omniture

Huawei Mengumumkan ICT Baharu Peneraju Bagi Membina Dunia Terhubung Yang Lebih Baik

Penyedia ICT Global terkemuka memperkenalkan penyelesaian dan perkongsian baharu di CeBIT 2016 untuk memperkasakan ketangkasan dan inovasi digital perniagaan
Huawei
2016-03-17 16:21 623

HANOVER, Jerman, 17 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Huawei Enterprise Business Group hari ini melancarkan penyelesaian dan perkongsian inovatif di bawah slogan pemasaran baharunya -- "ICT Baharu Peneraju, Membina Dunia Terhubung Yang Lebih Baik" di CeBIT 2016, pameran perdagangan ICT terbesar dunia, yang diadakan pada 14 hingga 18 Mac.

Tema utama CeBIT 2016 adalah "d!conomy: Sertai - cipta - jaya". Pendigitalan memberi impak kepada setiap bidang perniagaan dan masyarakat, dan ia bukan sekadar fenomena sementara, sebaliknya ia akan terus mencipta peluang baharu. Jika syarikat ingin berjaya pada masa hadapan, mereka perlu membangunkan perniagaan digital terpacu pelanggan pada masa sekarang agar ia dapat memberi respon pantas terhadap perubahan yang bakal dibawakan pendigitalan kelak.

Dalam era baharu ini, sistem ICT perniagaan sedang beralih daripada sistem sokongan tersimpan kepada sistem pengeluaran kritikal misi yang membolehkan pengeluaran, pengendalian, dan pembuatan keputusan yang cekap. Agar dapat seiring dengan semua perubahan besar ini, Huawei melancarkan slogan pemasaran baharu yang menguatkan lagi kedudukannya untuk pasaran perniagaan: "ICT Baharu Peneraju, Membina Dunia Terhubung Yang Lebih Baik".

Bercakap semasa Persidangan Global CeBIT 2016 itu, Encik Yan Lida, Presiden Enterprise Business Group, Huawei, berkata: "Apabila ICT baharu, termasuk Pengkomputeran Awan, Data Besar, Internet Semua Benda (IoT), dan Perangkaian Tertakrif Perisian menjadi matang, satu binaan struktur ICT awan-perancangan-peranti tersepadu yang baharu muncul untuk membantu syarikat perniagaan mempercepatkan lagi transformasi digital mereka. Huawei bercita-cita untuk membina ekosistem mampan dan saling menguntungkan berdasarkan inovasi teknologi untuk membangunkan platform yang terbuka, fleksibel, dan anjal. Sejajar dengan prinsip panduan Prasarana ICT Terpacu Perniagaan (BDII) kami dan strategi untuk "Fokus" dan "Bersepadu", Huawei komited untuk menginovasi bersama-sama rakan kongsi kami untuk mencipta nilai bagi kerajaan dan perniagaan merentasi sektor perindustrian, lalu membantu mereka mendahului zaman ICT baharu. Bergandingan, kita akan dapat membina dunia yang terhubung lebih baik."

Yan Lida, Presiden Huawei Enterprise Business Group, menyampaikan ucaptama di Persidangan Global CeBIT 2016
Yan Lida, Presiden Huawei Enterprise Business Group, menyampaikan ucaptama di Persidangan Global CeBIT 2016

Di CeBIT 2016, Huawei mengacarakan pelbagai aktiviti termasuk demonstrasi penyelesaian inovatif di kawasan pamerannya, sidang kemuncak industri, pelancaran produk dan penyelesaian, satu sidang media, dan majlis menandatangani perjanjian. Semasa semua aktiviti berlangsung, Huawei menyampaikan maklumat dan amalan terbaik bagi ICT baharu dan menunjukkan kemampuannya untuk memperkasakan pelanggan bagi menerajui era ICT baharu.

Huawei Membina Prasarana ICT Terpacu Perniagaan dengan Rakan Kongsi dan Pelanggan

Transformasi digital sedang berlangsung dalam hampir kesemua industri. Perniagaan terkemuka sedang meletakkan usaha pendigitalan sebagai teras strategi perniagaan mereka bagi memenuhi keperluan digital pelanggan mereka yang sedang berkembang dan juga untuk mendapat kelebihan daya saing.

