omniture

Sertai Kaji Selidik PR Newswire mengenai Status Kerja Wartawan dan Tabiat Pengumpulan Berita di Asia-Pasifik

PR Newswire
2016-03-17 20:18 440

HONG KONG, 17 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- PR Newswire telah melancarkan kaji selidik dalam talian, bertajuk "Status Kerja Wartawan dan Tabiat Pengumpulan Berita di Asia-Pasifik 2016", bagi mengetahui bagaimana era komunikasi digital baru memberi impak kepada kehidupan profesional para wartawan. Kaji selidik ringkas ini mengalu-alukan input daripada komuniti media di enam pasaran besar iaitu - Australia, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Taiwan, dan ia terbuka untuk penyertaan sehingga 16 Mei 2016. Setiap peserta yang layak akan menerima baucar kopi sebagai tanda penghargaan dan boleh mengambil bahagian dalam cabutan hadiah untuk memenangi iPad Air 16GB.

Sebahagian daripada komitmen jangka panjang  PR Newswire ialah untuk membantu syarikat-syarikat agar lebih memahami perubahan keperluan media dan bagaimana mereka boleh menyesuaikan strategi kandungan mereka dengan sewajarnya bagi meningkatkan peluang untuk diterbitkan. Maklum balas para wartawan akan bertindak sebagai panduan kepada para pemasar dan profesional PR untuk menghasilkan kandungan yang selaras dengan keperluan editorial mereka. 

Soalan-soalan utama yang dirangkumi dalam kaji selidik ini termasuk:

  • Saluran-saluran utama yang paling kerap digunakan oleh para wartawan untuk mengikuti berita dan maklumat terkini;
  • Sumber-sumber yang paling diyakini oleh mereka apabila menulis laporan berita atau mengesahkan fakta;
  • Elemen-elemen multimedia yang lebih digemari oleh mereka untuk kisah berita;
  • Faktor-faktor utama yang akan membantu memudahkan komunikasi yang lebih terbuka dengan mereka.

"Kami sentiasa berusaha untuk memahami keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran wartawan yang sentiasa berkembang, dan kami berharap bahawa hasil keputusan yang dikumpulkan akan membantu kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti media," ujar Yujie Chen, Naib Presiden Kanan PR Newswire Asia Pasifik. "Perkhidmatan khusus yang ditawarkan oleh PR Newswire membantu merapatkan jurang antara media dengan komuniti-komuniti PR dan pemasaran. Sebagai contoh, ProfNet menawarkan perkhidmatan dalam talian percuma yang menghubungkan para wartawan dengan pelbagai sumber yang berkualiti dan pakar-pakar industri untuk kandungan berita mereka."

Kajian Cina Ringkas bagi "Tabiat Status Bekerja dan Pengumpulan Berita Para Wartawan di China 2016" kini sedia untuk di muat turun.
Kajian Cina Ringkas bagi "Tabiat Status Bekerja dan Pengumpulan Berita Para Wartawan di China 2016" kini sedia untuk di muat turun.

Laporan tersebut disasar untuk dilengkapkan pada hujung suku kedua 2016; pihak-pihak yang berminat boleh melanggan untuk menerima peringatan apabila keputusan telah diperolehi. Sementara itu, ketika kaji selidik untuk wilayah Asia-Pasifik sedang dilaksanakan, PR Newswire juga telah melancarkan kajian yang terperinci mengenai status kerja wartawan dan tabiat pengumpulan berita di China pada 2016. Laporan dalam bahasa Cina sedia untuk dimuat turun di sini.

Mengenai PR Newswire

PR Newswire (www.prnasia.com) merupakan pembekal global utama yang menawarkan pengedaran keluaran berita dan platform multimedia yang membolehkan para pemasar, pegawai komunikasi korporat, pegawai perhubungan awam dan pelabur profesional menggunakan pengaruh kandungan untuk berhubung dengan semua khalayak utama yang mereka sasarkan. Setelah merintis industri pengedaran berita komersil pada 1954, PR Newswire kini memberikan penyelesaian hingga ke hujung untuk menghasil, mengedar, mensasar dan mengukur kandungan teks dan multimedia ke seluruh saluran tradisional, digital, mudah alih dan sosial. Dengan menggabungkan rangkaian pengedaran kandungan yang mempunyai berbagai saluran dan pengoptimuman terbesar di dunia melalui platform-platform dan alat-alat aliran kerja yang komprehensif, kami membolehkan perusahaan-perusahaan di dunia untuk menceritakan kisah mereka kepada dunia. PR Newswire menawarkan perkhdimatan kepada berpuluh ribu klien dari pejabat-pejabat di benua Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pasukan Pemasaran Asia PR Newswire
+852-2572-8228
asia.marketing@prnasia.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160314/8521601655
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20151006/8521506608LOGO

Source: PR Newswire
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Survey, Polls & Research