omniture

BASF dan Avantium Berhasrat Jalin Usaha Sama

Avantium
2016-03-15 19:02 326

LUDWIGSHAFEN, Jerman dan AMSTERDAM, 15 Mac 2016 /PRNewswire/ --

  • Pengeluaran dan pemasaran asid furandikarboksilik (FDCA) berasaskan sumber boleh diperbaharui, unit asas baharu yang penting untuk polyethylenefuranoate (PEF)
  • Pembangunan selanjutnya dan pelesenan proses pengeluaran Avantium untuk FDCA dan PEF pada skala industri
  • Berhasrat untuk membina kilang rujukan untuk FDCA dengan kapasiti tahunan sehingga 50,000 tan di tapak Verbund BASF di Antwerp, Belgium

BASF dan Avantium hari ini mengumumkan mereka menandatangani surat hasrat dan mengadakan rundingan eksklusif untuk menjalin usaha sama (JV) bagi pengeluaran dan pemasaran asid furandikarboksilik (FDCA), serta pemasaran polyethylenefuranoate (PEF), yang berasaskan unit asas kimia baharu ini. FDCA dihasilkan daripada sumber yang boleh diperbaharui.

JV akan menggunakan YXY process® yang dibangunkan oleh Avantium di makmalnya di Amsterdam serta kilang rintis di Geleen, Belanda, bagi pengeluaran FDCA. Ia bertujuan untuk terus membangunkan proses ini selain untuk membina kilang rujukan penghasilan FDCA dengan kapasiti tahunan sehingga 50,000 tan metrik setahun di tapak Verbund BASF, di Antwerp, Belgium. Matlamatnya adalah untuk membina kedudukan peneraju dunia untuk FDCA serta PEF, dan seterusnya melesenkan teknologi tersebut bagi kegunaan berskala industri.

FDCA dan PEF: Bahan baharu mampu menambah baik filem pembungkusan makanan dan botol plastik

FDCA ialah unit asas kimia yang penting untuk penghasilan PEF. Berbanding plastik biasa, PEF dicirikan oleh sifat penghalang yang dipertingkat untuk gas seperti karbon dioksida dan oksigen. Ini boleh membawa kepada hayat simpanan yang lebih panjang untuk produk yang dibungkus. Hasil daripada kekuatan mekanikalnya yang tinggi, bungkusan PEF yang lebih nipis boleh dihasilkan, maka, hanya sedikit bahan pembungkusan yang diperlukan. Dengan itu, PEF amat sesuai untuk penghasilan makanan tertentu dan pembungkusan minuman, contohnya filem dan botol plastik. Setelah digunakan, PEF boleh dikitar semula.

"Melalui usaha sama yang dirancang ini, kami ingin menggabungkan teknologi pengeluaran spesifik Avantium dan kepakaran penggunaan FDCA and PEF dengan kekuatan BASF," kata Dr. Stefan Blank, Presiden Bahagian Perantaraan BASF. "Lebih penting lagi ialah kepakaran kami dalam pembangunan pasaran dan pengeluaran secara besar-besaran sebagai sebuah syarikat kimia yang kukuh dan andal dalam perusahaan perantaraan serta polimer," tambah Blank.

"Usaha sama yang dirancang bersama BASF ialah pencapaian penting dalam pembangunan dan pengkomersilan teknologi yang mengubah industri ini. Jalinan kerjasama dengan syarikat kimia nombor satu di dunia ini memberikan kami akses kepada keupayaan yang diperlukan bagi membawa teknologi ini ke arah pengindustrian," kata Tom van Aken, Ketua Pegawai Eksekutif Avantium. "Usaha sama ini akan terus mengukuhkan teknologi global ini dan mencapai kepimpinan pasaran untuk FDCA dan PEF. Melalui BASF, kami merancang untuk memulakan pengeluaran FDCA untuk membolehkan pelancaran komersial pertama bahan berasaskan bio yang menarik ini dan terus membangunkan serta memperluas pasaran kepada potensinya yang sepenuhnya," sambung van Aken.

