omniture

Ekspo Dunia Dinosaur Gyeongnam Goseong Bermula Di Korea Selatan April ini

Gyeongnam Goseong Dinosaur World Expo Organizing Committee Foundation
2016-03-08 00:19 378

GOSEONG, South Korea, 8 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Pameran antarabangsa dinosaur akan berlangsung bulan hadapan dengan pameran fosil yang jarang ditemui dan model seakan-akan hidup spesis haiwan pupus menggunakan teknologi media canggih, ujar penganjur pada hari Isnin.

S. Korea to kick off dinosaur exposition in April
S. Korea to kick off dinosaur exposition in April

Ekspo Dunia Dinosaur Gyeongnam Goseong akan bermula pada 1 April selama 73 hari di Goseong yang terletak kira-kira 466 kilometer di selatan Seoul. Goseong terkenal dengan kuantiti dan kepelbagaian fosil dinosaur dengan lebih 4,000 kesan tapak kaki dinosaur.

Sejak pembukaan rasminya pada 2006, Ekspo Dunia Dinosaur merupakan satu kejayaan luar biasa dalam kalangan acara yang dianjurkan oleh majlis bandaran di Korea Selatan.

Bilangan pelawat semakin meningkat dengan mencatat rekod 1.78 juta dalam 2012, dengan bilangan pelawat asing yang berganda, atau 90,000, yang datang untuk menyaksikan pameran itu berbanding pada tahun 2006.

Pada 2012, jawatankuasa penganjur mencatatkan keuntungan bersih 10.7 bilion won, dengan kesan ekonomi terhadap Goseong dianggarkan pada 220 bilion won.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Ha Jeong-Wan
hjwan1717@korea.kr
+82-55-670-3824

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160307/8521601481

Source: Gyeongnam Goseong Dinosaur World Expo Organizing Committee Foundation
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel