omniture

Lombard Odier Group Lapor Hasil Tahun 2015

Banque Lombard Odier & Cie SA
2016-03-09 16:30 277

GENEVA, 9 Mac 2016 /PRNewswire/ --

  • Jumlah aset pelanggan setakat 31 Disember 2015 berjumlah CHF 224 bilion, dengan aset di bawah pengurusan berjumlah CHF 160 bilion
  • Aliran masuk bersih dana daripada pelanggan persendirian dan institusi adalah positif
  • Keuntungan bersih bagi item tidak berulang kekal mendatar secara amnya berbanding tahun 2014. Keuntungan bersih disatukan adalah sebanyak CHF 144 juta, meningkat 20% berbanding tahun 2014
  • Nisbah Ekuiti Biasa Peringkat 1 (CET1) Basel III yang digabung sepenuhnya berada pada 25.7%   

Pertambahan aset pelanggan  

Aset pelanggan meningkat daripada CHF 215 bilion kepada CHF 224 bilion walaupun berdepan dengan keadaan yang mencabar dan tidak menentu pada tahun 2015, bermula dengan peningkatan tambatan franc Switzerland kepada euro. Impak negatif awal nilai mata wang terhadap aset pelanggan diimbangi oleh sumbangan positif daripada wang baharu bersih dan prestasi pasaran sepanjang tahun.

Hasilnya, jumlah aset pelanggan daripada perniagaan pelanggan persendirian mencapai CHF 116 bilion, manakala pelanggan pengurusan aset melabur CHF 49 bilion kepada Pengurus Pelaburan Lombard Odier dan pelanggan perkhidmatan teknologi & perbankan memberi kepercayaan kepada Kumpulan dengan tambahan CHF 59 bilion.

Keputusan sejajar jangkaan 

Pendapatan operasi meningkat 4% pada tahun 2014 kepada CHF 1,075 juta, hasil daripada aktiviti pelanggan yang pesat sepanjang empat bulan pertama tahun tersebut. Nisbah kos pendapatan larasan Kumpulan berada pada 80%, mencerminkan pelaburan dalam inisiatif pertumbuhan kami. Keuntungan bersih yang disatukan meningkat 20% kepada CHF 144 juta, manakala keuntungan bersih tidak termasuk item tidak berulang rata-rata kekal mendatar.

"Hasil positif tahun 2015 ini diraih daripada usaha kami selama beberapa tahun dalam seluruh barisan perniagaan dan pada peringkat kumpulan," kata Patrick Odier, Rakan Kongsi Pengurusan Kanan. "Kedudukan kewangan kami yang kukuh membolehkan kami mengekalkan pelaburan jangka panjang. Kami terus melabur dalam perniagaan pelanggan persendirian kami di Eropah, Switzerland dan ekonomi baru muncul; penyelesaian pelaburan tersendiri dan inovatif untuk pelanggan institusi; serta pembangunan lanjutan dalam platform teknologi yang turut disediakan oleh Lombard Odier kepada pihak ketiga."

Kunci kira-kira yang kukuh  

Kunci kira-kira adalah sangat cair dan diurus dengan berhemat. Dengan itu, ia tidak terjejas dengan tambatan semula Franc Switzerland mahupun pembayaran penyelesaian pihak AS. Jumlah aset berjumlah CHF 16 bilion setakat 31 Disember 2015. Kumpulan ini tidak mempunyai hutang luar negara dan adalah antara yang terbaik di seluruh dunia dengan nisbah Ekuiti Biasa Peringkat 1 (CET1) Basel III yang digabung sepenuhnya berada pada 25.7% berbanding 22.6% pada tahun 2014.

Latar Belakang Lombard Odier   

Lombard Odier ialah pengurus kekayaan dan aset global yang terkemuka dengan fokus kepada menyedia penyelesaian kepada pelanggan persendirian dan institusi.

Selama 220 tahun, firma ini mengkhusus sepenuhnya dalam memberi khidmat kepada pelanggan dan mewujudkan tradisi inovasi yang kukuh menerusi cara ia menasihati pelanggan, mengurus strategi pelaburan dan membangunkan teknologi baharu.

Lombard Odier menyediakan perkhidmatan pengurusan kekayaan menyeluruh termasuk antaranya, perancangan pewarisan, pengurusan portfolio mengikut budi bicara dan nasihat serta perkhidmatan jagaan.

Pengurus Pelaburan Lombard Odier (LOIM), unit pengurusan aset Kumpulan tersebut menawarkan pelanggan dengan pelbagai penyelesaian inovatif termasuk peruntukan aset berasaskan risiko, pelaburan ekuiti tematik, bon boleh tukar serta strategi alternatif.

Salah satu bank dengan modal yang terbaik di dunia, dan kunci kira-kira yang sangat cair, Lombard Odier bertambah mantap mengharungi lebih 40 krisis kewangan dan tetap berpegang pada matlamat utamanya untuk menjamin serta meningkatkan kekayaan pelanggan.

Sebagai sebuah perniagaan bebas yang dimiliki sepenuhnya oleh Rakan Kongsi, kestabilan adalah prinsipnya. Rakan Kongsi dapat mengekalkan wawasan jangka panjang dan memupuk saling percaya dengan pelanggan mereka.

Lombard Odier Group menggajikan kira-kira 2,180 pekerja. Beribu pejabat di Geneva sejak tahun 1796, Kumpulan ini mempunyai 26 pejabat di 19 negara termasuk London, Paris, Zurich, Moscow, Dubai, Hong Kong, Singapura dan Tokyo.

Sebarang maklumat lanjut: http://www.lombardodier.com

Lombard Odier Group
Rue de la Corraterie 11
1204 Geneva - Switzerland
http://www.lombardodier.com

Thomas Wyss
Ketua Bahagian Komunikasi
Tel.: +41-(22)-709-29-73
t.wyss@lombardodier.com

Perhubungan Media
Tel.: +41-(22)-709-21-21

François Mutter
Perhubungan Media
Tel.: +41-(22)-709-93-64
f.mutter@lombardodier.com

Marionna Wegenstein
Perhubungan Media
Tel.: +41-(44)-214-14-10
m.wegenstein@lombardodier.com

Laura Hudson
Perhubungan Media
Tel.: +44-20-3206-6259
l.hudson@lombardodier.com 

SUMBER  Banque Lombard Odier & Cie SA

Source: Banque Lombard Odier & Cie SA
Keywords: Banking/Financial Service Earnings