DUBAI, EMERIAH ARAB BERSATU, 11 Mac 2016 /PRNewswire/ --
Dalam dunia acara global, kita dihiburkan dengan Piala Dunia FIFA untuk Bola Sepak, Olimpik untuk Ahli Sukan, Formula 1 untuk sukan bermotor, malah terdapat juga Gurning, acara menunjukkan kemahiran dalam membuat muka hodoh, yang mengadakan kejohanan dunia di England setiap tahun. Walau bagaimanapun, muzik, halwa telinga yang paling disajikan kepada dunia pada masa kini, tidak mempunyai satu pertandingan global yang boleh disertai oleh semua negara sehingga kini.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160218/334891 )
Memperkenalkan PIALA DUNIA MUZIK 2016. Satu pertandingan yang disertai oleh artis bebas dengan memuat naik persembahan mereka dari seluruh pelusuk dunia ke dalam platform seni dalam talian canggih yang direka untuk berkongsi, mengesan dan menilai kandungan seni. Artis terhebat yang diundi secara terbuka dari setiap negara layak bertanding sebagai finalis untuk mara ke peringkat akhir dan turut diundang ke bandar tuan rumah (tertakluk kepada Terma & Syarat). Platform itu dibangunkan untuk membolehkan artis berhubung dengan peminat, peminat mengikuti perkembangan artis, artis mencari rakan artis untuk bekerjasama, jenama produk berinteraksi dengan peminat, artist mempromosikan jenama, penaja turut serta, label rakaman mencari bakat, para profesional dalam industri muzik mengkaji trend dan mencari artis yang sukar didekati, dan yang paling penting, menyatupadukan dunia melalui muzik pada ketika meningkatnya ketegangan dan ketersingkiran di seluruh dunia.
Seorang jurucakap PIALA DUNIA MUZIK berkata, "Kami berusaha membangunkan platform ini sejak dua tahun lalu dan kini memulakan proses mencari penaja dan Rangkaian TV/Penyiar Dalam Talian. Para penyiar Rangkaian Dalam Talian dan TV berminat untuk menyertainya kerana kandungan yang kami sediakan sarat dengan bintang-bintang ternama dalam enam episod dramatik calon-calon dari negara-negara peserta selain empat pertunjukan pentas SIARAN LANGSUNG, yang boleh disiarkan sambil mengaut keuntungan daripada iklan untuk mereka sendiri. Bagi jenama dan penaja pula, kami menerima sambutan yang amat menggalakkan setakat ini. Jenama-jenama tersebut ingin mengangkat para artis bebas untuk mara ke pusingan akhir dan menambah baik kehidupan mereka, sambil ditonton oleh lebih 1.5 bilion penonton dari seluruh dunia."
PIALA DUNIA MUZIK dilancarkan bersama kejutan tersendiri dan menarik minat ramai selebriti ternama global yang ingin menjadi sebahagian daripada pergerakan digital yang bersejarah ini. Jurucakap acara itu menambah, "Pengumuman oleh tuan rumah acara dan pelancaran rasmi platform ini akan dibuat dalam masa beberapa minggu lagi."
Pasukan PIALA DUNIA MUZIK untuk bidang IT, Pemasaran, Penajaan, Penyiaran, dan pengurusan eksekutif ditempatkan di beberapa buah bandar iaitu Dubai, Bandar Raya New York, London, Singapura dan Berlin.
Video: https://www.musicworldcup.com/page/about
Sumber: MUSIC WORLD CUP