HANNOVER, Jerman, 14 Mac, 2016 /PRNewswire/ --
- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) -
DERMALOG, pereka inovasi terkemuka dalam penyelesaian biometrik, membekalkan pengimbas cap jari baharu untuk pendaftaran pelarian di Jerman. Pengimbas LF10 daripada DERMALOG akan digunakan untuk menghasilkan kad pengenalan pelarian baharu. DERMALOG akan melancarkan peranti ini, dan pelbagai inovasi biometrik yang lain, di CeBIT, Hanover minggu depan.
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160310/342789
Pelarian di Jerman telah diberikan kad pengenalan khas atau "bukti ketibaan" sejak 28 Januari 2016. Pendaftaran pelarian sedang dijalankan menggunakan sistem baharu yang akan diperkenalkan secara beransur-ansur di seluruh negara pada pertengahan 2016. Elemen teras dalam hal ini adalah merekodkan pelarian menggunakan kesemua jari mereka, bagi memberikan kaedah pengenalan yang selamat dan andal. Pengimbas cap jari yang digunakan untuk projek hebat ini berasal daripada pengilang biometrik terbesar Jerman, syarikat DERMALOG yang berpangkalan di Hamburg. Syarikat ini akan mempamerkan pengimbas LF10, yang kini digunakan untuk pendaftaran pelarian, di CeBIT di Hanover minggu depan (Dewan 6, Reruai F44), bersekali dengan AFIS Masa-nyata, yang dapat mengecam orang daripada cap jari mereka dalam masa kurang dari tiga saat - walaupun menggunakan pangkalan data yang besar.
Biometrik juga menjadi semakin penting dalam kehidupan seharian kita. Pengarah Urusan DERMALOG, Günther Mull, menjelaskan: "Penggunaan cap jari kini beransur-ansur menggantikan nombor PIN dan kata laluan, kerana biometrik lebih mesra pengguna. Biometrik bukan sahaja lebih selamat, malah lebih mudah berbanding kata laluan." Kajian pasaran mengesahkan, kata laluan pun akan tinggal menjadi sejarah dalam masa kira-kira dua tahun. Pembayaran melalui cap jari juga sedang dibangunkan, begitu juga dengan pengimbas cap jari pada dispenser wang tunai, yang beransur-ansur menggantikan penggunaan nombor PIN bagi semua urusan ini. Bahkan, tugas mencetak di rangkaian korporat dapat diakses oleh pengguna dengan menggunakan cap jari mereka, dan DERMALOG akan mendemonstrasikan di CeBIT dengan penyelesaian pengurusan output uniFLOW daripada Canon. Teknologi pengecaman muka dan iris terkini juga akan dipamerkan di reruai DERMALOG di CeBIT.
Satu lagi sorotan yang bakal didedahkan oleh syarikat itu di pameran IT terbesar di dunia adalah pengimbas pertama dan satu-satunya di dunia yang boleh mengimbas cap jari dan pasport menggunakan permukaan yang sama, yang dipanggil pengimbas kombo VF1, yang amat sesuai untuk kawalan sempadan, bank, dan pintu pagar automatik. Kini tidak perlu lagi untuk menggunakan dua peranti bagi memeriksa pasport dan cap jari, kerana VF1 dapat melakukan kedua-duanya dalam satu peranti.
DERMALOG adalah perintis dan peneraju pasaran biometrik Jerman. CeBIT menawarkan satu peluang terbaik untuk melihat inovasi biometrik terkini DERMALOG, di Reruai F44 di Dewan 6.
Latar Belakang DERMALOG:
DERMALOG Identification Systems GmbH, berpusat di Hamburg, merupakan pengeluar biometrik Jerman terbesar dan terkenal sebagai peneraju inovasi biometrik.
Sepasukan saintis sedang berusaha membangunkan "Sistem Pengenalpastian Biometrik Automatik" (ABIS dan AFIS) termasuk pengimbas langsung cap jari terbaharu serta sistem kawalan sempadan biometrik dan juga kad pengenalan (ID) biometrik serta dokumen lain. "FingerLogin", "FingerPayment" dan "FingerBanking" juga merupakan produk daripada DERMALOG, serta pengenalpastian muka dan pengenalpastian iris mata automatik.
Selain Jerman dan Eropah, pasaran utama DERMALOG terdiri daripada Asia, Afrika, Amerika Latin, dan Timur Tengah. Syarikat tersebut kini menyediakan teknologi dan penyelesaiannya kepada lebih 140 buah agensi kerajaan dari 75 buah negara.
DERMALOG turut menyediakan penyelesaian biometrik untuk bank dan pengeluar ATM. Projek bank biometrik terbesar dunia (50 juta USD) dilaksanakan oleh DERMALOG: ABIS untuk 23 buah bank dan untuk Central Bank of Nigeria memastikan identiti tunggal setiap pelanggan bank dan menjamin KYC yang sebaik mungkin. Banyak ATM seluruh dunia dilengkapi teknologi cap jari DERMALOG yang menggantikan PIN yang tidak selamat.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan penyelesaian biometrik DERMALOG yang inovatif, sila lawati: http://www.dermalog.com.
Sumber: Dermalog Identification Systems GmbH
DERMALOG Identification Systems GmbH
Media Relations
Jon Augestad
Mittelweg 120
20148 Hamburg
Germany
Tel: +49-(40)413227-0
Fax: +49-(40)413227-89
E-mail: Jon.Augestad@dermalog.com