omniture

Bintang Antarabangsa pada Penutup Pesta Habanos XVIII

-- Chucho Valdés, Estrella Morente dan Jorge Drexler menyertai sambutan penutup yang memberi penghormatan kepada jenama Cohiba
-- Hampir 320.000 euro terkumpul dalam lelongan alat pelembab pertama siri eksklusif istimewa "Cohiba 50 Aniversario"
-- Juan Jesús Machín dari Cuba meraih gelaran "Maestro de Maestros" di peringkat akhir Pertandingan Antarabangsa Habanosommelier XV
HABANOS SA
2016-03-07 08:10 313

HAVANA, Mac 7, 2016 /PRNewswire/ -- Cuba sekali lagi menyaksikan acara tahunan antarabangsa terbesar yang meraikan budaya Habano. Pesta ini tiba ke penghujungnya dengan sambutan Malam Gala yang memberi penghormatan kepada jenama Cohiba sempena Ulangtahun ke 50, dengan penampilan acara merasa eksklusif keluaran baharunya.  Gala ini dihadiri 1,200 tetamu yang disajikan dengan persembahan langsung daripada pemain piano dan komposer Cuba, Chucho Valdes; penyanyi flamenco Sepanyol, Estrella Morente; dan penyanyi-penulis lirik Uruguay Jorge Drexler.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7779251-international-stars-xviii-habanos-festival/

Pada tahun ini lelongan tradisi alat pelembab yang menampilkan tujuh barang kegemaran pengumpul mencecah jumlah 865.000€ yang akan disumbangkan sepenuhnya kepada Sistem Kesihatan Awam Cuba.  Edisi kali ini sangat unik dengan lelongan alat pelembab pertama (01/50) daripada siri eksklusif istimewa "Cohiba 50 Aniversario", yang mengumpul 320.000 euro.  Alat pelembab ini merupakan hasil seni yang asli dan sebuah barang kegemaran pengumpul yang unik, dan menampilkan inovasi sebenar kerja tangan tradisional serta rekabentuk dan pembangunan teknikal.

Pada malam itu, "Maestro de Maestros" dipilih dalam Pertandingan Habanosommelier Antarabangsa XV.  Johan dirangkul oleh Juan Jesús Machín dari Cuba. Luis Manuel García Urrea (Emiriah Arab Bersatu) dan Pedro Tejeda (Cuba) masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

Di kemuncaknya, Edisi ke-20 Anugerah Habanos 2015 dilangsungkan. Valerio Cornale memenangi anugerah kategori Komunikasi. Dominique Gyselinck terpilih untuk kategori Perniagaan dan Manuel Tuero ialah pemenang kategori Pengeluaran.

Acara tahunan yang  meraikan tembakau terbaik dunia ini telah menempa satu peristiwa penting dalam sejarahnya, dengan edisi ke 18 yang mengumpulkan lebih 2,000 peserta dari lebih 60 buah negara, yang dapat menyaksi  dan mengalami sendiri pelancaran global Habanos yang amat bermakna ini.

http://www.habanos.com

Untuk maklumat lanjut berita:
Habanos, S.A. : Daymi Difurniao (ddifurniao@habanos.cu; Tel.: +53-72040513, Ext. 565)
Young & Rubicam Group : Mónica Perpiñá-R. (monica.perpina@yrbrands.com ; Tel.: +34-620735355)

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160305/340762 
Video - http://www.multivu.com/players/uk/7779251-international-stars-xviii-habanos-festival/

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Entertainment Music Tobacco Awards Corporate Social Responsibility