omniture

Kerjasama Setahun Antara Fragrance Du Bois Dan Dukascopy Bank Diumumkan Di Geneva Forex Events 2016

Fragrance Du Bois
2016-03-15 11:12 511

GENEVA, 15 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- Fragrance Du Bois adalah pengeluar minyak wangi tersendiri dan mewah yang mengambil inspirasi daripada keindahan serta keaslian alam semula jadi. Pada teras semua ciptaan Fragrance Du Bois, terdapat minyak Oud 100% tulen, yang dihasilkan secara lestari di ladang jenama tersebut dan diuruskan oleh Asia Plantation Capital.

Fragrance Du Bois menandatangani perjanjian kerjasama selama setahun dengan Dukascopy Bank SA, pihak penganjur Geneva Forex Events di Four Seasons Hotel des Bergues, Switzerland.

Ketua Pegawai Eksekutif Fragrance Du Bois dan Asia Plantation Capital, Gary Crates bersama Pengurus Saluran Asia Plantation Capital Geneva, Patrick Castagna, di Four Seasons Hotel des Bergues, Geneva.
Ketua Pegawai Eksekutif Fragrance Du Bois dan Asia Plantation Capital, Gary Crates bersama Pengurus Saluran Asia Plantation Capital Geneva, Patrick Castagna, di Four Seasons Hotel des Bergues, Geneva.

Geneva Forex Events adalah siri mesyuarat bulanan yang menghimpunkan bersama pembiaya dan nama-nama utama lain dalam sektor kewangan Geneva. Acara itu menyediakan peluang terbaik untuk menggabungkan daya tarikan, kemewahan dan perniagaan dalam satu persekitaran yang tidak rasmi tetapi meriah. Konsepnya adalah untuk memudahkan pertemuan yang tetap bagi membolehkan setiap peserta sentiasa mengikuti dan/atau kekal mendahului aliran perniagaan, selain mewujudkan perhubungan profesional istimewa dalam suasana yang santai.

Asia Plantation Capital (APC) berbesar hati untuk menyokong jenama minyak wangi tersebut sempena pelancarannya di Geneva dan membantu mempromosikan ladang lestari yang mampu menghasilkan produk yang pelbagai dan menarik. Majlis pelancaran tersebut diadakan pada hari Khamis, 4 Februari, dan dihadiri En. Gary Crates – Ketua Pegawai Eksekutif Eropah untuk APC Group SA.

"Kami berbesar hati kerana diberikan peluang untuk mencari rakan baharu, dan pada masa yang sama menyokong syarikat rakan kami," kata Crates. "Fragrance Du Bois akan membuat pelancaran pertamanya di Eropah di butik Jovoy, Paris pada akhir bulan ini, dan akan diikuti oleh beberapa pembukaan yang lain di sekitar Eropah pada masa akan datang. Kesemua minyak wangi keluaran Fragrance Du Bois mengandungi minyak Oud 100% tulen dan dihasilkan secara lestari oleh kami," simpul beliau, "oleh sebab itu, kami sangat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada acara penuh bermakna ini."

Ketua Pegawai Eksekutif Fragrance Du Bois dan Asia Plantation Capital, Gary Crates bersama George L Suares, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Yoconto Fashion, Switzerland.
Ketua Pegawai Eksekutif Fragrance Du Bois dan Asia Plantation Capital, Gary Crates bersama George L Suares, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Yoconto Fashion, Switzerland.

100% minyak Oud tulen. 100% kemewahan asli

Fragrance Du Bois menghasilkan minyak wangi daripada minyak Oud 100% tulen dan semula jadi, yang dihasilkan di ladang lestari kelolaan Asia Plantation Capital di seluruh dunia. Proses keseluruhannya, 'daripada tanah ke minyak' dikawal selia secara rapi oleh pihak APC, bukan sekadar untuk memastikan kualitinya terjamin, bahkan sebagai tempat permulaan yang terkenal dengan produk yang amat bernilai. Ditubuhkan pada tahun 2011 hasil inspirasi daripada pengetahuan tradisional pembuatan minyak wangi Perancis, Fragrance Du Bois kini menawarkan pelbagai wangian sofistikated yang terdiri daripada tujuh jenis wangian asas dan tiga wangian peribadi.

