RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 7 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- G2A.COM - pasaran permainan video digital paling pesat berkembang di dunia - kini di Katowice, Poland sempena perlawanan akhir Intel Extreme Masters Musim ke-10. G2A yang merupakan rakan kerjasama ESL untuk acara ini, meraikan pertandingan akhir sedekad musim Intel Extreme Masters.
Ini merupakan kali keempat bandar Katowice menganjurkan acara tersebut. Bermula pada 4 hingga 6 Mac 2016, pemain yang teruja akan bertempur di Spodek Arena, Katowice bagi meraih gelaran paling penting dalam perlawanan akhir IEM musim ke-10. Mereka bakal bermain permainan seperti Counter Strike: Global Offensive, League of Legends, StarCraft II dan banyak lagi. Jumlah hadiah untuk acara ini sahaja ialah $500,000!
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran G2A, Dawid Rożek mengulas: "E-sukan adalah sesuatu yang penting bagi G2A. Kami melabur berjuta-juta dolar untuk perkembangan e-sukan." Beliau menambah: "Kami menanti-nantikan saat mengambil bahagian dalam siri musim IEM dan berkongsi dengan semua tentang pencapaian serta perkembangan terkini kami seperti Kulit Dalam Permainan (In-Game Skins) G2A - penyelesaian ideal untuk penjual dan pembeli." G2A kini menawarkan Kulit (Skin) Counter Strike Global Offensive.
G2A juga bakal melancarkan G2A TV tidak lama lagi, satu saluran terbuka yang menyediakan kandungan berita dan hiburan untuk dunia permainan dalam talian serta e-sukan.
Wakil Ketua Pegawai Pemasaran G2A, Joshua Cabrera berkata: "Penglibatan dalam IEM Katowice amat mengujakan G2A. G2A turut terlibat dalam Intel Extreme Masters di sepanjang musim kesepuluh. Acara hebat ini menyediakan peluang untuk kami mempamerkan idea terkini, memberikan impak positif serta memberikan galakan kepada peminat e-sukan di seluruh dunia."
Josh menyimpulkan: "Baru-baru ini G2A melancarkan G2A 3D+ iaitu satu perkhidmatan yang membolehkan pemain mencetak watak kegemaran mereka daripada permainan dan budaya pop dalam tiga dimensi." G2A 3D+ Umumkan Barangan Tersuai yang Menakjubkan dan Interaktif
Kunjungi reruai G2A di IEM Katowice - Reruai A2.