BASEL, Switzerland, 18 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Satu-satunya pameran peneraju gaya yang tidak boleh dilepaskan yang menyatukan penggiat penting dari semua sektor industri jam tangan dan barang kemas sedunia dan bakal menentukan rentak tahun akan datang, Baselworld 2016 bermula pagi tadi dengan sidang media pertama mereka. Wakil media antarabangsa terpenting daripada media cetak, TV, dan media digital menanti-nantikan sidang akhbar Baselword ini, yang menandakan permulaan edisi baharu acara tahunan paling unik dalam industri jam tangan dan barang kemas.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160316/344933)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160316/344934)
Encik René Kamm, Ketua Pegawai Eksekutif MCH Group, membuka acara itu dengan mengalu-alukan semua hadirin ke sidang media untuk "acara istimewa yang menandakan permulaan satu-satunya acara yang tidak boleh dilepaskan dalam industri jam tangan dan barang kemas dunia". MCH Group akan menyambut ulang tahunnya yang ke-100 tahun ini bagi pameran pertamanya Mustermesse Basel (Muba), jadi Encik Kamm menyatakan kebanggaan beliau yang "Baselworld merupakan pewaris langsung, ibarat "anak" kepada Muba." Beliau menceritakan bagaimana pameran itu telah berevolusi daripada sekadar pameran kecil dalam Muba sehinggalah ke status semasanya sebagai "platform terunggul untuk industri jam tangan dan barangan kemas global. Kejayaan mereka dalam mencapai kedudukan yang sangat dihormati ini sebahagian besarnya adalah kerana jasa komitmen para pempamer kerana kehadiran mereka menyumbang kepada faktor yang terpenting dalam tarikan untuk ke Baselworld, dan Encik Kamm berterima kasih kepada mereka kerana "terus menghasilkan inovasi dan ciptaan tercanggih yang bakal menentukan gaya hari esok". Beliau turut memuji pihak media kerana sumbangan mereka dalam "mencipta impak unik yang menguatkan lagi kedudukan unggul Baselworld dalam industri jam tangan dan barangan kemas".
Cik Sylvie Ritter, Pengarah Urusan Baselworld, memberi ucapan selamat kepada para hadirin serta kira-kira 3,000 wartawan yang mengikuti sidang media itu secara penstriman langsung, dan mengalu-alukan mereka ke "pameran penting yang paling dinanti-nantikan dalam takwim industri jam tangan dan barangan kemas". Cik Ritter memberitahu mereka sebab Baselworld sudah diiktiraf seluruh dunia sebagai acara global untuk jam tangan dan barangan kemas, dengan menekankan beberapa perkara yang membuatkan pameran ini begitu unik. "Ia unik kerana Baselworld ialah ibarat pusat saraf bagi industri jam tangan dan barangan kemas yang memberikan rentak nadi bagi keseluruhan perniagaan ini; unik kerana kebanyakan daripada jenama paling berprestij, penjual yang paling berpengaruh, serta wartawan yang paling terkemuka dapat berkumpul di bawah satu bumbung; dan unik kerana tempat ini sudah bertahun-tahun menyaksikan kelahiran ikutan gaya yang bakal merajai 12 bulan yang seterusnya." Apabila bercakap tentang hakikat keadaan ekonomi dan politik dunia ini yang suram, serta kesannya ke atas industri dan juga Baselworld, Cik Ritter mengakui yang Baselworld turut merasa tempiasnya dalam kalangan pempamer daripada perniagaan lebih kecil, iaitu mereka yang mungkin tidak berkemampuan untuk menanggung kesan daripada permintaan yang rendah sementara waktu ini. Namun walaupun dengan ketidakpastian ini, beliau dengan bangganya mengumumkan yang hampir semua daripada mereka yang telah mempamer tahun lepas, masih muncul dalam edisi baharu kali ini. "Mereka meyakini Baselworld dan tahu yang kami akan terus mengorak langkah maju ke hadapan, akan terus melabur dalam masa hadapan, akan meningkatkan lagi kualiti dan tarikan acara ini bagi menguatkan peranan kepimpinan yang dimainkan Baselworld." Beliau menekankan respon Baselworld dalam masa yang tidak tentu ini: "Bukannya mahu menafikan hakikat, tetapi sebaliknya untuk kekal optimis dan membulatkan tekad untuk membina masa hadapan dengan mengorak langkah maju ke hadapan!"
Cik Ritter menegaskan lagi keyakinan beliau dalam industri, dan berkata yang beliau "tidak sangsi yang ciptaan baharu akan sekali lagi menghangatkan berita dan menunjukkan dinamika hebat sektor ini, yang membolehkan mereka mencapai taraf yang tidak pernah diimpikan 10 tahun yang lalu." Secara peribadi, Cik Ritter berkata yang beliau juga turut sama tidak sabar seperti semua hadirin untuk melihat ciptaan terbaharu yang bakal dipamerkan di Baselworld selepas ini."
Cik Ritter mengakhiri ucapan beliau dengan ucapan terima kasih kepada para pempamer kerana terus menghasilkan pelbagai inovasi yang menyumbang kepada keunikan Baselworld.
