JOHANNESBURG, 8 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- Puma Energy, syarikat tenaga pertengahan dan hiliran bersepadu antarabangsa sukacita mengumumkan penyertaannya dalam Forum Ekonomi Dunia sebagai rakan serantau.
Puma Energy, sebuah syarikat pengedaran minyak bebas yang paling pesat berkembang di Afrika akan menyertai Forum Ekonomi Dunia kali ke-26 untuk Afrika yang akan berhimpun di Kigali, Rwanda pada bulan Mei 2016 dan meletakkan ia sebaris dengan syarikat serantau dan global terkemuka yang turut serta dalam platform ini.
Dengan tema 'Menghubungkan Sumber di Afrika menerusi Transformasi Digital', forum tersebut akan menghimpunkan pemimpin peringkat rantau dan global daripada bidang perniagaan, kerajaan dan masyarakat umum bagi membincangkan isu berkaitan pemangkin ekonomi digital yang dapat memacu transformasi struktur yang radikal, mengukuhkan kolaborasi antara sektor awam dan swasta dalam menghadapi cabaran penting di peringkat global serta rantau, serta sebulat suara mengambil tindakan strategik yang dapat mewujudkan kemakmuran yang dapat dikongsi bersama di seluruh benua.
Ketua Pegawai Eksekutif Puma Energy, Pierre Eladari berkata, "Puma Energy berbesar hati dapat menyertai Forum ini. Kami beriltizam untuk mempertingkat kualiti prasarana dan menjamin bekalan di negara-negara yang menerima perkhidmatan kami. Kami berharap dapat menyertai perbincangan Forum tersebut yang memfokuskan 'Kemahiran di negara Afrika' serta mengambil bahagian dalam platformnya iaitu 'Inisiatif Prasarana Strategik di Afrika'."
Berikutan penembusannya ke dalam pasaran Afrika Selatan yang diumumkan oleh Puma Energy baru-baru ini, Syarikat tersebut kini berada di 19 buah negara, dari Senegal ke Afrika Selatan dan terus meluaskan kehadirannya dari kawasan Barat ke Timur.
Puma Energy melabur hampir US$2 bilion di Afrika dan tahun lalu sahaja ia telah menambah kapasiti simpanan sebanyak 350 juta m3 daripada 726 juta m3 kapasiti simpanan sedia ada di rantau tersebut. Syarikat tersebut juga mempunyai lebih 650 jaringan tapak jualan dan kapasiti simpanan melebihi 1.2 juta m3 di benua itu.