Huawei serta rakan kongsinya berazam untuk mengupayakan syarikat perniagaan untuk mencapai inovasi dan pertumbuhan perniagaan dan pada masa yang sama, meningkatkan keuntungan pengendalian dengan menyediakan prasarana ICT terpacu perniagaan yang khusus mengikut industri.

Huawei menganjurkan tiga sidang kemuncak di CeBIT 2016, termasuk Sidang Kemuncak Bandar Selamat Global, Sidang Kemuncak Institusi Perkhidmatan Kewangan (FSI) Global, dan Sidang Kemuncak Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) Global, yang mengumpulkan semua pakar industri agar dapat saling bertukar pandangan dan idea tentang peluang dan cabaran pendigitalan yang sedang dihadapi industri menegak.

Sejak kebelakangan ini, Huawei sudah berkembang pesat dalam industri menegak, termasuklah dalam keselamatan awam, kewangan, pengangkutan, dan tenaga. Semasa akhir tahun 2015, Penyelesaian Bandar Selamat Huawei sudah digunakan dalam lebih 100 bandar di lebih 30 negara termasuklah di Timur Tengah, Afrika, dan Asia Pasifik, dan menyediakan perkhidmatan kepada 400 juta orang. Penyelesaian Perbankan Omnisaluran Huawei pula digunakan oleh lebih 300 organisasi kewangan, termasuk oleh 6 daripada 10 Bank Terbaik dunia. Penyelesaian Landasan Digital Huawei pula telah digunakan dalam landasan kereta api sepanjang lebih 100,000 kilometer. Huawei telah membantu Sepanyol melaksanakan sistem komunikasi landasan IP dan menandatangani perjanjian dengan Deutsche Bahn agar dapat memantapkan satu sistem komunikasi kereta api ke stesen berorientasikan masa depan. Huawei sudah memberi khidmat kepada 15 daripada 20 syarikat tenaga terbesar dunia, merangkumi lebih 100,000 substesen transformer dan rangkaian paip minyak dan gas sepanjang 38,000 kilometer. Huawei turut berjasa membantu ISP memajukan perniagaan mereka. Sebagai contoh, Huawei membolehkan EVRY, penyedia khidmat ICT kedua terbesar di Eropah Utara, untuk membina pusat data awan berasaskan perangkaian tertakrif perisian (SDN).

Huawei Komited Untuk Menyepadukan Strategi dan Inovasi Bersama, Mewujudkan Ekosistem Baharu Berasaskan Teknologi Terbuka

Ketika perniagaan memacu transformasi digital mereka, muncul pula teknologi baharu, pemain baharu, serta model kerjasama baharu. Industri ICT telah beralih ke arah haluan pembangunan "tertakrif pembangun", di mana para pelanggan memegang kuasa untuk mempengaruhi kemajuan platform perniagaan. Dalam persekitaran seperti ini, syarikat perlu melibatkan diri dengan rakan kongsi dalam keseluruhan ekosistem kerana jika mereka bergerak sendirian, mustahil mereka akan dapat mencapai transformasi digital.

Sejajar dengan strategi mereka untuk "fokus" dan "menyepadu", Huawei bertekad untuk membina ekosistem baharu terbuka yang "tertakrif pembangun" melalui inovasi bersama pelanggan dan rakan kongsi.

Di CeBIT 2016, Huawei mengumumkan perkongsian baharu yang akan memecut transformasi digital ke seluruh dunia. Huawei telah mengumumkan perkongsiannya dengan penyedia robotik terkemuka dunia KUKA dan telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan mereka. Di bawah perjanjian baharu ini, kedua-dua syarikat ini akan memfokus kepada penggunaan Internet Semua Benda (IoT) sel kecil, tanpa wayar, dan rangkaian 5G, selain penyelesaian data besar dalam persekitaran pengeluaran dan kilang, agar dapat membangunkan penyelesaian pengeluaran pintar untuk pasaran perindustrian di Eropah dan China. Tambahan lagi, Huawei dan Deutsche Telekom turut mengumumkan pelancaran komersil bagi Awan Telekomunikasi Terbuka, iaitu awan awam perniagaan yang berasaskan undang-undang perlindungan data dan privasi Jerman. Huawei membekalkan mereka perkakasan serta perisian yang inovatif, termasuklah sistem pelayan, simpanan, rangkaian, dan pengendalian awan agar dapat membina perkhidmatan awan yang anjal dan mudah, seraya membantu Deutsche Telekom memecut kedudukannya dalam pasaran perkhidmatan awan Eropah.

