omniture

Dubai Bawa Inovasi ke Arena Sukan Melalui Pertandingan Sukan Masa Depan Dunia pada Disember 2017

Dubai Museum of the Future Foundation
2016-03-14 14:26 325

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 14 Mac, 2016 /PRNewswire/ --

  • Persekutuan Sukan Masa Depan Dunia ditubuhkan di Dubai untuk memacu inovasi dan penyelidikan dalam sektor sukan masa depan

Hari ini, Dubai mengumumkan ia bakal menganjurkan Pertandingan Sukan Masa Depan Dunia pada bulan Disember 2017 sebagai satu inisiatif yang pertama seumpamanya di dunia yang menampilkan pertandingan sukan yang berasaskan inovasi dan teknologi masa depan. Pertandingan Sukan Masa Depan Dunia diperkenalkan ketika Dubai mengumumkan Sukan Masa Depan sebagai sebuah sektor ekonomi baharu yang dipacu inovasi dan disokong oleh entiti global baharu, Persekutuan Sukan Masa Depan Dunia yang berpangkalan di Dubai.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160313/343557 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160313/343558 )

Edisi pertama Pertandingan Sukan Masa Depan Dunia ini akan diadakan di Dubai mulai 28 hingga 30 Disember 2017. Acara Sukan ini akan diadakan selama tiga hari, setiap dua tahun dan bakal membuka penyertaannya kepada individu, syarikat, institusi akademik dan pusat penyelidikan dari serata dunia.

Acara Sukan ini akan mengadakan sembilan pertandingan yang menggunakan teknologi moden serta kecerdasan buatan: perlumbaan kereta tanpa pemandu, bola sepak robotik, pertandingan larian robotik, perlumbaan dron yang dikendalikan oleh manusia, pertandingan renang robotik, pertandingan ping pong robotik, perlumbaan dron serta pertandingan cybathlon.

"Hari ini, kami akan memulakan fasa baharu dalam mendepani masa depan dengan melancarkan inisiatif unik ini yang terbina daripada kejayaan platform global kami, Anugerah Drones for Good UAE dan Anugerah AI & Robotics for Good UAE. Dubai akan mengaktifkan sukan masa depan sebagai pemangkin untuk memacu inovasi serta penyelidikan dan pembangunan di serata dunia," kata Yang Teramat Mulia Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Putera Mahkota Dubai dan Pengerusi Majlis Eksekutif Dubai serta Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Muzium Masa Depan Dubai.

Persekutuan Sukan Masa Depan Dunia akan menjalin kerjasama dengan persekutuan antarabangsa yang khusus untuk mewujudkan sistem global yang disepadukan bagi menyokong Sektor Sukan Masa Depan dengan menganjurkan pertandingan sains dan teknologi di beberapa kawasan di dunia. Ia dapat membantu menarik beribu-ribu penyelidik dan golongan profesional dari serata dunia untuk mencipta nilai ekonomi bernilai berbilion-bilion dolar.

Persekutuan Sukan Masa Depan Dunia ialah satu inisiatif Yayasan Muzium Masa Depan Dubai yang bermatlamat untuk menjadi pencetus idea inovasi.

Sebarang maklumat lanjut tentang inisiatif daripada sektor sukan masa depan Dubai, sila kunjungi: http://we.tl/kdDkR6yXZR

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
ASDA'A Burson-Marsteller
Tel: (+971-4)4507600
Nedal Al Asaad
nedal.alasaad@bm.com


Saleem Stas
Saleem.stas@bm.com

Sumber: Dubai Museum of the Future Foundation

Source: Dubai Museum of the Future Foundation
Keywords: Sports