omniture

Pengumuman Siaran Langsung Strim Media: Pelancaran Program Vivid Sydney 2016 bakal Disiar Secara Strim Langsung Jam 10:45 pagi, Khamis 17 Mac 2016 (AEST)

Destination NSW
2016-03-15 23:30 515

SYDNEY, 15 Mac 2016 /PRNewswire/ --

Acara: Destination NSW mengumumkan program Vivid Sydney 2016
URL:www.vividsydney.com/media-centre   
Tarikh: Khamis 17 Mac 2016 
Masa: Bermula jam 10:45 pagi (AEST)

Program rasmi Vivid Sydney 2016 akan diumumkan pada majlis media eksklusif di Muzium Seni Kontemporari Australia (MCA) dan disiar secara strim langsung di http://www.vividsydney.com/media-centre pada hari Khamis, 17 Mac 2016.

Vivid Sydney 2015: Keindahan Sydney - Rumah Adat (Kredit: Destination NSW)
Vivid Sydney 2015: Keindahan Sydney - Rumah Adat (Kredit: Destination NSW)

Destination NSW, agensi pelancongan dan acara penting Kerajaan NSW, bersama Pengarah Kreatif dan Kurator Vivid Sydney akan mengumumkan acara tahun 2016 termasuk penceramah dari dalam dan luar negara, persembahan muzik, pameran lampu dan tayangan ikon, serta presint yang akan ditampilkan pada acara tahun ini.

Vivid Sydney, festival cahaya, muzik dan idea terbesar di dunia ini akan berlangsung selama lima hari tambahan bermula pada hari Jumaat 27 Mei - Sabtu 18 Jun 2016. Berlangsung selama 23 malam, ia bakal menjadi festival paling lama yang pernah dikendalikan sepanjang lapan tahun sejarahnya.

Vivid Sydney yang dimiliki, diurus dan diterbitkan oleh Destination NSW, penting dalam mengukuhkan kedudukan Sydney sebagai hab industri kreatif di rantau Asia Pasifik. Tahun lalu, catatan rekod 1.7 juta orang telah mengunjungi acara tersebut termasuk lebih 112,000 pengunjung yang menginap yang datang dari luar dan dalam negara ke NSW khusus untuk menyertai Vivid Sydney.

Bahan Media boleh dimuat turun termasuk:

  • Program penuh Vivid Sydney 2016, disediakan mulai 12:00 tengah hari pada hari Khamis 17 Mac (AEST)
  • Siaran media, imej pegun resolusi tinggi dan siaran kandungan video berkualiti

Siaran strim langsung ini boleh dikongsi melalui Facebook dengan menyiarkan/berkongsi alamat ini: www.vividsydney.com/media-centre.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160315/8521601681

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Leisure/Travel/Hotels Travel Broadcast feed announcements