omniture

Persekutuan e-Sukan Antarabangsa Berkolaborasi dengan World Cyber Arena untuk Mengadakan Olimpik e-Sukan

Yinchuan International Game Investment Co., Ltd
2016-03-15 02:04 470

BEIJING, 15 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Pada 10 Mac 2016, Persekutuan e-Sukan Antarabangsa (IeSF), salah satu badan berkuasa terkemuka dalam industri e-sukan global, mengumumkan di Beijing yang ia telah memuktamadkan persetujuan kerjasama strategik semua segi dengan World Cyber Arena (WCA), sebuah acara yang dianjurkan Yinchuan International Game Investment Co., Ltd. 

World Cyber Arena 2016
World Cyber Arena 2016

Dalam persetujuan ini, kedua-dua pihak akan menyediakan latihan khusus yang memfokus kepada semua hubungan dalam rantaian industri e-sukan, termasuk pengadil, ulasan, penerbitan program, jurulatih, pasukan, dan pengurusan pertandingan agar dalam membina satu sistem pendidikan e-sukan yang lengkap dan menerajui kemajuan terpiawai bagi industri e-sukan China.

Sebagai Jawatankuasa Penganjuran Olimpik e-Sukan, IeSF komited untuk mempopularkan e-sukan ke seluruh dunia, mewujudkan sistem latihan, pendidikan, dan ganjaran yang lengkap bagi pemain e-sukan global, dan memacu e-sukan bagi membida untuk Sukan Olimpik.

Selepas kemajuan yang memberangsangkan selama hampir 10 tahun, pasaran e-sukan China telah membangunkan rantaian industri ekonomi besar yang unik, dengan satu laporan iResearch menyatakan yang keseluruhan skala pasaran e-sukan China dijangka akan melebihi RMB 50 bilion pada masa depan.

Namun begitu, di sebalik pembangunan pesat ini, terdapat beberapa isu yang telah berbangkit, seperti tahap pengantarabangsaan yang rendah, pengurusan yang lemah dan kekurangan kepelbagaian dalam pertandingan, ketidakupayaan untuk menganjurkan acara umum, perbezaan dalam tahap kemampuan pengadil serta ketidaksamarataan dalam kepakaran ulasan sudah semakin menonjol.

Pada asasnya, ini disebabkan kekurangan bakat e-sukan profesional tetapi ia juga disebabkan kekurangan kecekapan dalam pendidikan e-sukan. Sejak ia menggantikan World Cyber Games (WCG) pada tahun 2014, WCA telah berusaha untuk menggalakkan kemajuan sukan e-sukan serta industri e-sukan. Oleh itu, dalam usaha untuk mengelakkan kacau bilau dalam industri, menyelesaikan masalah yang mengekang kemajuan industri, serta mengoptimumkan persekitaran e-sukan tempatan, WCA dan IeSF telah menempa perkongsian strategik.

Menurut sumber tersebut, kerjasama itu akan dimulakan oleh agensi latihan e-sukan global yang sah diperakui dan latihan akan merangkumi keseluruhan rantaian industri e-sukan. Latihan pengadil dan juruacara akan dimulakan dahulu tahun ini, diikuti dengan latihan dalam pelbagai bidang profesional seperti latihan, pengurusan pasukan dan pemasaran pertandingan pada tahun hadapan. Latihan akan disediakan dalam dan luar talian; dan latihan dalam talian dijangka akan dilancarkan akhir tahun ini.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160314/0861602050

Source: Yinchuan International Game Investment Co., Ltd
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Sporting Events Sports Joint ventures New products/services