Latar Belakang Avantium 

Avantium ialah sebuah syarikat teknologi kimia terkemuka dan peneraju dalam kimia boleh diperbaharui. Bersama rakan kongsi dari seluruh dunia, Avantium membangunkan proses yang cekap dan produk mampan yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan bio. Avantium menawarkan tapak pembangunan untuk penyelesaian kimia boleh diperbaharui yang revolusioner. Bermula dengan penciptaan kepada proses pengeluaran berdaya maju secara komersial. Salah satu daripada kisah kejayaan Avantium ialah YXY technology®, yang digunakan untuk mencipta PEF: plastik serba baharu dan berkualiti tinggi, diperbuat daripada gula industri berasaskan tumbuhan. PEF 100% boleh dikitar semula. Dengan itu, ia menawarkan penyelesaian kos-berkesan untuk menghasilkan sebarang produk pelbagai pilihan botol plastik, pembungkusan dan gentian. YXY ialah teknologi paling maju, namun Avantium turut mengusahakan sejumlah projek yang inovatif dan menyediakan perkhidmatan serta sistem penyelidikan pemangkinan peneraju kepada syarikat kimia dan petrokimia terkemuka. Pejabat dan ibu pejabat Avantium berpangkalan di Amsterdam, Belanda. Maklumat lanjut di http://www.avantium.com

Latar Belakang Bahagian Perantaraan BASF

Bahagian Perantaraan BASF Group membangunkan, menghasilkan dan memasarkan portfolio yang menyeluruh dengan kira-kira 700 perantaraan di seluruh dunia. Kumpulan produknya yang paling penting terdiri daripada amina, diol, polialkohol, asid dan kimia khusus. Perantaraan digunakan contohnya sebagai bahan pemula untuk salutan, plastik, farmaseutikal, tekstil, bahan pencuci dan bahan pelindung tanaman. Perantaraan yang inovatif daripada BASF membantu menambah baik sifat produk akhir dan juga kecekapan proses pengeluaran. Bahagian Perantaraan yang diiktiraf ISO 9001  mengendalikan kilang di tapak pengeluaran di Eropah, Asia dan Amerika Utara. Di serata dunia, divisyen ini menjana jualan kepada pihak ketiga kira-kira €2.8 bilion pada tahun 2015. Maklumat lanjut di http://www.intermediates.basf.com

Latar Belakang BASF 

Di BASF, kami mencipta kimia untuk masa depan yang mapan. Kami menggabungkan kejayaan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar serta tanggungjawab sosial. Kira-kira 112,000 kakitangan di BASF Group berusaha menyumbang kepada kejayaan pelanggan kami dalam hampir kesemua sektor dan hampir setiap negara di dunia. Portfolio kami dibahagikan kepada lima segmen: Bahan Kimia, Produk Berprestasi, Bahan & Penyelesaian Fungsian, Penyelesaian Pertanian dan Minyak & Gas. BASF menjana jualan melebihi €70 bilion pada tahun 2015. Saham BASF didagangkan di bursa saham Frankfurt (BAS), London (BFA) dan Zurich (AN). Maklumat lanjut di http://www.basf.com

Pautan visual: https://www.basf.com/de/company/news-and-media/multimedia/photos.html (pilih: Rantau - Eropah - Belgium)

Hubungan media:

BASF SE

Klaus-Peter Rieser
Bahagian Perantaraan
Telefon: +49-621-60-95138
E-mel: klaus-peter.rieser@basf.com  

Avantium

Alex de Vries
Telefon: +31-20-586-0132
Tel. Bimbit: +31-651-11-9205
E-mel: alex.de.vries@msl.nl

Source: Avantium
Related Links:
Keywords: Chemical Paper/Forest Products/Containers Joint ventures