omniture

Penampilan Festival Penuh Imaginasi: THOMAS SABO Raikan Musim Panas dengan Penuh Gaya

THOMAS SABO GmbH & Co.KG
2016-03-10 18:30 448

LAUF AN DER PEGNITZ, Jerman, 10 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- Malam musim panas yang tidak berpenghujung bersama THOMAS SABO: festival yang menyinarkan kegembiraan sebenar kehidupan! Acara paling sempurna untuk berdansa penuh keasyikan, mengikut rentak yang bersemangat bersama gelang kegemaran anda, jam tangan bersalut emas kuning yang berkilau serta rantai leher Dreamcatcher hasil inspirasi gaya etnik.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160307/341187 )

Koleksi barangan kemas berseni reka pelbagai Dreamcatcher ini sangat bergaya: setiap rantai leher, gelang tangan dan cincin daripada koleksi ini dihiasi ukiran kerawang berbentuk bulu pelepah, hiasan yang halus dan warna biru hijau sintetik dengan gaya etnik - sentiasa menjadi ciri-ciri ikonik dalam rekaan THOMAS SABO. Gaya bohemia terbaik: Simbol pengejar mimpi penuh imaginasi yang mengagumkan ini menjadi pelengkap diri yang sempurna untuk menyertai festival muzik yang bakal diadakan tidak lama lagi! Gelang tangan baharu Love Bridge 'Festival' dan 'Boho' - yang menonjolkan ciri-ciri kesederhanaan, keceriaan musim panas dan keriangan - turut melengkapi penampilan gaya musim panas fesyen masa kini: buatan tangan menggunakan teknik macramé yang mewah, gelang tangan berwarna-warni yang bercirikan moto festival yang boleh disuaikan ini menampilkan motif comel berbentuk tapak sulaiman, hati, cengkerang atau kupu-kupu pada bahagian hujungnya. Gelang tangan yang diukir satu persatu bertatahkan batu permata yang tahan lasak menonjolkan keperibadian hebat pada pergelangan tangan pemakai.

Jam tangan baharu yang dinanti musim ini - reka bentuk Eternal Rebel penuh ekspresi disaluti emas kuning - pelengkap diri yang sempurna untuk penampilan festival penuh gaya.

Muat turun gambar resolusi tinggi dan harga: http://images.thomassabo.com/www/2/2016/03/THOMAS-SABO_Festival-press-release.zip

Latar Belakang THOMAS SABO    

THOMAS SABO ialah salah sebuah syarikat barangan kemas, jam tangan dan produk kecantikan yang terkemuka di dunia; mereka bentuk, menjual serta mengedarkan produk gaya hidup untuk golongan wanita dan lelaki. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Thomas Sabo di Lauf/Pegnitz, kawasan yang terletak di bahagian selatan Jerman, mengurus kira-kira 310 gedung miliknya yang berada di lima buah benua selain mempunyai hampir 1,860 pekerja. Di ibu pejabatnya, THOMAS SABO menggajikan kira-kira 490 kakitangan. THOMAS SABO turut menjalin kerjasama di peringkat global bersama kira-kira 2,600 rakan dagang serta syarikat penerbangan terkemuka.

- Rujukan silang: Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com) -

Wakil media
Felizia Kindermann (Ketua Bahagian Perhubungan Awam Antarabangsa & Korporat)
Tel: +49912397150
E-mel: press@thomassabo.com    

Source: THOMAS SABO GmbH & Co.KG
Keywords: Fashion Jewelry Precious Metals Retail New products/services