omniture

G2A, Bersama-sama Gaming for Good dan Save the Children, Aktifkan Pembela Komuniti Permainan Video untuk Pasukan Respons Nekad Kecemasan Kemanusiaan (HEART) di Etiopia

G2A.com
2016-03-07 08:06 332

LONDON, HONG KONG dan RZESZOW, Poland, 7 Mac, 2016 /PRNewswire/ --

Dua bulan lalu, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran G2A Dawid Rozek, mengumumkan G2A akan bekerjasama dengan Gaming for Good untuk membantu kanak-kanak di seluruh dunia. Dawid berkata: "Inilah saatnya untuk membantu, dan menunjukkan G2A, Gaming for Good serta Save the Children bersama-sama boleh dan bakal membawa perubahan." G2A dan Gaming for Good umumkan 'Pasukan Respons Nekad Kecemasan Kemanusiaan (HEART).

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160305/340764 )

Hanya 8 minggu selepas perasmian Pasukan Respons Nekad Kecemasan Kemanusiaan (HEART), Etiopia dilanda musim kemarau paling teruk dalam tempoh 50 tahun. Bencana ini menimbulkan ancaman genting kepada berjuta-juta ibu dan kanak-kanak yang berada di rantau itu. Jumlah rakyat Etiopia yang memerlukan bantuan makanan kritikal melonjak daripada 3 juta kepada 10 juta dalam tempoh hanya satu tahun.

"Tiba masanya untuk bertindak. Tiba masanya untuk mendedahkan betapa mulianya hati pemain permainan video," kata Dawid Rozek.

G2A menyokong perjuangan ini secara langsung dengan memberi sumbangan Save the Children, selain menyediakan Gaming for Good dengan penyelesaian yang disesuaikan untuk pembayaran dalam talian dari seluruh dunia melalui G2A Pay. Lebih 100 kaedah bayaran digunakan dalam G2A Pay dan penyumbang boleh memilih salah satu kaedah untuk memberi sumbangan. https://pay.g2a.com/

"Sertai kami dan komuniti ini yang terdiri daripada lebih 1500 penstrim yang mengumpul derma untuk Etiopia. Hanya layari: Gaming for Good (https://www.GamingForGood.net/), pilih penstrim anda dan berikan sumbangan, atau mulakan penstriman anda serta libatkan komuniti anda. Semuanya terletak di bahu kita  akan kepantasan dan jumlah kanak-kanak yang dapat kita capai," kata Bachir 'Athene' Boumaaza.

Save the Children ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang memperjuangkan hak kanak-kanak, menyediakan bantuan serta membantu memberi sokongan kepada kanak-kanak di negara-negara sedang membangun. Save the Children kini bekerjasama rapat dengan Kerajaan Etiopia, lain-lain NGO dan agensi PBB bagi mendekati kanak-kanak Etiopia yang memerlukan bantuan serta sokongan segera daripada kami. http://www.SavetheChildren.org/Ethiopia

Senarai lengkap Pembela: Klik saya! Layari: http://www.SavetheChildren.org/Ethiopia, https://www.GamingForGood.net/, http://www.G2A.com.   

Tonton filem Athene yang meminta sokongan: https://www.youtube.com/watch?v=uVtDWjMTX-I

Penulis:  Jacqueline Purcell -  jpurcell@G2A.com

Sumber: G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology Children-related news Corporate Social Responsibility Joint ventures