omniture

Yayasan Hadiah Tang Dilancarkan di Taiwan: Academia Sinica akan Bertanggungjawab bagi Pencalonan dan Pemilihan Pemenang Hadiah-Hadiah Antarabangsa di Taiwan

Tang Prize Foundation
2013-01-29 22:54 190

 

TAIPEI, 29 Jan., 2013 /PRNewswire/ --

Yayasan Hadiah Tang  ( http://www.tang-prize.org/ ) telah dilancarkan dengan rasminya di Taiwan. Yayasan ini telah menandatangani kontrak bersama institusi penyelidikan terkemuka di negara itu , Academia Sinica, yang akan bertanggungjawab bagi pencalonan dan pemilihan pemenang hadiah dalam empat kategori: Pembangunan Lestari, Sains Biofarmaseutikal, Kaji Cina (tidak termasuk kesusasteraan),

Dan Kedaulatan Undang-undang. Dengan memberi pengiktirafan bagi usaha-usaha paling asli dan berpengaruh dalam empat bidang ini, adalah diharapkan yang Hadiah Tang akan menggalakkan penyelidikan kelas pertama dalam mencetuskan pembangunan manusia.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/01/28/20130128220229930636.html )

Yayasan Hadiah Tang telah diasaskan oleh Dr. Samuel Yin dengan derma sebanyak 

NT$3 billion (lebih kurang US$102,000,000). Dr. Yin berkata, "Menubuhkan Hadiah Tang merupakan impian terbesar saya. Saya berharap hadiah ini akan menggalakkan lebih banyak penyelidikan yang akan membawa manfaat kepada dunia dan manusia, menggalakkan budaya Cina, dan menjadikan dunia tempat yang lebih baik."

Empat kategori hadiah ini mewakili bidang-bidang penting bagi pembangunan sosial masa depan umat manusia. Yayasan Hadiah Tang berharap dapat meningkatkan perhatian  pada bidang-bidang hadiah ini daripada golongan akademik dan umum, dan untuk menggalakkan lagi pakar-pakar terbabit dalam penyelidikan inovatif dalam empat bidang ini. Usaha-usaha yang disalurkan pada Hadiah Tang akan menumpukan pada matlamat akhir menambahbaik kehidupan umat manusia. Hadiah Tang akan muncul sebagai hadiah paling berprestij serta berwawasan di dunia dan akan membolehkan Taiwan untuk menyumbangkan lebih lagi kepada masyarakat antarabangsa.

Presiden Academia Sinica, Chi-Huey Wong, berkata, "Sejak dari dahulu lagi, Academia

Sinica sentiasa menikmati reputasi nombor satu. Di dalam negara dan di luar negara, anggota-anggota akademik kami memegang jawatan-jawatan penting dalam pelbagai bidang, dan dengan itu mempunyai kemampuan profesional untuk memilih calon-calon terbaik bagi Hadiah Tang."

"Kami akan memilih dengan penuh berhati-hati para pakar daripada setiap bidang, dari Taiwan dan juga luar negara, dalam membentuk jawatankuasa pemilih. Dengan berpegang kepada objektifnya , jawatankuasa ini akan memilih individu atau institusi yang telah menunjukkan penyelidikan yang paling kreatif serta berpengaruh dalam empat bidang. Dalam cara ini, Hadiah Tang akan meraih kredibiliti antarabangsa secara pelahan-lahan," katanya.   

Bermula 2014, Hadiah Tang akan disampaikan sekali setiap dua tahun, kepada para  individu atau institusi yang telah melakukan sumbangan paling cemerlang dalam mana-mana satu daripada empat bidang ini. Setiap pemenang akan menerima satu jumlah tidak kurang daripada NT$40 juta (lebih kurang US$1,360,000) dalam bentuk hadiah wang tunai, dan NT$10 juta lagi  (lebih kurang US$341,000) akan diperuntukan bagi pelaksanaan satu rancangan yang dikemukakan oleh penerima hadiah untuk menggalakkan penyelidikan serta bakat dalam bidang berkaitan dalam tempoh lima tahun.

Pencalonan bagi Hadiah Tang akan dikendalikan oleh jawatankuasa pemilihan Hadiah Tang, dan jemputan akan dihantar kepada individu-individu layak dan/atau institusi pada Mei 2013. Tarikh tutup bagi calon-calon untuk menerima pencalonan masing-masing adalah pada 30 September. Jawatankuasa Pemilihan Hadiah Tang akan mengemukakan laporan lengkap akan calon-calon pusingan akhir kepada lembaga Yayasan Hadiah Tang pada penghujung April 2014. Yayasan Hadiah Tang akan mengumumkan pemenang pada 18 Jun,  2014.

Mengenai Yayasan Hadiah Tang 

Yayasan Hadiah Tang diwujudkan pada  2012 oleh pengerusi Ruentex Group,

Dr. Samuel Yin, yang menjemput pakar daripada pelbagai bidang untuk duduk di lembaga. Yayasan ini bertanggungjawab bagi menggalakkan prinsip-prinsip garis panduan Hadiah Tang dan pengurusan lestarinya. Ia telah melantik Academia Sinica untuk membentuk satu jawatankuasa pemilih yang bertanggungjawab bagi proses pencalonan dan pemilihan. Yayasan ini kemudianya akan memilih pemenang berdasarkan pada nasihat profesional yang disampaikan oleh jawatankuasa itu. Laman web yayasan ini adalah di www.tang-prize.org.

Mengenai Hadiah Tang 

Hadiah Tang merupakan hadiah antarabangsa yang memberi pengiktirafan kepada penyelidik paling asli serta berpengaruh ataupun institusi-institusi dalam bidang-bidang seperti Pembangunan Lestari, Sains Biofarmaseutikal, Kaji Cina (tidak termasuk bidang kesusasteraan), dan kedaulatan Undang-undang. Adalah diharapkan yang hadiah ini akan menggalakkan para cendekiawan untuk melibatkan diri dalam penyelidikan dan pembangunan dalam empat bidang ini dan berusaha ke arah kelestarian dan pembangunan seimbang.

Hadiah Tang dinamakan bersempena Dinasti Tang, yang sangat dikagumi oleh pengasasnya. Dinasti ini melambangkan zaman kegemilangan budaya kosmopolitan dan kemuncak kemakmuran China. Generasi demi generasi menerina inspirasi daripada Dinasti Tang kerana ciri-ciri hebat daripada segi keyakinan diri dan penyertaan kosmopolitan. Inilah kualiti yang mahu digalakkan oleh Hadiah Tang.

SUMBER:  Yayasan Hadiah Tang 

Source: Tang Prize Foundation
Keywords: