GOSEONG, Korea Selatan, 9 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- Ekspo Dunia Dinosaur Gyeongnam Goseong akan bermula di bandar Goseong,Korea Selatan pada 1 April, 2016, dengan jawatankuasa penganjur menjanjikan acara yang menggembirakan untuk kanak-kanak dan nostalgia menyeronokkan untuk orang dewasa.
Terletak kira-kira 460 kilometer di selatan Seoul, bandar Goseong terkenal dengan fosil dinosaur. Ekspo yang bertemakan 'Melangkah ke masa depan dengan dinosaur dan sinar harapan' akan berlangsung selama 73 hari dan akan menampilkan teknologi tercanggih bagi menyediakan pengunjung dengan pengalaman yang lebih hidup
Video hologram 3D, 4D dan 5D akan disiarkan pada skrin 360 darjah di samping pelbagai kandungan interaktif dan program pengalaman amali.
"Kami melakukan yang terbaik untuk menyediakan lebih banyak bahan untuk ditontoni dan dinikmati oleh pengunjung," kata Bin Yeong-ho, setiausaha agung badan penganjur, yayasan jawatankuasa penganjur Ekspo Dunia Dinosaur Gyeongnam Goseong."Kami juga berharap ia akan membantu pengunjung yang lebih tua mengimbau zaman kanak-kanak mereka, dan oleh sebab hampir 2 juta orang dijangkakan akan mengunjungi ekspo tahun ini, kami juga memastikan langkah-langkah dan pemantauan keselamatan yang teliti akan diambil.
Hubungi:
Ha Jeong-Wan
+82-55-670-3824
hjwan1717@korea.kr