Presiden Jawatankuasa Pempamer Baselworld yang baru dilantik, Encik Eric Bertrand, mengalu-alukan semua hadirin ke edisi terkini pameran itu. Sebagai ahli jawatankuasa itu selama 15 tahun, Encik Bertrand mengambil kesempatan itu untuk memperkenalkan diri beliau serta menceritakan pengalaman luas beliau dalam semua sektor industri jam tangan dan barangan kemas. "Saya telah menghabiskan keseluruhan kerjaya saya dalam industri ini dan saya tidak pernah berhenti merasa kagum bukan sahaja dengan kreativiti dan inovasi yang berterusan, tetapi juga dengan kemampuan untuk berhadapan situasi yang sukar," ujar beliau.
Walaupun industri ini tidak putus-putus diuji dengan cabaran, namun ia tetap "bangkit kembali dengan lebih hebat". Encik Bertrand percaya kemampuan ini bukan sekadar nasib semata-mata, tetapi "semua kejayaan dan pencapaian ini adalah hasil usaha manusia yang bersemangat tinggi dalam bidang pembuatan jam tangan, barangan kemas, dan batu permata, yang sentiasa memberi usaha yang terbaik, dinamika serta keinginan mereka untuk terus membolehkan orang ramai menyimpan impian." Beliau mentakrifkan peranan beliau sebagai Presiden Jawatankuasa Pempamer, beliau berkata dengan pengamatan yang tepat, "Saya ialah wakil semua pempamer, dan saya mengabdikan diri kepada jawatan ini dengan sepenuh hati dan jiwa saya." Apabila beliau mengalihkan tumpuan beliau terhadap pameran ini, Encik Bertrand berkata yang sepanjang kerjaya beliau yang panjang, beliau telah menyaksikan sendiri "evolusi Baselworld yang sangat luar biasa," daripada sekadar sebuah pameran di Eropah menjadi acara terkemuka dan paling unik di dunia; sebuah pameran yang sentiasa mengutamakan kualiti berbanding kualiti. "Baselworld sudah dikenali seluruh dunia sebagai pameran ikutan memuncul dan masa hadapan," kata beliau, seraya menambah, "kami sentiasa mengalu-alukan jenama jam tangan dan barangan kemas baik kecil mahu pun besar, asalkan mereka mewakili seni mereka dan inovatif." Beliau menegaskan yang Baselworld sentiasa mengalu-alukan pempamer baharu, "kerana inti pati Baselworld adalah untuk mencerminkan pasaran global keseluruhan bagi jam tangan dan barangan kemas, dan untuk mencerminkan apa yang terbaik."
Encik Bertrand menamatkan ucapan beliau dengan menggalakkan para peserta untuk mengambil kesempatan sepenuhnya ke atas semua tawaran Baselworld, dan berkata: "Saya ingin mengingatkan anda yang Baselworld bukan sahaja acara paling utama dalam seluruh sektor ekonomi ini, tetapi ia juga merupakan satu keraian, satu pertemuan unik bagi industri global ini."
Encik François Thiébaud, Presiden Jawatankuasa Pempamer Switzerland, mengakhiri sidang media itu dengan menekankan yang selama lapan hari dalam setahun, Baselworld menjadi penghias masa. Diminta memberi komen tentang hasil eksport jam tangan Switzerland, Encik Mr Thiébaud berkata yang sektor itu hanya menunjukkan penurunan yang tidak ketara pada tahun 2015 (menurun 3.3%), walaupun dalam keadaan politik dan ekonomi yang tidak memberangsangkan. Walaupun begitu, nilai eksport jam tangan Switzerland masih lagi merupakan yang tertinggi di dunia setakat ini dalam industri pembuatan jam tangan global, dan beliau menegaskan lagi yang pembuatan jam tangan Switzerland telah meningkat pula sebanyak lebih 60% sejak 2010! Encik Thiébaud turut memuji-muji pameran itu dengan mengatakan Baselworld ialah tempat di mana "kecantikan dan inovasi mengindahkan masa". Beliau menceritakan lagi bagaimana pameran itu telah berevolusi sehingga ke kedudukan unggulnya pada masa kini dengan mengingatkan para penonton yang pada tahun 1917, semasa tahun kelahiran Baselworld hari ini, hanya 29 jenama Switzerland sahaja yang mempamer, dibandingkan dengan 1,500 jenama global yang datang mempamer pada hari ini (di mana lebih 300 daripada mereka adalah jenama Switzerland) semasa Baselworld 2016.
BASELWORLD 2016 AKAN DIADAKAN MULAI 17 - 24 MAC 2016.
Hubungan Akhbar - Loraine Stantzos
Nombor Telefon - +41-58-206-22-64
Internet - http://www.baselworld.com
E-mel - press@baselworld.com
Facebook - http://www.facebook.com/baselworld
Twitter - http://www.twitter.com/baselworld
Weibo - http://www.weibo.com/baselworld
Bahan bergambar untuk Baselworld boleh dimuat turun secara percuma di: http://www.baselworld.com
SUMBER Baselworld / MCH Group