omniture

RTG Consulting Group Siar Laporan Trend Gen-Z China 2016

Golongan Muda Masa Kini: Generasi-Z
RTG Consulting
2016-03-08 00:01 408

SHANGHAI, 8 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Jenama seluruh dunia masa kini fokus kepada gelombang besar baharu pengguna di China, Generasi Z (Gen-Z).

Umumnya Generasi Z ditakrifkan sebagai mereka yang dilahirkan pada pertengahan tahun 1990-an hingga 2010-an. Gen Z di China adalah yang pertama dilahirkan di negara China yang serba moden yang kebanyakannya saling terhubung dalam dunia digital. Keterhubungan natif, selain capaian pantas kepada maklumat global amat berbeza daripada generasi Cina sebelumnya, termasuk Gen-Y.

"Dengan menggunakan pelbagai kaedah termasuk kajian kuantitatif, kualitatif dan pemerhatian, laporan tersebut merangkumkan trend makro sosiobudaya Gen-Z di China, iaitu perubahan daripada materialisme kepada keprihatinan, mencuba cinta konvensional dan menakrif semula ekspresi diri," kata Marc-Olivier Arnold, ketua bahagian perundingan penyelidikan dan perniagaan RTG Consulting Group.

Beberapa dapatan penting dalam laporan trend ini termasuk:

  • 64.7% daripada Gen-Z menghabiskan banyak masa berhubung secara dalam talian bersama rakan-rakan terdekat berbanding di luar talian
  • 61.9% daripada Gen-Z percaya pencapaian kewangan bukan lagi penunjuk utama kejayaan
  • 72.1% daripada Gen-Z tidak menghalang perkahwinan sama jantina
  • 94.4% daripada Gen-Z mengatakan penting untuk suatu jenama menitikberatkan ciri-ciri kelestarian dan mesra alam

Bukan Sekadar Laporan Trend Biasa

"Selain menyediakan maklumat tentang tingkah laku Gen-Z di China, kami ingin memanfaatkan dapatan ini selanjutnya dan mengetengahkan implikasi perniagaan bagi setiap trend makro ini," kata Angelito Tan, Ketua Pegawai Eksekutif RTG Consulting Group. Organisasi-organisasi pintar pasti ingin terus memahami demografi baharu ini, walaupun organisasi tersebut menyasarkan pengguna lebih berusia secara komersial, demi memastikan jenama mereka kekal relevan.

Infografik dan statistik kaji selidik sedia dimuat turun di: http://www.rtgconsulting.com/img/photos/56cd66124c2d7.pdf

Untuk memuat turun abstrak laporan: http://www.rtgconsulting.com/img/photos/56cd3c7fbafe5.pdf

Latar Belakang RTG Consulting Group

Walaupun model pengguna dan industri terus berubah, matlamat kami adalah untuk memastikan setiap jenama perniagaan kekal relevan.

Kami memansuhkan segmentasi kuno, menumpukan ke arah penyelidikan yang intuitif (RTG Intuition), khidmat runding perniagaan keusahawanan (RTG Solutions), serta pemasaran kreatif (RTG Marketing) – ketiga-tiga tawaran ini di bawah satu bumbung.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman RTG Consulting Group secara dalam talian: http://www.rtgconsulting.com

Sebarang pertanyaan tentang laporan trend RTG Intuition terdahulu berkaitan pelancongan, kesihatan/kesejahteraan, kecantikan, wain & minuman alkohol, perabot berkualiti dan fesyen terkini, sila hubungi: info@rtgconsulting.com

Wakil Media

Sebarang maklumat lanjut tentang "Menjangkau Sempadan Gen-Z: Kebangkitan Generasi Baharu (Beyond Gen-Z: The Awakening Generation)" daripada RTG Consulting Group atau untuk mengatur temu bual, sila hubungi:

Anqi Jiang
E-mel: anqi.jiang@rtgconsulting.com
Telefon: +86-21-5389-5570

Source: RTG Consulting
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Household/Consumer/Cosmetics Survey, Polls & Research