omniture

Biometrik DERMALOG Menyumbang Kepada Pencegahan Penipuan di Nigeria

Dermalog Identification Systems GmbH
2016-03-11 01:50 341

HAMBURG, Jerman, 11 Mac 2016 /PRNewswire/ --

DERMALOG, pemimpin inovasi biometrik yang menyediakan teknologi pengenalpastian menyumbang kepada kejayaan usaha memerangi penipuan di Nigeria. Baru-baru ini, kerajaan negara Afrika Barat itu mengenal pasti lebih 23,000 kakitangan perkhidmatan awam yang tidak wujud dengan nama yang direkodkan atau menerima gaji mereka secara tidak sah.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160307/341368 )

Kempen menentang rasuah dan salah tadbir itu yang dilancarkan Kerajaan Nigeria di bawah Presiden Muhammadu Buhari pada Mei 2015 telah menyebabkan penyingkiran banyak jawatan dalam penggajian perkhidmatan awam.

Daripada 312,000 kakitangan awam yang diaudit, 23,306 didapati telah menerima gaji mereka secara tidak sah atau tidak wujud sama sekali. Malah segelintir daripada mereka menerima bayaran daripada beberapa sumber pada masa yang sama. 7% daripada kakitangan kerajaan yang diaudit tidak wujud atau dibayar dua kali.

Kes penipuan ini telah dikenal pasti dengan bantuan sistem pengenalpastian biometrik automatik (ABIS) bank Nigeria yang dibekalkan syarikat Jerman DERMALOG. Satu sistem biometrik yang digunakan di seluruh negara telah dilaksanakan bagi 23 bank Nigeria dan untuk Bank Pusat Nigeria (CBN) pada 2014 dan 2015, mengenal pasti pelanggan bank melalui cap jari dan pengecaman wajah sebelum mereka membuka atau mengakses akaun bank. Di bawah sistem ini, setiap pelanggan menerima satu nombor individu (Nombor Verifikasi Bank atau "BVN"). Lebih 24 juta pelanggan bank telah didaftar setakat hari ini – dan akaun bank mereka juga dijamin oleh biometrik inovatif DERMALOG.

Selain pencapaian ini, sistem BVN kini telah membantu mencari dan menyingkirkan 23,306 kakitangan awam yang tidak wujud. Ini membolehkan negara ini mencapai penjimatan bulanan sebanyak 10.5 juta euro dan membuat sumbangan berterusan kepada pembangunan positif negara Nigeria.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 
DERMALOG Identification Systems GmbH
Hubungan Media
Jon Augestad
Mittelweg 120
20148 Hamburg
Jerman
Telefon: +49(40)413227-0
Faks: +49(40)413227-89
E-mel: Jon.Augestad@dermalog.com

Sumber: Dermalog Identification Systems GmbH

Source: Dermalog Identification Systems GmbH
Keywords: Biometrics Computer/Electronics High Tech Security