omniture

Jenama Mewah China GAC Motor Berkhidmat untuk Sesi Mesyuarat NPC dan CPPCC 2016 di Beijing

GAC Motor
2016-03-09 20:16 486

BEIJING, 9 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- Model kereta GA8, GS5 Super dan GS4 buatan pengeluar kereta terbaik China, GAC Motor dipilih sebagai kereta rasmi sempena mesyuarat Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC) yang kini berlangsung di Beijing, China.

Model GA8 serba mewah daripada pengeluar kereta terbaik China, GAC Motor bakal menjadi tumpuan sempena mesyuarat Kongres Rakyat Kebangsaa (NPC) dan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC) di Beijing.
Model GA8 serba mewah daripada pengeluar kereta terbaik China, GAC Motor bakal menjadi tumpuan sempena mesyuarat Kongres Rakyat Kebangsaa (NPC) dan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC) di Beijing.

Mesyuarat tahunan "dua sesi" ini bakal mengetengahkan beberapa konsep dan strategi baharu selain membentangkan rangka tindakan demi masa depan pembangunan China. Tahun ini, badan perundangan dan penasihat tertinggi negara menekankan isu perlindungan alam sekitar dan pembangunan mampan sebagai matlamat utama pembangunan di negara itu. Kenderaan GAC Motor yang andal dan mesra alam ini dipilih untuk membawa para timbalan dan anggota yang menghadiri sesi tahun ini.

"Membangunkan jenama kereta Cina yang bebas bermakna kita perlu selangkah ke hadapan dan menghasilkan inovasi berteknologi sendiri di samping mengikuti dasar dan trend semasa," kata Wu Song, pengurus besar GAC Motor. "Pembangunan hijau dan mampan memberi peluang baharu kepada pengeluar kereta di China menonjol dalam persaingan dengan jenama antarabangsa, manakala penciptaan kenderaan tenaga baharu yang paling andal bakal menjadi salah satu matlamat utama GAC Motor dalam tempoh terdekat."

Antara ketiga-tiga model kereta yang menyediakan perkhidmatan untuk sesi kali ini, model GA8 yang mengambil masa lima tahun untuk dibangunkan, bakal diperkenalkan buat pertama kali sebagai kereta sedan terbaharu serba mewah keluaran GAC Motor dengan ciri-ciri rekaan terbaharu, teknologi tercanggih, tahap keselamatan yang tinggi dan mesra alam. Kereta ini bakal dilancarkan di pasaran pada bulan hadapan.

Perarakan kereta yang menampilkan kereta GAC Motor yang didahului oleh model GA8 kini berulang-alik ke kediaman delegasi serta tempat mesyuarat menarik perhatian para hadirin.

Sesi NPC dan CPPCC ini menghimpunkan golongan elit Cina dan usaha meningkatkan jenama Cina dalam pasaran mewah antarabangsa menjadi salah satu topik yang hangat diperdebatkan dalam kalangan peserta. Kejayaan GAC Motor dalam pasaran pertengahan dan mewah telah menarik perhatian dalam kalangan perwakilan serta wartawan yang menghadiri mesyuarat kedua-dua sesi dengan kemunculan ulung kereta sedan GA8 yang serba mewah.

Seorang wartawan yang membuat liputan tentang pasaran kereta berkata beliau telah agak lama memerhatikan model GA8 dan amat yakin dengan prospek pasaran untuk model kereta ini setelah menaiki sendiri kereta tersebut semasa sesi mesyuarat NPC dan CPPCC. Beliau mengulas: "GAC Motor harus dipuji kerana rekaannya yang asli, mutu kerja yang berkualiti serta standard keselamatan yang tinggi; ia merupakan salah satu antara beberapa jenama kereta Cina yang berjaya dalam pasaran pertengahan dan mewah. Model GA8 bukan sahaja mengukuh kelebihan jenama tersebut, bahkan telah mengagumkan saya dengan ciri-ciri kawalan hingar serta konfigurasi canggih dan saya yakin kereta ini akan memukau seluruh industri kereta."

Dipilih oleh Yahoo Finance sebagai "Penentu Penanda Aras Baharu China" bagi tahun 2015, GAC Motor ialah peneraju dalam mengaplikasikan teknologi hijau dan lestari menerusi pengeluaran kereta dan hiasan automotif, seperti menggunakan salutan yang 100% larut air dan mesra alam, selain menyingkirkan bahan-bahan berbahaya dan debu yang dikeluarkan oleh kilang bagi mengurangkan masalah pencemaran udara.

Sebagai jenama kereta yang muda dan pesat membangun dari China, GAC Motor berjaya mengekalkan kadar pertumbuhan yang tinggi selama lima tahun berturut-turut dan membentuk landskap industri baharu dengan mod pengeluaran berkecekapan tinggi dan inovasi teknologi. Jumlah jualan GAC Motor meningkat 63% berbanding tahun sebelumnya yang merupakan tahun terbaik dalam sejarah syarikat.

Dengan kedudukan yang kukuh dalam pasaran global, kesungguhan GAC Motor dalam mengekalkan standard antarabangsa yang tinggi kualiti, keselamatan dan reka bentuk berjaya meraih testimoni positif di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai peneraju dalam industri kereta Cina.

Gambar -  http://photos.prnasia.com/prnh/20160308/0861601869

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation New products/services