SHENZHEN, China, 14 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Cenderamata, Kraftangan, Jam Tangan & Perkakas Rumah Antarabangsa China (Shenzen) (Pameran Cenderamata & Perkakas Rumah Antarabangsa China) ialah acara dagangan Cina khusus untuk cenderamata yang mempamerkan cenderamata berkualiti, produk premium, produk serta perkhidmatan untuk gaya hidup dari seluruh China dan dunia.
Dianjurkan oleh Reed Huabo Exhibitions, pameran tersebut menarik 2,500 pempamer dan membantu pembeli meninjau produk yang unik serta inovatif. Berlangsung mulai 25-28 April di pusat konvensyen & pameran Shenzen, acara ini bakal mempamerkan cenderamata, produk premium dan perkakas rumah yang paling kreatif serta mesra alam dari serata dunia.
Dihadiri oleh pembeli perdagangan dari dalam dan luar negara serta pengunjung korporat, Pameran Cenderamata & Perkakas Rumah Antarabangsa China berbangga dengan pengunjung yang terdiri daripada pembeli, golongan korporat dan pemasaran dari seluruh dunia. Diasaskan pada tahun 1993, pameran ini turut mengadakan pameran dan seminar industri selama 4 hari.
Pameran tersebut mempunyai pilihan cenderamata, produk premium dan pengguna, aksesori fesyen serta pakaian yang luas. Pempamer kebanyakannya terdiri daripada pengeluar yang menjanjikan produk dengan rekaan serta kualiti terbaik pada harga yang berpatutan.
Sejumlah besar pempamer akan melancarkan rangkaian produk baharu berserta cenderamata dan produk premium, memandangkan ekspo tersebut turut memperlihatkan pencapaian penaiktarafan industri bagi produk daripada industri cenderamata. Ia telah menjayakan siri memanifestasikan inovasi secara sempurna terhadap konsep, produk, pemasaran dan juga aktiviti.
Pihak pengedar, ejen, syarikat premium, gedung beli belah dan pengguna daripada korporat besar akan menghadiri acara tersebut bagi membolehkan syarikat daripada pasaran penting bertemu, berniaga, membentuk perkongsian dan menetapkan trend industri.
Bermula dengan cenderamata yang disesuaikan kepada produk premium serta gaya hidup, pameran tersebut menyediakan penyelesaian cenderamata yang sempurna dan menjadi destinasi cenderamata nombor satu untuk setiap majlis istimewa; dan ketika anda tidak pasti dengan produk yang patut dibeli, pameran tersebut bersedia membantu anda mendapatkan sesuatu. Dengan lebih 500,000 pilihan cenderamata, pameran ini menawarkan salah satu koleksi pelbagai pilihan cenderamata yang terbesar di pasaran.
Pameran itu juga bukan sekadar menawarkan cenderamata yang hebat. Bagi memberikan anda inspirasi, ia turut menyediakan panduan mendapatkan cenderamata, termasuk panduan penting untuk mendapatkan cenderamata paling sempurna untuk semua.
Bersama rangkaian jenama yang dipercayai, pembeli akan dapat memiliki produk berkualiti tinggi serta menerima hanya khidmat pelanggan yang terbaik.
Lebih 150,000 pembeli perdagangan dari dalam dan luar negara serta pengunjung korporat, termasuk pembeli, golongan korporat serta pemasaran bakal mengunjungi pameran tersebut bagi mengambil peluang daripada berbilang acara selama 4 hari, yang melibatkan pameran, ceramah tentang pemasaran secara percuma setiap hari selain acara seperti seminar reka bentuk.
Sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.chinagiftsfair.com
Hubungi:
Julia Li
+86-755-3398-9278
julia.li@reedhuabo.com