omniture

Asia Plantation Capital Alu-alukan Penasihat Khas untuk Lembaga Saintifik

Asia Plantation Capital
2016-03-15 11:14 493

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Asia Plantation Capital, sebuah syarikat pengurusan perladangan yang pernah merangkul anugerah, mengumumkan pelantikan Dr Kodi Isparan Kandasamy sebagai penasihat khas untuk Lembaga Penasihat Saintifik yang terkenal, mantap dan dihormati.

Dr Kodi Isparan Kandasamy, penasihat khas Lembaga Penasihat Saintifik Asia Plantation Capital.
Dr Kodi Isparan Kandasamy, penasihat khas Lembaga Penasihat Saintifik Asia Plantation Capital.

"Bagi pihak Asia Plantation Capital, saya ingin mengalu-alukan kedatangan Dr Kodi Isparan Kandasamy ke Lembaga Penasihat Saintifik kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital Malaysia, Steve Watts. "Sebagai pakar bioteknologi tumbuhan dengan pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang sains tumbuhan, Dr Kodi dikenali sebagai pemimpin industri yang amat berwawasan dan disegani. Kami berbesar hati kerana dapat pasukan penyelidikan dan pembangunan kami dapat bekerjasama dengan seorang individu yang berkepakaran tinggi dan berpengalaman luas."

Dr Kodi, kini berperanan sebagai Naib Presiden Kanan, Bahagian Pembangunan Perniagaan & Pelaburan, Malaysian Biotechnology Corporation, yang mana sebelum itu beliau ialah Saintis Kanan dan Ketua Makmal Kultur Tisu di FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia) selama lapan tahun.  Terdahulu, beliau merupakan Pengurus R&D di TropBio Research Sdn. Bhd., sebuah syarikat bioteknologi persendirian di Malaysia. Selain itu, beliau mempunyai pengalaman luas dan rekod prestasi terbaik dalam mentransformasikan dapatan daripada kajian dan pembangunan kepada projek perniagaan komersial, khususnya yang berkaitan dengan Bioteknologi Pertanian.

Setelah menyiapkan penyelidikan pasca kedoktoran di University of East London - bekerjasama dengan Kementerian Pertanian, Makanan dan Perikanan dalam satu projek UK bagi mengkaji 'English Garden Roses' - Dr Kodi pernah mengajar selama lebih enam tahun di University of London (Wye College) berkaitan 'Kultur Tisu Tumbuhan dan kegunaannya dalam Mikropropagasi dan Bioteknologi Tumbuhan'.

Sehingga kini, beliau telah menulis lebih 100 penerbitan dan merupakan salah seorang lembaga editorial untuk beberapa jurnal saintifik tempatan dan antarabangsa, termasuk menjadi ahli Lembaga Editorial Eksekutif Journal of Tropical Medicinal Plants. Dr. Kodi juga ialah ahli Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC), mewakili Malaysian Biotechnology Corporation. Dr Kodi pernah dan masih menyelia projek penyelidikan pelajar sarjana muda dan sarjana, di UK dan di Malaysia.  

Lembaga Penasihat Saintifik Asia Plantation Capital serta Pasukan Pembangunan Penyelidikan kini dipimpin oleh Dr Pakamas Chetpattananondh, Penasihat Saintifik Khas dan Penolong Profesor di Prince of Songkla University di Thailand. Ahli pasukannya terdiri daripada pakar terkenal di peringkat global bagi spesies pokok Karas (Aquilaria), selain penghasilan gaharu dan juga teknik penyulingan minyak Oud.

Sejak Asia Plantation Capital memperkenalkan program inokulasi yang inovatif dan revolusioner itu, pasukan tersebut berjaya memperoleh hasil signifikan di ladangnya yang terletak di Thailand dan Malaysia, selain turut bertanggungjawab menghasilkan minyak Oud yang 100% asli, semula jadi dan lestari untuk syarikat tersebut. Selain itu, pasukan itu terus bekerjasama secara aktif dengan beberapa universiti terkemuka di Asia, bagi memastikan mereka mampu menghasilkan gaharu/minyak Oud berkualiti tinggi dalam kuantiti yang optimum secara konsisten dan beretika, serta memelihara alam sekitar dan juga masyarakat yang tinggal dan yang bekerja di ladang tersebut.

Nota untuk Editor:

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Samantha Tham
Eksekutif Pemasaran, Singapura
E-mel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +65 914 409 33

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel: zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +60 122 035 344

Latar Belakang Asia Plantation Capital  

Asia Plantation Capital Berhad di Malaysia kini banyak melabur dalam sektor perladangan Malaysia, membangunkan ladang dan kilang baharu untuk menghasilkan gaharu dan lain-lain produk berkaitan untuk pasaran eksport antarabangsa. Awal tahun lalu, Asia Plantation Capital membuka kilang pemprosesan dan penyulingan Gaharu terbesar Asia Tenggara di Johor Bahru, Malaysia.

Syarikat ini adalah sebahagian daripada Asia Plantation Capital Group, syarikat pengoperasi ladang lestari dan pengurusan yang merangkul pelbagai anugerah, mengendalikan projek di empat buah benua, dengan tenaga kerja di peringkat global berjumlah lebih 2,000 kakitangan. Sebagai peneraju pasaran dalam industri ini, Lembaga Penasihat Saintifik kami terdiri daripada ahli akademik terkenal dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu), yang bersama-sama membangunkan dan mempatenkan teknologi serta sistem penting dalam industri.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160308/8521601459

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers Personnel announcements