omniture

TOA Systems dan MetraWeather Asia Luaskan Rangkaian Kilat Pan-ASEAN

MetraWeather
2016-03-17 06:29 261

BANGKOK, 17 Mac 2016 / PRNewswire / - TOA Systems, Inc., (TOA) syarikat global rangkaian kilat, dan syarikat cuaca komersial, MetraWeather Asia, telah mengumumkan perluasan rangkaian kilat pan-ASEAN di InterMET Asia 2016.

InterMET ialah satu-satunya acara khusus untuk perkhidmatan cuaca dan iklim di Asia dan acara yang mempertemukan industri iklim dan cuaca global untuk meningkatkan cuaca, perkhidmatan hidrologi dan iklim bagi rantau Asia, Afrika dan Pasifik.

Rangkaian resolusi tinggi ini direka untuk meningkatkan daya tahan terhadap peningkatan peristiwa cuaca yang melampau dan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan sambaran kilat yang dahsyat di rantau ini.

Rangkaian ini akan diperluaskan di Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Model perniagaannya ialah teknologi agnostik. Ia telah direka untuk membolehkan Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan negara-negara ASEAN mengakses data yang mereka perlukan untuk menyampaikan ramalan cuaca keselamatan awam dipertingkat tanpa perlu melabur dalam infrastruktur IT yang mahal, penyelenggaraan rangkaian dan perisian.

Pengurus Besar Jualan & Penghantaran Kumpulan MetraWeather, Sam Donley, dari Bangkok berkata, rangkaian ini menangani dua isu penting bagi negara-negara ASEAN.

"Perubahan iklim semakin meningkatkan tahap peristiwa cuaca melampau. Ahli-ahli sains telah meramalkan aktiviti kilat akan meningkat seiring di rantau yang terkenal dengan peristiwa cuaca buruk yang melampau. Rangkaian tersebut, yang dibina oleh rakan kongsi TOA, membolehkan Perkhidmatan Meteorologi Negara untuk mengakses data yang mereka perlu tanpa melabur dalam infrastruktur yang mahal."

MetraWeather ialah syarikat pakar bimbingan cuaca dengan tapak yang kukuh di Asia Tenggara. Baru-baru ini, MetraWeather mendaftarkan anak syarikat baharu yang berpangkalan di Bangkok. Syarikat itu disokong oleh kepakaran syarikat induk meteorologi MetService, yang diperakui Perkhidmatan Kajicuaca Kebangsaan untuk menyediakan bimbingan keselamatan awam dan cuaca penerbangan.  

MetraWeather akan menggunakan rangkaian kilat untuk mendedahkan pelanggan komersil kepada data risiko kilat (seperti utiliti tenaga, syarikat penerbangan, lapangan terbang, operasi minyak dan gas luar pesisir di lapangan dan kilang penapis Asia) dengan data penting mengenai kedudukan kilat berhampiran.

"Kilat adalah satu kuasa yang amat merosakkan. Ia mengambil nyawa, merosakkan infrastruktur penting, dan mengganggu perjalanan udara. Kita tidak boleh menghalangnya, tetapi kita boleh membantu masyarakat dan organisasi untuk mengurangkan risiko," kata Encik Donnelly.

"Perkhidmatan kedudukan kilat berhampiran MetraWeather baru-baru ini mengurangkan masa senggang di fasiliti pemprosesan Australia daripada 4 jam kepada 20 minit - menggambarkan keuntungan produktiviti yang ketara."

Presiden TOA Systems, Tim Bent, berada di InterMET Asia 2016 untuk pengumuman tersebut. Beliau berkata rangkaian tersebut akan dibina menggunakan sensor LPS-200 tercanggih yang disegani milik syarikatnya.

"Rangkaian kilat kami adalah sangat mantap dan menyediakan data yang sangat tepat. Mereka membentuk asas rangkaian yang dipercayai oleh The Weather Company (dahulunya WSI), pembekal tunggal terbesar data cuaca untuk industri penerbangan Amerika Syarikat, dan Biro Meteorologi Australia."

TOA adalah pengeluar rangkaian kilat dan sistem amaran bersepadu yang terkemuka. Sejak 10 tahun yang lalu, TOA Systems telah memasang lebih 600 sensor lokasi kilat di lebih 50 negara.

"Kami percaya bahawa menyediakan data kilat dengan terma komersial yang agak murah dapat meningkatkan keupayaan Perkhidmatan Meteorologi Negara dengan cepat dan meluaskan bimbingan keselamatan awam mereka," kata Tim Bent.

"Di seluruh dunia, kita sedang menyaksikan transformasi dalam ramalan cuaca kerana agensi-agensi kerajaan dan syarikat cuaca meliputi perkongsian awam/swasta yang bukan sahaja mengurangkan kekangan ekonomi, tetapi dengan ketara meningkatkan penyampaian maklumat saintifik."

Fakta tentang kilat di Asia

  • Kilat membunuh dan mencederakan semakin ramai orang di Kemboja, Vietnam dan Thailand
  • Kematian akibat kilat di Kemboja melonjak 42.6%  berbanding tahun sebelumnya pada 2015 dengan 107 orang terbunuh dan 77 cedera
  • Kilat dipercayai telah membunuh lebih daripada 2,500 orang di India pada 2014
  • Dianggarkan setiap tahun, kilat bertanggungjawab terhadap kerosakan bernilai USD 500 juta di seluruh dunia

Latar belakang TOA Systems dan MetraWeather

TOA menyokong syarikat sekutunya, GPATS, dalam operasi dan penyelenggaraan Rangkaian Kilat Nasional Australia, digunakan oleh Biro Meteorologi Australia dalam operasi ramalannya. MetraWeather adalah penjual GPATS yang menyokong para pelanggan komersil di seluruh benua Australia.

www.metraweather.com

Source: MetraWeather
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Asian-related news Corporate Expansion