omniture

Thuraya Lancarkan Khidmat M2M dan Terminal Pertama yang Beroperasi di Amerika Utara

Thuraya Satellite Telecommunications Company
2016-03-15 21:04 299

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 15 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Pengendali perkhidmatan satelit mudah alih terkemuka Thuraya Telecommunications Company hari ini melancarkan perkhidmatan M2M terkhusus serta terminal yang tersedia di seluruh kawasan liputannya yang meluas dan untuk kali pertama di Amerika Utara.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150429/740412-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160314/343756)

Pelancaran itu merupakan penambahan kepada momentum penyelesaian M2M sedia ada yang ditawarkan rangkaian rakan kongsi pembangunan aplikasi dan peranti Thuraya dan merupakan sebahagian daripada strategi M2M keseluruhan syarikat itu.

Strategi Thuraya dirangka berasaskan fakta keperluan kepada lebih daripada satu penyelesaian diperlukan bagi memenuhi keperluan semua aplikasi M2M pada masa hadapan. Berdasarkan pertumbuhan M2M serta Internet Semua Benda (IoT) yang bakal meletus kelak, Thuraya sedang membangunkan penyelesaian bagi memenuhi keperluan kadar data rendah (LDR), kadar data sederhana (MDR), dan kadar data tinggi (HDR) untuk pelbagai segmen pasaran. Pelancaran perkhidmatan baharu ini memenuhi keperluan pasaran untuk peringkat aplikasi MDR.

Dengan kerjasama perkongsian ViaSat, Thuraya sedang memperluaskan jangkauan kawasan liputannya untuk merangkumi Amerika Utara buat kali pertama. Rangkaian komunikasi dua hala M2M berasaskan IP yang selamat dan kukuh itu sudah pun membolehkan penggunaan aplikasi M2M dan IoT masa nyata dan bebas daripada batasan rangkaian selular tradisional. Perkongsian dengan ViaSat melanjutkan lagi kebolehan itu ke dalam pasaran geografi baharu yang penting ini.

Randy Roberts, Ketua Pegawai Inovasi Thuraya berkata: "Kami sedang mengukuhkan kehadiran M2M. Dengan pembangunan M2M Thuraya yang lebih maju, kami akan berada dalam kedudukan yang kukuh untuk mendapat manfaat daripada peluang jangka panjang yang mengujakan daripada Internet Semua Benda. Dengan perkongsian bersama ViaSat yang baharu ini, rangkaian kami boleh dicapai oleh tempat yang sebelum ini tidak dapat dicapai, dan kini Thuraya boleh digunakan lebih ramai pelanggan dengan perluasan liputan kami bagi perkhidmatan ini, di Amerika Utara."

Phil Berry, naib presiden dan pengurus besar, Perkhidmatan Satelit Mudah Alih, ViaSat memberi komen: "Dengan kerjasama kami bersama Thuraya, kami membawakan fungsi rangkaian yang kukuh digandingkan dengan kemampuan peranti canggih agar dapat membawakan komunikasi satelit IP masa nyata kepada lebih ramai orang dalam pasaran M2M. Peranti M2M FT2225 Thuraya yang berfungsi dalam khidmat jalur-L ViaSat yang andal akan berkhidmat untuk kelas pasaran M2M yang lebih luas daripada perusahaan tradisional sehinggalah kepada sektor baharu dalam kelas yang kurang atau tidak mendapat perkhidmatan ini."

Pelanggan perlombongan, minyak dan gas memerlukan aplikasi masa nyata yang berkeselamatan tinggi dan berkependaman rendah. Syarikat perlombongan mengkehendaki keterhubungan rangkaian yang andal agar dapat menjejaki aset dan keselamatan pekerja; ciri keselamatan siber dan ketersediaan rangkaian menarik minat pelanggan kerajaan, dan Thuraya juga turut menawarkan kebingkasan rangkaian dan kos pemilikan rendah yang dicari-cari syarikat utiliti.

Terminal tetap Thuraya FT2225 (MDR) berfungsi dengan rangkaian Thuraya dan rangkaian perkhidmatan satelit mudah alih ViaSat, dengan memanfaatkan sistem satelit berkapasiti tinggi jalur L ViaSat.

Terminal baharu ini menawarkan penggunaan jalur lebar yang sangat cekap, perangkaian IP berkependaman rendah, dan tahap keselamatan yang tinggi. Ia mengurangkan jumlah kos pemilikan, disokong oleh 99.9% perjanjian tahap perkhidmatan yang meneraju pasaran.

Rangkaian penyelesaian LDR M2M pihak ketiga Thuraya yang diperakui kini termasuklah penjejakan aset mudah alih SMC; pautan jarak jauh Seven Technologies untuk aplikasi M2M tetap; pencatat log data telemetri Ibexis; dan rangkaian mesh sensor seismik Digital Barriers.

SUMBER  Thuraya Satellite Telecommunications Company

Source: Thuraya Satellite Telecommunications Company
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications New products/services