LINKÖPING, Sweden, 15 Mac 2016 /PRNewswire/ --
- Dengan Gambar
Ribuan kemalangan kereta berlaku setiap tahun di Sweden kerana keadaan jalan yang licin. Pada peringkat global, angka ini mencapai tahap yang sangat tinggi. Untuk mengurangkan angka kemalangan, dan untuk membolehkan kenderaan masa depan mempunyai sistem cekap untuk Bantuan Pemandu Termaju, sesebuah kereta perlu berupaya untuk menentukan sama ada jalan licin atau tidak.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121012/567527 )
Musim sejuk ini, NIRA Dynamics telah melengkapkan sekumpulan 80 kenderaan dengan perisian untuk mengesan keadaan permukaan jalan dalam masa nyata. Maklumat Permukaan Jalan (RSI) oleh NIRA sentiasa memantau tahap dan kualiti cengkaman tayar pada permukaan jalan raya - tanpa kamera stereo, penyesuaian ampaian atau sensor mahal yang lain. Dengan sensor gabungan berasaskan algoritma, RSI dapat menentukan tahap kekasaran dan geseran jalan raya.
Dengan menghubungkan RSI kepada perkhidmatan awan, data jalan raya dapat diagihkan kepada kenderaan lain, membolehkan pemandu menyesuaikan gaya atau mengubah laluan pemanduan mereka apabila mereka menerima maklumat tentang sesuatu yang membahayakan atau keadaan berbahaya yang menanti. Dan itu hanyalah satu contoh – kemungkinan-kemungkinnya tiada batasan.
Bagi mempercepatkan pengeluaran ciri keselamatan yang penting ini, selain hanya memasukkan perisian sebagai peralatan asal dalam jenama kereta penumpang baharu, NIRA bekerjasama dengan Infocar Training AB menyepadukan perisian geseran pada peranti elektronik Infocar yang dipasangkan ke dalam antara muka standard di dalam semua kereta penumpang sejak model tahun 2001. Ini membolehkan NIRA mula mengumpul dan mengedarkan maklumat yang sangat dinamik tentang keadaan jalan raya dalam masa nyata, setiap saat, dan menghantarnya ke pelayan belakang.
Data awan ini akan dapat dikongsi dengan pemandu lain, pihak berkuasa jalan raya dan sistem untuk Bantuan Pemandu Termaju atau untuk data navigasi cuaca masa sebenar. Yang paling menarik, data yang dinamik ini boleh didapati sekarang.
LATAR BELAKANG NIRA: Ditubuhkan pada tahun 2001 dan beribu pejabat di Sweden, NIRA Dynamics berada pada barisan hadapan penyatuan sensor, menyediakan perkhidmatan nilai tambah yang menjimatkan kos kepada industri kenderaan global. Pelanggannya termasuk beberapa pengeluar kereta terkemuka di dunia seperti Audi, Volkswagen, Seat, Skoda, Volvo, Fiat, dan Renault.
LATAR BELAKANG Infocar: Infocar Training adalah pengeluar dan pembekal peralatan diagnostik untuk kenderaan, memberikan keupayaan untuk melihat parameter atau melog data pada masa nyata kepada pelayan awan.
Nota kepada Editor:
Gambar yang mengiringi berita ini boleh didapati melalui PA Photowire. Ia boleh dimuat turun dari http://www.pa-mediapoint.press.net atau dilihat di http://www.mediapoint.press.net atau http://www.prnewswire.co.uk .
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Johan Hägg, Ketua Pemasaran dan Jualan, NIRA Dynamics AB
Telefon: +46-700-454056
Emel: johan.hagg@niradynamics.se
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160315/8521601667
Sumber: NIRA Dynamics AB