1,200 pakar dalam bidang strategik untuk masa depan akan direkrut di Jerman.

Sewaktu Sidang Media Tahunan yang diadakan di ibu pejabat syarikat itu di Ingolstadt, Rupert Stadler, Pengerusi Lembaga Pengurusan AUDI AG, berkata, "Kami berjaya mengharungi tahun yang banyak cabarannya. Kini, kami akan melabur lebih EUR3 bilion pada tahun 2016 untuk mobiliti masa depan, dan kami akan berusaha mencapai kemajuan dalam pembekalan elektrik serta pendigitan produk kami."

AUDI AG mencapai jualan unit yang mencatat rekod pada tahun 2015: penghantaran ke seluruh dunia meningkat kepada 1,803,246 buah kereta (2014: 1,741,129), memperlihatkan pertumbuhan sebanyak 3.6 peratus berbanding tahun 2014.

Memandangkan terdapatnya paras permintaan yang tinggi, Audi Group turut mencatat rekod hasil baharu: Berbanding tahun 2014, hasil meningkat sebanyak 8.6 peratus menjadi EUR58,420 juta (2014: EUR53,787 juta).

Walaupun dengan perbelanjaan tinggi untuk perluasan struktur pengeluaran antarabangsa selain untuk model dan teknologi baharu, keuntungan kendalian berada pada paras yang tinggi berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2015, Audi Group mencapai keuntungan kendalian selepas barangan khas sebanyak EUR4,836 juta. Dilaraskan untuk barangan khas, keuntungan kendalian adalah berjumlah EUR5,134 juta, seraya mencatat paras yang sama dengan tahun sebelumnya (2014: EUR5,150 juta). Ini memperlihatkan pulangan jualan kendalian sebanyak 8.8 peratus (2014: 9.6 peratus). Selepas barangan khas, pulangan jualan kendalian sebanyak 8.3 peratus adalah dalam koridor sasaran strategik iaitu sebanyak lapan hingga sepuluh peratus.

Barangan khas itu sebahagian besarnya adalah berkaitan dengan isu diesel pada enjin TDI enam silinder. Ini termasuk perbelanjaan kewangan untuk langkah teknikal, risiko undang-undang dan aktiviti jualan. Ketua Pegawai Eksekutif Stadler berkata dalam acara tersebut: "Kami kesal dengan apa yang terjadi. Kami akan memastikan ketelusan penuh dan memberi jaminan kepada anda yang kami akan memperbetulkan keadaan." Berikutan satu perjanjian yang sah dengan Volkswagen AG, enjin TDI empat silinder yang terjejas itu tidak memberi impak secara langsung terhadap keuntungan Audi Group.

Pada tahun 2016, Audi Group merancang untuk meneruskan pertumbuhan seluruh dunianya dan – dengan mengandaikan keadaan luar yang stabil -- menjangkakan terdapat peningkatan sederhana dari segi bilangan kereta yang disediakan kepada pelanggan. Di samping pertumbuhan jumlah, proses yang berterusan dan pengoptimuman kos seharusnya memberi impak positif ke atas metrik kewangan syarikat. Perbelanjaan awal yang tinggi untuk masa depan -- seperti untuk teknologi rintis dan pembaharuan semula serta perluasan rangkaian produk -- pada mulanya tentu akan memberi kesan negatif terhadap pendapatan. Sejumlah besar produk yang dirancang akan menunjukkan peningkatan selain pelancaran pasaran dan perluasan rangkaian pengeluaran akan mengalami kesan yang sama. Namun begitu, Audi Group menyasarkan untuk mencapai pulangan jualan kendalian dalam koridor sasaran strategik sebanyak lapan hingga sepuluh peratus, juga pada tahun kewangan 2016.

Komunikasi Korporat
Julio Schuback
Jurucakap Akhbar untuk Kewangan dan Organisasi
Telefon: +49-841-89-38455
E-mel: julio.schuback@audi.de
http://www.audi-mediacenter.com  

Source: Audi AG
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation Earnings