Di reruainya, Huawei mempamerkan penyelesaian ICT inovatif dengan 51 rakan kongsi, termasuk rakan kongsi strategik SAP, Intel dan Accenture, rakan kongsi penyelesaian seperti HEXAGO dan Infosys, rakan kongsi saluran seperti COMNET, WOHLER, dan PDV. Tambahan lagi, Huawei juga telah menunjukkan penyelesaian inovatif yang direka bagi pelanggan industri bersama syarikat pembawa termasuklah Vodafone dan Deutsche Telekom. Huawei Enterprise Business Group telah menjalinkan kerjasama dengan lebih 1,000 rakan kongsi di Eropah Barat, partners, dan mereka sama-sama berkhidmat untuk pelanggan seperti Mercedes-Benz dan Deutsche Bahn.

Semasa CeBIT 2016, Huawei telah menandatangani beberapa persetujuan perkongsian yang signifikan, yang merangkumi perkara seperti bandar pintar, pengkomputeran awan, kerjasama saluran, penyepaduan sistem, dan juga latihan dan pensijilan.

Huawei Mempamerkan Produk dan Penyelesaian ICT Sehenti yang Inovatif yang Berasaskan Reka Bentuk Awan bagi Membolehkan Inovasi Tangkas untuk Pelanggan

ICT Baharu meneraju dengan pengkomputeran awan sebagai terasnya, membantu perniagaan meringkaskan proses perniagaan, memperbaiki ketangkasan perniagaan, dan memberi respon dengan pantas terhadap perubahan pasaran sambil mengurangkan kos.

Reruai Huawei di CeBIT 2016
Reruai Huawei di CeBIT 2016

Huawei mempamerkan pelbagai produk dan penyelesaian inovatif menggunakan ICT baharu termasuklah pengkomputeran awan, data besar, SDN, dan IoT. Antara penyelesaian ini termasuklah empat produk utama bagi simpanan berkualiti tinggi dan suis pusat data, tujuh produk yang meliputi pusat data awan, IoT, rangkaian tangkas, dan SDN, serta penyelesaian industri untuk bandar pintar, kewangan, dan pengeluaran pintar.

Tambahan pula, Huawei telah mengumumkan pelayan kritikal misi 32-Socket x86 pertama di dunia yang memberikan prestasi, keandalan, dan kecekapan kos tinggi bagi menyokong aplikasi kritikal misi perusahaan dalam skala besar. Huawei turut memperkenalkan penyelesaian IoT iaitu kawalan pencerahan cahaya berbilang peringkat pintar yang pertama dalam industri yang mampu mengawal setiap lampu jalan dengan tepat berdasarkan keperluan, lalu menjimatkan tenaga sehingga 80%, serta Penyelesaian Kampus Optik Penuh mereka yang menyediakan rangkaian kampus baharu yang mudah digunakan dengan penyepaduan perkhidmatan menggunakan rangkaian optik penuh sebagai lapisan akses untuk kampus tersebut. Selain itu, IMS Networks yang berpejabat di Perancis turut berkongsi pengalamannya menggunakan penghala berkualiti tinggi NE40E Huawei serta SDN penyelesaian WAN bagi membina rangkaian tukang belakang IP generasi seterusnya.

CeBIT 2016 diadakan di Pusat Pameran Hannover di Hannover, Jerman, mulai 14 hingga 18 Mac 2016. Reruai pameran utama Huawei terletak di B54 di Dewan 2. Untuk maklumat lanjut, sila layari:

http://enterprise.huawei.com/topic/2016Cebit_cn/index.html?utm_campaign=cebit16q1&utm_medium=hwdc&utm_source=ebghome&source=ebghome

Latar Belakang Huawei

Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) global terkemuka. Untuk maklumat lanjut, sila lawati Huawei dalam talian di www.huawei.com.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160316/0861602149-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160316/0861602149-b

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news