BONN, Jerman, 18 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Sirtex (ASX: SRX) mengumumkan Institut Penjagaan Kesihatan Belanda, Zorginstituut Nederland (ZIN), telah bersetuju untuk membayar balik Terapi Radiasi Dalaman Selektif (SIRT) kepada pesakit yang menghidap metastasis hati kolorektum yang gagal atau tidak toleran kepada kemoterapi terdahulu. ZIN membuat keputusannya berdasarkan bukti klinikal tentang keberkesanan dan keselamatan resin mikrosfera SIR-Spheres® Y-90 untuk merawat kumpulan pesakit ini.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150119/724485)
Sirtex turut mengumumkan bahawa Organisasi Kanser Komprehensif Belanda, Integraal Kankercentrum Nederland (IKNL), akan menguruskan pendaftaran pesakit baharu untuk mengumpul dan menganalisis data rawatan ke atas 500 pesakit metastasis hati kolorektum pertama yang menerima SIRT di bawah program pembayaran balik yang baharu.
Resin mikrosfera SIR-Spheres Y-90 adalah peranti perubatan yang digunakan dalam prosedur radiologi intervensi dikenali sebagai SIR atau radioembolisasi, yang mensasarkan dos Radiasi yang tinggi secara terus kepada tumor hati. Rawatan ini akan disediakan kepada pesakit di Belanda melalui 10 pusat pakar.
Kanser kolorektum adalah kanser yang paling kerap didiagnosis di Belanda, dengan pesakit baharu seramai 13,900 setiap tahun; ia juga merupakan penyebab kedua kematian kanser negara, iaitu kira-kira 5,200 kematian setiap tahun. [1] Apabila kanser kolorektum (memetastasis) tersebar di tempat lain dalam badan, ia sering merebak ke hati. Metastasis hati ini, akhirnya akan menyebabkan kematian majoriti pesakit.
"Pengumuman ini adalah berita yang sangat baik untuk ramai pesakit metastasis hati daripada kanser kolorektum di Belanda yang gagal kemoterapi dan rawatan biologi," kata Profesor Marnix Lam, Pakar Perubatan Nuklear di Pusat Perubatan Universiti Utrecht.
Cik Gerda Schapers, bekas pesakit kanser kolorektum metastasis lanjutan dan ahli lembaga Yayasan Kanser Usus Belanda menyatakan, "Saya gembira kerana pesakit dari seluruh Belanda kini boleh mendapat manfaat daripada terapi inovatif ini, yang saya dirawat lebih daripada tiga tahun yang lalu."
"Kami berbesar hati kerana SIR-Spheres ini sekarang akan tersedia kepada lebih ramai pesakit di pusat-pusat pakar terkemuka di seluruh Belanda. Keputusan ini mengesahkan bukti-bukti keberkesanan dan keselamatan SIR-Spheres yang kuat dalam kumpulan pesakit ini" kata Nigel Lange, Ketua Pegawai Eksekutif Sirtex Medical Eropah, yang syarikat induknya, Sirtex Medical Limited, membangunkan dan terus mengkaji kegunaan baru resin mikrosfera SIR-Spheres Y-90 dalam rawatan tumor hati.
Apakah Terapi Radiasi Dalaman Selektif (SIRT)?
Terapi Radiasi Dalaman Selektif (SIRT) adalah prosedur bukan pembedahan, dengan seorang pakar radiologi intervensi menggunakan kateter terus melalui insisi di arteri femoral pesakit untuk memberikan rawatan yang terdiri daripada jutaan mikrosfera radioaktif (lebih daripada 30 juta resin mikrosfera bersalut radioaktif yttrium-90 dalam kes mikrosfera SIR-Spheres) terus ke dalam cabang arteri hepatik (hati). Mikrosfera dibawa oleh aliran darah melalui arteri ke dalam pembuluh kecil yang menyuburkan tumor di dalam hati, akhirnya terperangkap kerana saiznya dan menyampaikan dos beta-Radiasi yang tinggi terus ke dalam tumor. Radiasi dalaman dihantar terus kepada tumor, pesakit boleh menerima dos radiasi banyak kali lebih besar berbanding apa yang mungkin dengan Radiasi pancaran luaran.
Latar belakang mikrosfera SIE-Spheres
Resin mikrosfera SIR-Spheres Y-90 diluluskan untuk digunakan di Australia, Amerika Syarikat (kelulusan FDA PMA), Kesatuan Eropah (CE Mark), Argentina (ANMAT), Switzerland, Turki, dan beberapa negara lain di Asia seperti India, dan Singapura. Selain itu, resin mikrosfera SIR-Spheres Y-90 dibekalkan di negara-negara seperti Hong Kong, Israel, Malaysia, New Zealand, Taiwan dan Thailand. Resin mikrosfera SIR-Spheres Y-90 ditunjukkan di Amerika Syarikat untuk rawatan tumor hati metastatik tanpa resek untuk Kanser kolorektum primer digabungkan dengan kemoterapi arteri intra-hepatik menggunakan floxuridin. Resin mikrosfera SIR-Spheres Y-90 ditunjukkan untuk rawatan tumor hati yang tidak boleh dibedah di Australia, Kesatuan Eropah, Argentina, Brazil, dan beberapa negara di Asia seperti India dan Singapura.
Sirtex Medical Limited (ASX: SRX) adalah sebuah perniagaan penjagaan kesihatan global berpangkalan di Australia yang berusaha untuk mempertingkat hasil rawatan kepada pesakit kanser. Produk utama kami sekarang adalah terapi radiasi yang disasarkan untuk kanser hati dipanggil resin mikrosfera SIR-Spheres Y90. Kira-kira 55,000 dos telah dibekalkan untuk merawat pesakit yang menghidap kanser hati di lebih daripada 900 pusat perubatan di lebih 40 negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.sirtex.com.
SIR-Spheres® adalah Tanda Dagangan Berdaftar Sirtex SIR-Spheres Pty Ltd.
Rujukan:
Untuk maklumat lanjut:
Imej, maklumat latar belakang, video cara tindakan dan bahan-bahan sokongan lanjut yang boleh dimuat turun boleh didapati dalam talian di http://www.sirtex.com/eu/newsroom/
226-EUA-0216
SUMBER Sirtex Medical Europe GmbH