omniture

Prismick Denim: Camille Seydoux bergandingan dengan Roger Vivier

Roger Vivier
2016-03-08 08:41 304

PARIS, 8 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Sempena musim Bunga-Panas 2016, Maison Roger Vivier meletakkan kepercayaannya kepada salah satu ikonnya iaitu selebriti Jurugaya Camille Seydoux, dalam menghasilkan koleksi Prismick. Tidak asing bagi jenama itu, wanita muda ini mempunyai visi beliau yang tersendiri: koleksi kapsul yang dihasilkan sepenuhnya daripada denim.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7776151-prismick-denim-camille-seydoux-roger-vivier/

Terdapat enam pilihan untuk koleksi aksesori ini: sandal platform, kasut but buku lali, beg sandang, beg bunjut, beg galas, dan kasut sneaker. Camille memanfaatkan kreativiti beliau dengan susur galur Roger Vivier. Beliau berkata:

"Kami mengambil keputusan koleksi yang saya hasilkan ini didedikasikan pada barisan Prismick yang dilancarkan pada tahun 2012 yang merupakan salah satu kegemaran saya. Saya mula mengamati beg Prismick milik saya yang berwarna campuran hitam dan kelabu pudar. Saya ingin menggerakkan idea dari aspek menghasilkan tona pelorekan. Kemudian saya melihat arkib Maison dan di situlah saya terfikirkan denim. Ia adalah fabrik yang kelihatan digilap secara semula jadi. Denim mempunyai unsur klasik, moden dan pada masa yang sama – ia sangat tahan lasak."

Camille membesar dalam kalangan warga fesyen. Beliau membuka galeri seni pertamanya pada usia 25 tahun. Hari ini, beliau merevolusikan peranan jurugaya dengan bekerjasama rapat dengan studio fesyen busana untuk mereka cipta pakaian untuk pelakon yang dipesan terlebih dahulu. Bagi Roger Vivier, beliau membawakan sentuhan yang bersahaja: "Denim boleh digayakan dengan apa-apa sahaja dan boleh melembutkan warna sesuatu pakaian. Koleksi kapsul ini akan memberikan gaya yang menarik pada pemakai."

Aksesori ini direka untuk mewujudkan ciri-ciri muda yang amat bergaya namun tidak konvensional. Kebersahajaan urban yang melangkaui usia, mampu memberi tenaga pada siang hari mahupun malam.

Keraian

Bagi meraikan kerjasama ini, Camille Seydoux menganjurkan parti koktel pada malam semalam di kedai Roger Vivier Paris. Ramai tetamu menghadirkan diri seperti pelakon Perancis Lea Seydoux – kakaknya dan bekas Gadis James Bond - serta Adele Exarchopoulos.

Bersempena peristiwa istimewa ini, video koleksi pakain tersebut telah dipertontonkan: Magic Denim. Semasa acara makan malam yang bertemakan Paris itu, Camille Seydoux dan dua tetamunya - pelakon Perancis Lubna Playoust dan Lola Le Lann - bermain satu permainan magis, yang memungkinkan apa sahaja berlaku.

Kapsul ini mula disediakan pada Mac 2016 di kedai utama Roger Vivier di seluruh dunia.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160307/341160 )

Hubungi

Christine Shen
+852-3978-0158
c.shen@rogervivier.com

Source: Roger Vivier
Keywords: Fashion Retail New products/services