Kesemua sepuluh produk akan dipamerkan pada Geneva Forex Events secara berturut-turut, dan dua kotak hadiah yang mengandungi botol wangian 100ml di dalam setiap satunya (bernilai lebih EUR1,300) akan diberikan sebagai hadiah sempena pertandingan 'Teka Harga Dolar Euro' (Eurodollar Price Prediction). Pada acara khusus ini, warna merah dipilih menjadi warna tema, dengan Patrick Castagna – Pengurus Saluran untuk APC Group SA, Geneva – akan mengumumkan pemenang yang memenangi wangian 'Oud Rouge Intense' yang sungguh memikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Fragrance Du Bois dan Asia Plantation Capital, Gary Crates, bersama pemenang pertandingan Teka Harga
Ketua Pegawai Eksekutif Fragrance Du Bois dan Asia Plantation Capital, Gary Crates, bersama pemenang pertandingan Teka Harga

Kedua-dua rakan kerjasama, Fragrance Du Bois dan Dukascopy Bank SA, berharap dapat menjalin kerjasama sempena Geneva Forex Event, bagi mewujudkan hubungan yang berkekalan serta saling memberi manfaat.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Charlotte Medigue
Pegawai Pemasaran dan Pentadbiran
E-mel: charlotte.medigue@fragrancedubois.com  
Tel: +41-22-707-7330

Patrick Castagna
Pengurus Saluran
E-mel: patrick.castagna@asiaplantationcapital.com
Tel: +44-79-763-01-39

Latar Belakang Fragrance Du Bois 
Jenama ini diasaskan pada tahun 2011, dan mempunyai tiga buah butik (Singapura, Kuala Lumpur dan Bangkok) yang mula beroperasi pada tahun 2014. Fragrance Du Bois merupakan syarikat wangian nic mewah yang dilahirkan daripada kekayaan sari alam semula jadi, dan dihasilkan oleh pembuat wangian generasi kelima daripada tradisi Perancis Grasse abad ke-17.  Wangian yang harum daripada FDB akan membawa anda mengembara ke zaman lampau, mencetus memori yang hilang, membuai perasaan, serta menghujani anda dengan kegembiraan. Ciptaan yang mempesonakan ini akan membangkitkan keperibadian anda yang paling dalam, intim dan unik hasil insiprasi daripada kecantikan dan kemurnian alam semula jadi itu sendiri. Pada teras kesemua ciptaan daripada Fragrances Du Bois adalah minyak Oud terpilih yang melahirkan nilai kemewahan sebenar, secara tersendiri dan unik. Semua minyak Oud yang digunakan oleh Fragrance Du Bois dihasilkan oleh Asia Plantation Capital, dan dijamin ditanam secara beretika dan diperoleh daripada sumber yang lestari.

Latar Belakang Asia Plantation Capital 
Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008, walaupun beroperasi secara swasta sejak tahun 2002, Plantation Capital Group memiliki lebih 2,000 kakitangan di seluruh dunia, iaitu di Singapura, Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah. Dengan 126 buah ladang di seluruh dunia, syarikat itu turut membuka kilang pemprosesan kayu gaharu terbesar di Asia Tenggara, bagi tujuan memenuhi peningkatan permintaan terhadap kayu gaharu dan Minyak Oud yang lestari.

Latar Belakang Dukascopy Bank SA 
Dukascopy Bank adalah sebuah bank dalam talian Switzerland yang inovatif, menyediakan perkhidmatan melalui internet dan perdagangan mudah alih (dengan fokus terhadap pertukaran mata wang asing, bulion, CFS dan binari), serta perkhidmatan perbankan dan juga kewangan lain melalui penyelesaian teknologi proprietari yang inovatif. Syarikat itu ditubuhkan pada 2 November 2004 di Geneva, Switzerland dan beribu pejabat di lokasi yang sama. Dukascopy Bank dikawal selia oleh Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (FINMA) sebagai sebuah bank dan juga sebagai penyedia produk sekuriti.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160212/8521600904-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160212/8521600904-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160212/8521600904-c

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Banking/Financial Service Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Contracts Joint ventures